Kebudayaan Turki

Orhan Pamuk ialah salah seorang novelis Turki kontemporari terunggul dan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2006.

Turki kaya dengan kepelbagaian budaya yang berupa campuran pelbagai unsur tradisi dan budaya Turkik Oğuz, Anatolia, Uthmaniyyah (yang berupa kesinambungan budaya Yunanu-Rom dan Islam) dan Barat, bermula dengan Pembaratan Empayar Uthmaniyyah dan masih berterusan hingga kini. Campuran ini berpunca daripada hasil pertemuan kaum dan budaya Turki dengan kaum-kaum yang tinggal di laluan mereka sewaktu berhijrah dari Asia Tengah ke Barat.[148][149]

Setelah Turki berjaya dalam transformasi daripada bekas Empayar Uthmaniyyah yang berasaskan agama kepada negara moden yang amat menekankan pemisahan agama dan kerajaan, maka munculnya banyak lagi gaya kesenian di negara ini. Pada zaman awal republik, kerajaan melaburkan banyak sumber kepada bidang seni halus, dengan membuka muzium, teater, dewan opera dan sebagainya. Pelbagai faktor sejarah memainkan peranan-peranan penting dalam membentuk jati diri Turki moden. Kebudayaan Turki merupakah hasil usaha membina negara Barat yang "moden" sambil memelihara nilai-nilai tradisional dan sejarah.[148]

Salah satu pintu masuk utama Istana Dolmabahçe di Istanbul.

Muzik dan sastera merupakan contoh terbaik campuran pengaruh budaya yang terhasil daripada interaksi antara Empayar Uthmaniyyah dan dunia Islam dengan Eropah, maka menyumbang kepada adunan tradisi Turkik, Islam dan Eropah in modern-day Turkish music and literary arts.[150] Kesusasteraan Turki banyak dipengaruhi oleh kesusasteraan Parsi dan Arab sepanjang zaman Uthmaniyyah, tetapi menjelang akhir zaman itu, khususnya selepas zaman Tanzimat, kesan tradisi rakyat Turki dan sastera Eropah makin terasa. Campuran pengaruh budaya didramakan, sebagai contoh, dalam bentuk "lambang baru pertembungan dan perselangan budaya" yang dilaksanakan dalam karya-karya Orhan Pamuk, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2006.[151] Menurut hasil tinjauan awam Konda, 70% rakyat Turki tidak pernah membaca buku.[152]

Unsur-unsur seni bina yang terdapat di Turki juga bukti kepada campuran unik tradisi-tradisi yang mempengaruhi negara ini selama berabad-abad lamanya. Selain unsur-unsur Byzantium, juga terdapat banyak tinggalan seni bina Uthmaniyyah dengan campuran tradisi setempat dan Islam yang tersergam indah di merata negara, di samping juga beberapa bekas wilayah Uthmaniyyah. Mimar Sinan disanjungi sebagai jurubina terunggul pada zaman klasik seni bina Uthmaniyyah. Sejak abad ke-18, seni bina Turki semakin dipengaruhi oleh gaya Barat, terutamanya di Istanbul di mana letaknya bangunan-bangunan lama seperti Istana Dolmabahçe dan Çırağan terletak seiring dengan pencakar langit moden, semuanya melambangkan tradisi berbeza.[153]

Sukan

Sukan yang paling diminati ramai di Turki ialah bola sepak.[154] Antara pasukan-pasukan terunggul dari Turki ialah Galatasaray, Fenerbahçe dan Beşiktaş. Pada tahun 2000, Galatasaray memantapkan kedudukannya sebagai sebuah kelab Eropah utama dengan memenangi Piala UEFA dan Piala Super UEFA. Pada tahun 2002, pasukan kebangsaan Turki menduduki tempat ketiga dalam temasya Piala Dunia FIFA 2002 di Jepun dan Korea Selatan, dan juga layak ke separuh akhir kejohanan UEFA Euro 2008. Stadium Olimpik Atatürk di Istanbul menjadi tuan rumah Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 2005, sementara Stadium Şükrü Saracoğlu di Istanbul mengadakan Perlawanan Akhir Piala UEFA 2009.

Sukan-sukan arus perdana lain seperti bola keranjang dan bola tampar juga tidak kurang hebatnya. Turki menjadi tuan rumah perlawanan akhir EuroBasket 2001 dan Kejohanan Dunia FIBA 2010, yang mana pasukan kebangsaanya menjadi naib juara untuk kedua-duanya; sementara kelab Efes Pilsen S.K. memenangi Piala Korac pada tahun 1996, menjadi naib juara Piala Saporta 1993, dan layak ke Empat Terakhir Euroleague dan Suproleague pada tahun 2000 dan 2001.[155] Jaguh bola keranjang Turki seperti Mehmet Okur dan Hidayet Türkoğlu turut berjaya dalam NBA. Pasukan bola tampar wanita, khususnya Eczacıbaşı, Vakıfbank Güneş Sigorta dan Fenerbahçe Acıbadem turut meraih banyak kejuaraan dan pingat kejohanan Eropah.

Sukan kebangsaan tradisional Turki ialah yağlı güreş (gusti berminyak) sejak zaman Uthmaniyyah.[156] Edirne menganjurkan kejohanan gusti berminyak Kırkpınar tahunan sejak tahun 1361.[157] International wrestling styles governed by FILA seperti gusti gaya bebas dan gusti Yunani-Rom juga diminati ramai, dengan ramai jaguh gusti Turki yang menggondol kejuaraan Eropah, Sedunia dan Olimpik secara individu ataupun berpasukan.[158]

Turki juga cemerlang dalam sukan angkat berat, yang mana para pengangkat beratnya, baik lelaki mahupun wanita, telah memecahkan banyak rekod dunia dan memenangi beberapa kejohanan Eropah,[159] Sedunia dan Olimpik[160]. Naim Süleymanoğlu dan Halil Mutlu mencapai status legenda sebagai antara sebilangan kecil pengangkat berat yang meraih tiga butir pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik.


Turki juga bangsa penggemar sukan bermotor. Rali Turki disertakan dalam kalendar Kejohanan Rali Sedunia FIA pada tahun 2003,[161] sementara Grand Prix Turki (yang diadakan di litar lumba Taman Istanbul) pula menyertai jadual perlumbaan Formula Satu sejak tahun 2005.[162] Antara acara-acara sukan motor tahunan penting lain yang diadakan di Taman Istanbul ialah Grand Prix MotoGP Turki, Kejohanan Kereta Jelajah Sedunia FIA, Siri GP2 dan Siri Le Mans. Dari masa ke semasa, Istanbul dan Antalya juga mengadakan pusingan Turki kejohanan F1 Powerboat Racing; manakala pusingan Turki Red Bull Air Race World Series, sebuah pertandingan lumba udara, diadakan di atas Tanduk Emas di Istanbul. Sukan luncur air, luncur salji, papan luncur, paragliding dan banyak lagi sukan lasak semakin diminati ramai tahun demi tahun.