Demografi Turki

Rencana utama: Orang Turki
Kelompok etnik di Turki[101]
Kelompok etnikPeratus
Turki
  
80%
Kurdi
  
15%
Lain-lain
  
5%
Fail:Istiklal Avenue in Istanbul on 3 June 2007.jpgLebuh İstiklal yang bersejarah di daerah kosmopolitan Beyoğlu di Istanbul.

Jangka hayat Turki berada pada 71.1 tahun untuk lelaki dan 75.3 tahun untuk wanita, atau purata 73.2 tahun untuk seluruh umat.[102] Pendidikan adalah wajib dan percuma untuk anak-anak berumur 6 hingga 15 tahun. Kadar celik huruf ialah 96% untuk lelaki dan 80.4% untuk wanita, dengan purata keseluruhan 88.1%.[103] Peratusan yang agak rendah untuk wanita terutamanya disebabkan oleh adat resam kaum Arab dan Kurdi yang tertumpu di kawasan tenggara negara.[104]

Perkara 66 Perlembagaan Turki menakrifkan "orang Turki" sebagai "seseorang yang terikat dengan negara Turki secara ikatan kewarganegaraan"; maka, kegunaan istilah "orang Turki" di sisi undang-undang yang memaksudkan warganegara Turki adalah berbeza dengan takrifan etnik. Bagaimanapun, majoriti penduduk Turki adalah Etnik Turki.

Kaum Kurdi, sebuah kelompok etnik yang berlainan dan tertumpu di kawasan tenggara negara, iaitu etnik bukan Turki yang terbesar dengan mengisi kira-kira 18% penduduk, mengikut CIA.[105] Kelompok-kelompok minoriti tidak mendapat keistimewaan kecuali tiga yang diiktiraf secara ramsi, sementara istilah "minoriti" itu juga masih menjadi isu sensitif di Turki. Data yang boleh dipercayai tentang campuran etnik penduduk sukar dicari, kerana perangkaan banci Turki tidak merangkumi statistik keetnikan.[106]

Antara kelompok-kelompok etnik utama yang lain (kebanyakkan banyak 'diturkikan' sejak zaman Seljuk dan Uthmaniyyah) termasuk kaum-kaum Abkhazia, Albania, Arab, Assyria, Bosniak, Adyghe, Georgia, Hamsheni, Laz, Pomak (Bulgaria), Roma, Zaza dan tiga kelompok minoriti yang diiktiraf rasmi (mengikut Perjanjian Lausanne), iaitu Armenian, Yunani dan Yahudi. Ditandatangani pada 20 Januari 1923, sebuah perjanjian dua hala tentang pertukaran penduduk antara Greece dan Turki berkuatkuasa pada 1920-an, dengan hampir 1.5 juta orang Yunani berpindah dari Turki dan kira-kira 500,000 orang Turki yang datang dari Yunani.[107]

Terdapat juga kelompok minoriti yang berasal dari Eropah Barat termasuk Levantin (atau Levanter, kebanyakkannya berketurunan Perancis, Genoa dan Venice) yang sekian lama menetap di negara ini (khususnya di Istanbul[108] dan İzmir[109]) sejak Zaman Pertengahan.

Pembandaran

Turki didiami lebih 73.7 juta orang, yang mana hampir tiga perempat mereka tinggal di kawasan bandar. Jumlah penduduknya makin meningkat 1.5% setahun, menurut banci 2009. Pada tahun 1927, ketika banci pertama diambil di Turki, jumlah penduduknya ialah 13.6 juta.[110] Purata kepadatan penduduknya ialah 92 orang se-km². 67% jumlah penduduk berada dalam kelompok usia 15–64 tahun 67%, 26% berumur 0–14 tahun dan 7% lagi berusia 65 tahun ke atas.[111]

Wilayah-wilayah yang paling ramai penduduk di Turki ialah İstanbul (+12 juta), Ankara (+4.4 juta), İzmir (+3.7 juta), Bursa (+2.4 juta), Adana (+2.0 juta) dan Konya (+1.9 juta).[112] Sekitat 70.5% penduduk tinggal di kawasan bandar utama.[113] Keseluruhannya, 19 wilayah masing-masing diduduki lebih sejuta penduduk, manakala 20 lagi wilayah diduduki antara 500 ribu hingga sejuta penduduk. Hanya dua wilayah yang penduduknya kurang daripada 100,000.

 
Bandar terbesar di Turki
Banci 2007[114]
Ked.WilayahPop.Ked.WilayahPop.
Fail:Lev Ist Tur 1.jpg
Istanbul
Fail:Kizilay Square.jpg
Ankara
1IstanbulIstanbul10,861,46311DiyarbakırDiyarbakır613,332Fail:Izmir from Konak Pier.jpg
İzmir
Fail:BUTTIM Bursa Turkey.jpg
Bursa
2AnkaraAnkara3,842,73712EskişehirEskişehir581,408
3İzmirİzmir2,644,53113ŞanlıurfaŞanlıurfa472,238
4BursaBursa1,537,040
5AdanaAdana1,506,27215SamsunSamsun459,781
6GaziantepGaziantep1,192,02316MalatyaMalatya419,212
7KonyaKonya973,79117AdapazarıSakarya382,226
8AntalyaAntalya877,94518KahramanmaraşKahramanmaraş380,805
9KayseriKayseri775,59419ErzurumErzurum361,160
10MersinMersin692,30020VanVan331,986

Bahasa

Bahasa Turki ialah satu-satunya bahasa rasmi di seluruh Turki. Sukar juga untuk mencari data yang boleh dipercayai tentang penghuraian bahasa penduduk atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.[106] Menurut CIA, bahasa Turki dituturkan oleh 70-75% orang dan bahasa Kurdi pula oleh kira-kira 18% orang.[115] Penyiar awam, TRT menyiarkan rancangan dalam bahasa setempat dan loghat daerah Arab, Bosnia, Adyghe dan Kurdi selama beberapa jam seminggu.[116] Sebuah saluran televisyen awam, TRT 6 yang menyiarkan tayangan berbahasa Kurdi sepanjang masa, dibuka pada awal tahun 2009.[117]

Agama

Masjid Sultan Ahmed di Istanbul.

Turki ialah sebuah negara sekular tanpa sebarang agama rasmi; Perlembagaan Turki menjamin kebebasan beragama dan berfikir.[118][119] Islam merupakan agama yang dominan di Turki kerana dianuti oleh sekitar 97% penduduknya,[120] tetapi melebihi 99% juga diambil kira sekali golongan sekular yang berlatar belakang Muslim.[121][122][123] Firma-firma penyelidikan menunjukkan bahawa perangkaan Muslim sebenar adalah sekitar 97[124]–98%.[125]

Majoriti besar orang Turki hari ini beragama Islam dan mazhab yang paling ramai penganutnya ialah Islam Sunnah fahaman Hanafi yang didukung secara rasmi oleh Empayar Uthmaniyyah. Walaupun tiada perangkaan tepat mengenai mazhab-mazhab Islam, namun mengikut pantauan 2006, 82% mengaku sebagai Sunni Hanafi, 9.1% Sunni Syafii, dan 5.7% Syiah Alawi; namun para ilmuwan berpendapat bahawa jumlah umat Alevi mungkin sekitar 15 hingga 20 juta.[126][127] Masyarakat Alevi adakalanya digolongkan dalam Islam Syiah Imamiyyah. Menurut majalah tempatan Aksiyon, bilangan orang Imamiyyag Syiah (kecuali Alevi) ialah 3 juta (4.2%), dan mereka tertumpu di Istanbul, Iğdır, Kars, Ankara, İzmir, Manisa, Çorum, Muğla, Ağrı dan Aydın.[128] Juga terdapat sebilangan pengamal kesufian.[129] Lembaga agama Islam yang tertinggi di Turki ialah Kepresidenan Hal-Ehwal Agama (Bahasa Turki: Diyanet İşleri Başkanlığı) yang mentafsir fahaman undang-undang Hanafi, dan bertanggungjawab atas memantau operasi 80,000 masjid yang berdaftar di negara serta mengambil kerja imam setempat dan sewilayah.[130] Peranan agama sentiasa kuat dipertikaikan sejak terbentuknya parti-parti Islamis.[131] Republik Turki diasaskan berlandaskan perlembagaan sekular yang tegas melarang pengaruh sebarang agama dalam pemerintahan, termasuk Islam. Juga terdapat isu-isu sensitif seperti hakikat bahawa tudung tidak boleh dipakai di universiti dan bangunan kerajaan kerana dilihat sebagai lambang agama Islam; namun wujudnya usaha untuk menggesa supaya larangan itu ditarik balik.[132][133][134][135]


Terdapat seramai 120,000 orang penganut agama Kristian, termasuk kira-kira 60,000 ahli mazhab Gereja Hawariun Armenia,[136] 35,000 Katolik Rom,[137] 17,000 Ortodoks Syria, 8,000 Katolik Kaldea, 3,000-4,000 Ortodoks Yunani,[136] dan sebilangan kecil ahli Ortodoks Bulgaria, Ortodoks Georgia, dan Protestan. Kini terdapat 236 buah gereja yang dibuka untuk ibadah di Turki.[138] Gereja Ortodoks berpusat di Istanbul sejak abad ke-4 M. Kristian mewakili kurang daripada 0.2% penduduk Turki, menurut CIA World Factbook,[139] serta pertubuhan-pertubuhan Kristian seperti Joshua Project[140] dan Persecution.org.[141]

Di Turki terdapat 26,000 orang Yahudi, majoritinya dari cabang Sefardi.[142]

Agama Bahá'í di Turki berakar umbi pada peristiwa pembuangan negeri Bahá'u'lláh, pengasas agama tersebut, ke Constantinople, (kini Istanbul) oleh kerajaan Uthmaniyyah. Penganut Bahá'í tidak boleh berdaftar dengan kerajaan secara rasmi[143] tetapi mungkin terdapat 10[144]–20[145] ribu penganut Bahá'í, dan sekitar seratus Perhimpunan Rohaniah Setempat Bahá'í di Turki.[146]

Menurut pantauan Penyelidikan dan Perundingan KONDA yang dijalankan di seluruh Turki pada tahun 2007:[147] 40.8% mengaku diri sebagai "orang beriman yang berusaha menunaikan kewajipan agama" (beragama); 42.3% "penganut yang tidak menunaikan kewajipan agama" (tak beragama); 4.0% "orang yang warak sepenuhnya, menunaikan segala kewajipan agama" (warak sepenuhnya); 10.3% "orang yang tidak percaya akan kewajipan agama" (bukan penganut); dan 4.09% lagi "orang yang tiada kepercayaan agama" (ateis). Yang bukan penganut dan ateis membentuk 15.2% jumlah penduduk, menurut pantauan KONDA itu.[147]