Turki
Turki

Turki

Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.[1]Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. [2][3]Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, [4] Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), [5] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, [6] dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, [7] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, [8] dan NATO sejak tahun 1952. [9] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963. [10] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.

Turki

• Bancian 2000 67,803,927
• Musim panas (DST) UTC+3 (EEST)
• Deklarasi Republik 29 Oktober 1923
Internet TLD .tr
• Presiden Recep Tayyip Erdoğan
• Anggaran 2019 81,344,740 (173)
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
• Air (%) 1.3
Pemerintahan Republik
HDI (2019) 0.874
sangat tinggi · ▲32
• Per kapita $46,542 (29)
Mata wang Lira Turki4 (TRY)
• Total $3.786 trillion (9)
• Penubuhan Parlimen 23 April 1920
Ibu kota Ankara
Bahasa rasmi Bahasa Turki
Bandar terbesar İstanbul, Ankara, İzmir, Trabzon, Diyarbakır, Bursa, Antalya, Konya, Eskişehir
Kod panggilan +90
Zon masa UTC+2 (EET)
• Perang Kemerdekaan 19 Mei 1919