Sukan Delhi

Sukan Komanwel 2010 adalah temasya sukan terbesar yang pernah diadakan di India. Gambar ini menunjukkan Upacara Pembukaannya di Stadium Jawaharlal Nehru, stadium ketiga terbesar di India.

Kriket dan bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Delhi.[109] Di merata kota terdapat banyak padang kriket (maidan). Stadium Feroz Shah Kotla adalah antara padang kriket tertua di India dan juga menjadi tempat berlangsungnya perlawanan kriket antarabangsa. Pasukan kriket Delhi mewakili bandaraya mereka di kejohanan kelas pertama Piala Ranji.[110] Delhi juga merupakan pangkalan pasukan IPL, Delhi Daredevils, dan pasukan ICL Delhi Giants (dahulunya Delhi Jets).

Bola sepak tidak kurang hebat sambutannya di bandaraya ini yang menjadi rumah kepada kelab AIFF-u19 club yang bertanding dalam I League. Satu-satunya stadium bola sepak di Delhi adalah Stadium Ambedkar yang asalnya menampung 20,000 penonton, tetapi kini mampu menampung 50,000 orang kerana kebangkitan minat warga Delhi terhadap sukan ini.

Ragbi juga disambut hangat di kalangan muda-mudi sebagai tempat asal pasukan Delhi Lions dan Delhi Hurricanes. Delhi pernah menjayakan kejohanan ragbi Asian5Nations pada tahun 2010. The Only Stadium in the city for his particular sport is in the Delhi University North Campus. Boxing and shooting figure among increasingly popular sports in the suburb of Gurgaon.

India membuka litar Formula Satu di Noida Raya, sebuah kawasan di pinggir Delhi, yang bakal menganjurkan Grand Prix India mulai Oktober 2011. Pasukan tempatan India, Force India F1, dibentuk pada Oktober 2007 apabila sebuah konsortium pimpinan Vijay Mallya dan Michiel Mol membeli pasukan F1 Spyker pada harga € 88 juta. Force India F1 melambangkan penyertaan India dalam Formula Satu.

Antara stadium-stadium penting yang lain di Delhi termasuk Stadium Jawaharlal Nehru dan Stadium Tertutup Indira Gandhi. Pada masa dahulu, Delhi pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai temasya sukan kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Sukan Asia pertama dan ke-9.[111] Delhi juga menjayakan Sukan Komanwel 2010, acara pelbagai sukan terbesar yang pernah diadakan di India.

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...