Kerjaya Douglas_Lim

Semasa dua tahun pengajian matrikulasinya, beliau muncul dalam sitkom Kopitiam dan memutuskan untuk menjadi pelakon kerana percaya ia menjadi pilihan terbaik. Selain itu, beliau turut menyanyikan lagu tema sitkom ini, "Empty Decorations" bersama Chelsia Ng.[3] Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak pemilik kedai gunting bernama Steven. Persembahannya dalam Kopitiam melayakkan Douglas menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Komedi) di Anugerah Televisyen Asia.

Selain itu, Lim juga menjadi salah seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming yang disiarkan di Astro Wah Lai Toi. Beliau juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Petronas, TM, Nestle, Sime Darby, Maybank, HSBC dan UEM. Selain sebagai pelawak berdiri, khidmat beliau sebagai emcee juga diperlukan oleh beberapa syarikat yang dilihat sebagai sepadu bagi kejayaan acara mereka.

Beliau berlakon dalam filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang mana Lim memegang watak sebagai Ahli MCA. Pada 15 Januari 2008, Lim menerbitkan dan mengacarakan rancangan Malaysiantalents.com untuk siaran di portal web gua.com.my.[4]

Pada tahun 2009, Lim menubuhkan Persatuan Pelawak Cina Malaysia, salah satu cabang pelawak berdiri paling berjaya di Malaysia. Selain kerjaya lakonan dan pengacaraan, Lim juga seorang penggiat teater; pada Mac 2011, beliau menjayakan teater muzikal Lat Kampung Boy: Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April 2011; memegang watak sebagai Frankie, rakan karib zaman muda kartunis Lat. Ia turut dibintangi oleh Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Atilia Haron.[5]

Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Bola Kampung The Movie terbitan Animasia Studio, adaptasi dari siri animasi Bola Kampung. Pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka ialah Afdlin Shauki, Aznil Nawawi, Aizat Amdan, Deanna Yusoff dan Marsha Milan Londoh.[6]

Dari 6 hingga 18 November 2013, Lim menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.[7]

Dua tahun kemudian, Lim berkongsi pentas bersama Afdlin Shauki, kumpulan Bocey dan Harith Iskander dalam pementasan Lawak Ke Der yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.[8] Lim memegang watak sebagai Jackie dalam filem Soulmate Hingga Jannah arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan pada 16 Februari 2017.[9]

Douglas menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 dari Februari hingga April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Uqasha Senrose dan Sangeeta Krishnasamy.[10]

Douglas merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff dan Nabila Huda.[11]

Beliau ialah salah seorang daripada barisan pelakon yang menjayakan Kopitiam: Double Shot, yang bersiaran di Viu pada 28 November 2019. Ia merupakan versi terbaru dari sitkom Kopitiam.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Douglas_Lim http://www.douglaslim.com http://www.imdb.com/name/nm0510525/ http://www.star2.com/entertainment/tv/2015/07/02/t... http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.as... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aura-lawak-d... https://www.star2.com/culture/arts/2013/11/03/rhyt... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/519400/bukan... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/01/45...