Demografi Filipina

Rencana utama: Demografi Filipina

Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[176] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[177] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[178] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[179]

Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun.[104] Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[180] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[181]

Bandar

Bandar terbesar di Filipina
PSA Census August 2015
Ked.Nama bandarBahagian Pop.Ked.Nama bandarBahagian Pop.

Bandar Quezon

Manila
1Bandar QuezonNational Capital Region2,936,11611ParañaqueNational Capital Region665,822
Bandar Davao

Caloocan
2ManilaNational Capital Region1,780,14812DasmariñasCalabarzon659,019
3Bandar DavaoBahagian Davao1,632,99113ValenzuelaNational Capital Region620,422
4CaloocanNational Capital Region1,583,97814BacoorCalabarzon600,609
5Bandar CebuVisaya Tengah922,61115General SantosSoccsksargen594,446
6Bandar ZamboangaSemenanjung Zamboanga861,79916Las PiñasNational Capital Region588,894
7TaguigNational Capital Region804,91517MakatiNational Capital Region582,602
8AntipoloCalabarzon776,38618San Jose del MonteLuzon Tengah574,089
9PasigNational Capital Region755,30019BacolodVisaya Barat561,875
10Cagayan de OroMindanao Utara675,95020MuntinlupaNational Capital Region504,509

Etnik

Menurut banci 2000, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano, 7.6% Visayans/Bisaya (tidak termasuk Cebuano, Hiligaynon and Waray), 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% "lain-lain"[182] yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan Ivatan.[183] Juga terdapat suku-suku pribumi seperti Igorot, Lumad, Mangyan, Bajau, dan puak-puak Palawan.[184]

Warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia.[184] Dipercayai bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku Negrito yang terdahulu.[185] Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara penduduk terawal.[186]

Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum minoriti pendatang terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.

Orang Cina Filipina rata-ratanya keturunan pendatang dari Fujian, China selepas 1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat anggaran 27 peratus Filipina yang mempunyai sekerat keturunan Cina,[187][188][189] daripada pendatang Cina sebelum dan semasa zaman penjajah.[190] Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.[191]

Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin[192] mahupun negara Sepanyol).[193] Kajian genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah[194][195] dan Amerika Latin ini.[196]

Suku minoriti lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum dipanggil mestizo.[197][198]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Filipina

Agama

Rencana utama: Agama di Filipina

Rujukan

WikiPedia: Filipina http://crocodilian.blogspot.com.au/2011/11/accurat... http://www.environment.gov.au/soe/2001/publication... http://www.abc.net.au/7.30/content/2012/s3402880.h... http://summit.sfu.ca/system/files/iritems1/6689/b1... http://news.abs-cbn.com/pinoy-migration/07/02/09/f... http://www6.appliedbiosystems.com/yfilerdatabase/ http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://asiapacificuniverse.com/pkm/tech.htm http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.authorama.com/former-philippines-b-8.ht...