Tarikh-tarikh Hari_Bapa

Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.

Ahad ketiga bulan JunAmerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
23 JunNicaragua, Poland, Uganda
30 JulaiVietnam
Ahad ketiga bulan JulaiUruguay
Ahad terakhir bulan JulaiRepublik Dominican
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)Iran
Ahad kedua OgosBrazil
8 OgosTaiwan
Ahad pertama bulan SeptemberAustralia, New Zealand
Ahad kedua bulan NovemberEstonia, Finland, Norway, Sweden
5 DisemberNegara Thai
23 FebruariBelarus, Rusia, Ukraine
19 MacBolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol
5 MeiRomania
8 MeiKorea Selatan (Hari Ibu bapa)
Hari Naiknya YesusJerman
Ahad pertama bulan JunLithuania
5 Jun (Hari Perlembagaan)Denmark
Ahad kedua JuneAustria, Belgium, Ecuador
17 JunEl Salvador, Guatemala

Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Berkaitan