Rekod Senarai_Pemenang_Keseluruhan_Anugerah_Juara_Lagu

Kuantiti

  • Syarikat rakaman Sony Music mendahului jumlah hak cipta bagi lagu juara iaitu dengan 11 buah lagu manakala 7 buah lagu masing-masing dipunyai oleh syarikat Universal Music dan Warner Music.
  • Lagu "Terlalu Istimewa" dan "Itu Kamu" diterbitkan dan diedarkan sepenuhnya secara bebas (indie).
  • M. Nasir merupakan komposer yang paling banyak memenangi trofi AJL iaitu sebanyak empat (4) kali. 3 kali dinyanyikan sendiri 1994, 1997 (duet bersama Jamal Abdillah), 1999 dan sekali dinyanyikan artis lain iaitu Hafiz menerusi Awan Nano pada AJL 26 (2011).
  • Seramai lima (5) orang penulis lirik berkongsi jumlah kemenangan utama paling banyak iaitu sebanyak dua (2) trofi. Mereka ialah Abdul Jalil Salleh (dikenali sebagai Mama Juwie), Bob Lokman, Habsah Hassan, S. Amin Shahab dan Hairul Anuar Harun.
  • Habsah Hassan merupakan pemenang penulis lirik wanita pertama, manakala Ana Raffali merupakan pencipta lagu wanita pertama memenangi anugerah keseluruhan.
  • Abdul Jalil Salleh (Mama Juwie) merupakan penulis lirik pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1988 dan 1991.
  • Adam Ahmad merupakan komposer pertama memenangi anugerah keseluruhan sebanyak lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1990 dan 1993.
  • Aishah ialah penyanyi pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih sekali iaitu pada 1990 dan 1995.
  • M. Nasir menjadi penyanyi pertama memenangi anugerah utama (sebagai penyanyi) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1994, 1997 dan 1999, diikuti oleh penyanyi Siti Nurhaliza pada tahun 1996, 1998 dan 2000.
  • Aizat Amdan merupakan satu-satunya penyanyi gantian yang berjaya memenangi anugerah utama pada tahun 2012. Aizat menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang kerana Yuna mempunyai komitmen rakaman album di USA.
  • M. Nasir merupakan pemenang anugerah keseluruhan pertama yang mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikan/merakamkan sendiri lagu ciptaannya pada edisi 1994. Ini diikuti oleh Yasin Sulaiman (2001), Richael Lawrence Gimbang (2007), Nik Mustaza Nik Mustapha (2008), Ana Raffali (2010) dan Yuna Zarai (2012). Tetapi Yuna hanya menyanyi di peringkat Separuh Akhir sahaja kerana komitmennya di USA.
  • Selain menulis lirik, Richael Lawrence Gimbang memenangi anugerah keseluruhan pada tahun 2007 (Itu Kamu) menerusi penglibatannya dalam lagu tersebut sebagai pencipta lagu dan penyanyi utama kumpulan Estranged. Nik Mustaza Nik Mustapha juga serupa, tetapi beliau bukan penyanyi utama kumpulannya, sebaliknya sebagai pemain gitar utama.
  • Adam Ahmad, Adnan Abu Hassan, Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan dan Pete Teo merupakan komposer yang juga bergelar penyanyi tetapi tidak menyanyikan lagu ciptaan mereka yang memenangi anugerah utama.

Runut Bunyi

  • Tiga (3) buah lagu memenangi anugerah utama merupakan lagu tema asal sesebuah filem. Lagu-lagu tersebut ialah Ghazal Untuk Rabiah bagi filem Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lagu Untukmu (filem Kami pada 2008) dan Pergi (filem Talentime pada 2009).
  • Lagu Isabella pula merupakan lagu pemenang yang pertama diadaptasikan ke dalam filem iaitu menerusi dua buah filem Isabella dan Fenomena pada tahun 1990. Sementara ada beberapa lagu yang dimuatkan ke dalam filem setelah diterbitkan contohnya seperti Janji Manismu dimuatkan selepas itu dalam filem Syakila (1992), Mimpi Laila (filem No Problem pada 2001) dan Bunga-bunga Cinta (filem Gerak Khas 3 pada 2005).
  • Zaiton Sameon merupakan bekas pemenang yang kisah hidupnya diadaptasi ke dalam bentuk filem pada tahun 2012 (filem Zaiton Ceritaku) di mana filem tersebut memuatkan lakonan semula babak persembahan lagu Menaruh Harapan di AJL.

Etnik

  • Aubrey Suwito merupakan komposer bukan bumiputera yang pertama memenangi anugerah utama secara persendirian di mana beliau mempunyai campuran darah Cina dan Indonesia. Ini diikuti oleh komposer Pete Teo (Cina) dan Ezra Kong (Cina).
  • Ahmad Nawab, Adam Ahmad dan Omar Khan merupakan komposer bumiputera yang memenangi anugerah ini biarpun mereka mempunyai darah campuran India/Pakistan. Selain mereka, terdapat juga pemenang yang berrdarah campur seperti Azwin Andy Malik (campuran Melayu dan Cina), Yasin Sulaiman (campuran Melayu dan Australia) dan SonaOne (campuran Melayu dan Perancis) tetapi dikira sebagai bumiputera.
  • Untuk pemenang menerusi nyanyian, Francesca Peter mendahului penyanyi bukan Bumiputera iaitu Cindia (Kacukan Cina dan India) diikuti oleh Jaclyn Victor. Jaclyn berbangsa India.
  • Tony Bernado Alberto, berbangsa Cina merupakan salah seorang ahli Kumpulan Spider merupakan artis bukan bumiputera pertama memenangi anugerah utama sebagai artis (ahli kumpulan).

Usia & Penglibatan

Sejarah

  • Lagu Isabella didakwa merupakan lagu ciptaan asal M.Nasir tetapi hakciptanya diberikan kepada Kumpulan Search sekaligus melayakkan lagu ini bertanding di Muzik Muzik kerana syarat kelayakan adalah komposer dan penulis lirik hendaklah berkerakyatan Malaysia. M. Nasir yang ketika itu rakyat Singapura hanya mendapat kerakyatan Malaysia pada 1990. Hal sama juga dikatakan berlaku kepada pemenang edisi ke-31 dimana lagu Lelaki Teragung dikatakan dicipta oleh suami pemenang (Natasyah) iaitu komposer Adi Priyo Sambodo (pemastautin tetap Malaysia asal Indonesia).
  • Lagu Sumpah menjadi lagu juara pertama yang dipertikai penciptaan asal apabila ia didakwa diplagiat. Dakwaan dilakukan oleh penyanyi Dayana Amerda beberapa bulan selepas lagu tersebut dilancarkan dan kemudian ia berbangkit sekali lagi selepas meraih kejuaraan di AJL. Pihak World Peace Entertainment menafikan dakwaan plagiat kerana lagu tersebut telahpun didaftarkan hakciptanya.
1980-an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990-an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000-an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010-an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
2020-an
2020 • 2021
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.
1990-an
1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000-an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010-an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
2020-an
2020 • 2021
1980an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009 •
2010an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 •