2019 Senarai_lawatan_negara_Donald_Trump

Presiden Trump bersalaman dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di atas Garis Penandaan Tentera di Kawasan Keselamatan Bersama Zon Bebas Tentera Korea, 30 Jun 2019
TarikhNegaraLokasiButiran
1126–28 Februari VietnamHanoiMenghadiri mesyuarat sidang kemuncak dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. Juga bertemu dengan Presiden Nguyễn Phú Trọng dan Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc. Trump singgah di pangkalan udara di Qatar untuk mengisi minyak semasa perjalanan ke Vietnam.
1225–28 Mei JepunTokyoLawatan kenegaraan. Bertemu dengan Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri Shinzō Abe.
133–5 Jun United KingdomLondon,
Portsmouth
Lawatan kenegaraan.[31] Berjumpa dengan Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Theresa May. Meletakkan karangan bunga di atas makam pahlawan tanpa nama di Westminster Abbey. Menghadiri ulang tahun ke-75 upacara peringatan pendaratan Normandy.
5–6 Jun IrelandShannon,
Daerah Clare
Bertemu dengan Taoiseach Leo Varadkar. Meluangkan waktu malam di resort golf beliau di Doonbeg.
6 Jun PerancisColleville,
Caen
Bertemu dengan Presiden Emmanuel Macron. Menghadiri upacara peringatan ulang tahun ke-75 pendaratan Normandy. Melawat Makam Peringatan Amerika Normandy.
6–7 Jun IrelandShannon,
Daerah Clare
Meluangkan waktu malam di resort golf beliau di Doonbeg.
1427–29 Jun JepunOsakaMenghadiri sidang kemuncak G20. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Australia, Scott Morrison, presiden Brazil, Jair Bolsonaro, presiden China, Xi Jinping, kanselor German, Angela Merkel, perdana menteri India, Narendra Modi, perdana menteri Jepun, Shinzō Abe, putera mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman, presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan presiden Rusia, Vladimir Putin.
29–30 Jun Korea SelatanSeoul,
Zon Bebas Tentera Korea
Berjumpa dengan Presiden Moon Jae-in. Melawat Zon Bebas Tentera Korea. Menghadiri Sidang Kemuncak Zon Bebas Tentera Korea Selatan dan Korea Utara dengan Presiden Moon dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Rumah Bebas Inter-Korea di Kawasan Keselamatan Bersama Zon Bebas Tentera Korea. Melawat tentera A.S. di Pangkalan Udara Osan.
30 Jun Korea UtaraKawasan Keselamatan BersamaTrump berjalan ke bahagian utara Kawasan Keselamatan Bersama di Zon Bebas Tentera Korea, disertai oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Trump menjadi presiden yang pertama dari A.S. untuk memasuki Korea Utara.
1524–26 Ogos PerancisBiarritzMenghadiri sidang kemuncak G7 ke-45 di Hôtel du Palais, Biarritz. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Australia Scott Morrison, perdana menteri British Boris Johnson, perdana menteri Kanada Justin Trudeau, presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, presiden Perancis, Emmanuel Macron, kanselor Jerman Angela Merkel, perdana menteri India Narendra Modi dan perdana menteri Jepun Shinzō Abe.
1628 November AfghanistanPangkalan Udara BagramMelawat dengan [[Angkatan Tentera Amerika Syarikat|kakitangan tentera A.S. berkhidmat di Timur Afghanistan ditemani oleh Wanita Pertama Melania Trump. Ini adalah lawatan kedua presisen ke zon pertempuran A.S.. Juga bertemu Presiden Ashraf Ghani.
172–4 Disember United KingdomLondon, WatfordMenghadiri sidang kemuncak NATO ke-30. Bertemu dengan Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Boris Johnson. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Kanada Justin Trudeau, perdana menteri Denmark Mette Frederiksen, presiden Perancis Emmanuel Macron, kanselor Jerman Angela Merkel dan perdana menteri Itali Giuseppe Conte.

Rujukan

WikiPedia: Senarai_lawatan_negara_Donald_Trump http://www.cityam.com/270977/donald-trump-set-visi... http://edition.cnn.com/2017/05/22/politics/trump-i... http://abcnews.go.com/International/president-trum... http://abcnews.go.com/International/wireStory/late... http://abcnews.go.com/Politics/wireStory/latest-tr... http://www.nbcdfw.com/news/politics/Trump-Makes-Su... http://www.philstar.com:8080/headlines/2017/10/26/... http://www.politico.com/story/2017/05/04/trump-to-... http://www.vindy.com/news/2017/jul/06/trump-croati... http://www.westernjournalism.com/moving-speech-isr...