Menu
Senarai_lawatan_negara_Donald_Trump 2017Negara | Lokasi | Tarikh | Maklumat |
---|---|---|---|
Arab Saudi | Riyadh | 20–22 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Raja Salman dan pemimpin Islam di Sidang Kemuncak Riyadh.[1] Beliau menandatangani $ 110 bilion perjanjian senjata dengan Arab Saudi, yang terbesar dalam sejarah dunia.[2] Presiden Trump, bersama dengan Wanita Pertama Melania Trump, melawat Muzium Kebangsaan Arab Saudi.[3] |
Israel | Jerusalem | 22–23 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Presiden Reuven Rivlin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.[1] Beliau merupakan presiden AS yang pertama untuk melawat Tembok Meratap dan Gereja Makam Suci.[4] Pada hari seterusnya, Presiden Trump melawat Yad Vashem dan memberi ucapan di Muzium Israel.[5][6] |
Pihak Berkuasa Palestin | Bethlehem | 23 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas di Bethlehem.[7] |
Itali | Rome | 23–24 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Paolo Gentiloni.[8] |
Kota Vatikan | Kota Vatikan | 24 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Paus Francis.[1][9] |
Belgium | Brussels | 24–25 Mei | Presiden Trump bertemu dengan Raja Philippe dari Belgium, Perdana Menteri Charles Michel dan menghadiri sidang kemuncak NATO ke-28.[10][11] Beliau juga bertemu dengan Presiden Perancis yang baharu, Emmanuel Macron.[12] |
Itali | Taormina | 25–27 Mei | Presiden Trump menghadiri sidang kemuncak G7 ke-43. Beliau bertemu dengan Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Jepun Shinzō Abe. |
Poland | Warsaw | 5–6 Julai | Presiden Trump tiba di Warsaw untuk mesyuarat dua hala dan Sidang Kemuncak Tiga Laut 2017.[13] Beliau juga bertemu dengan Presiden Poland Andrzej Duda[14] dan Presiden Croatia Kolinda Grabar-Kitarovic.[15] Beliau juga memberi ucapan di hadapan Monumen Kebangkitan Warsaw di Dataran Krasinski untuk menghormati mangsa pendudukan Nazi dan penguasaan Komunis di Poland.[16] Dalam ucapannya, Presiden juga membincangkan masalah antarabangsa terkini dan kepentingan perikatan antarabangsa AS.[16] |
Jerman | Hamburg | 6–8 Julai | Presiden Trump menghadiri Sidang Kemuncak G20 Hamburg 2017. Beliau juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Mexico Enrique Pena Nieto dan Presiden Rusia Vladimir Putin.[17] |
Perancis | Paris | 13–14 Julai | Presiden Trump dan Wanita Pertama tiba di Lapangan Terbang Orly pada 13 Julai. Pada hari yang sama, Trump melawat kedutaan AS untuk menghadiri upacara menghormati veteran Amerika Syarikat ketika Perang Dunia II,[18] melawat Les Invalides bersama dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron,[18] terlibat dalam pertemuan dua hala dengan Macron di Istana Élysée dan mengadakan sidang akhbar dengan Presiden Perancis selepas itu.[18] Kedua-dua pemimpin, bersama para isteri dan tetamu peribadinya, kemudian menghadiri makan malam di restoran Le Jules Verne di atas Menara Eiffel dan hidangan mereka disediakan oleh Alain Ducasse.[18] Pada 14 Julai, Trump menghadiri Perarakan Tentera Hari Bastille.[19] |
Jepun | Kawagoe, Tokyo | 5–7 November | Bertemu dengan Maharaja Akihito dan Perdana Menteri Shinzō Abe. |
Korea Selatan | Osan, Seoul | 7–8 November | Lawatan kenegaraan. Bertemu dengan presiden Korea Selatan Moon Jae-in, dan memberi ucapan di Perhimpunan Agung Korea Selatan. Juga bertemu dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat ke-8 di Kem Humphreys.[20] |
China | Beijing | 8–10 November | Lawatan kenegaraan.[21] Presiden Trump tiba di Beijing untuk berjumpa dengan Presiden Xi Jinping dan Perdaha Menteri Li Keqiang. |
Vietnam | Đà Nẵng, Hà Nội | 10–12 November | Lawatan kenegaraan. Bertemu dengan Presiden Trần Đại Quang, Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc dan setiausaha agung Parti Komunis Nguyễn Phú Trọng. Menghadiri APEC Vietnam 2017.[22][23] |
Filipina | Manila, Pasay | 12–14 November | Menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31. Bertemu dengan Presiden Rodrigo Duterte.[24] |
Menu
Senarai_lawatan_negara_Donald_Trump 2017Berkaitan
Senarai negara berdaulat Senarai peribahasa (A–M) Senarai kabupaten dan kota di Indonesia Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi Senarai gunung berapi di Indonesia Senarai penyanyi Malaysia Senarai haiwan Senarai saluran Astro Senarai lapangan terbang di Malaysia Senarai stesen televisyen di MalaysiaRujukan
WikiPedia: Senarai_lawatan_negara_Donald_Trump http://www.cityam.com/270977/donald-trump-set-visi... http://edition.cnn.com/2017/05/22/politics/trump-i... http://abcnews.go.com/International/president-trum... http://abcnews.go.com/International/wireStory/late... http://abcnews.go.com/Politics/wireStory/latest-tr... http://www.nbcdfw.com/news/politics/Trump-Makes-Su... http://www.philstar.com:8080/headlines/2017/10/26/... http://www.politico.com/story/2017/05/04/trump-to-... http://www.vindy.com/news/2017/jul/06/trump-croati... http://www.westernjournalism.com/moving-speech-isr...