Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina (Tulisan Jawi: تاهون بهارو چينا; Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (旧正月 kyūshōgatsu).

Tahun Baru Cina

Tarikh 2020 Sabtu, 25 Januari, Tikus
Tarikh Chinese New Year's DayTemplat:Infobox holiday/wd
Diamalkan pada Masyarakat Cina
Kepentingan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Perayaan Sambutan Tahun Baharu, perhimpunan keluarga, makan besar.
Juga dipanggil Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Berkaitan dengan Cap Goh Meh yang mengakhiri perayaan ini
Tarikh 2019 Selasa, 5 Februari, Babi

Rujukan

WikiPedia: Tahun Baru Cina http://www.educ.uvic.ca/faculty/mroth/438/CHINA/ch... http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa0... http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei... http://www.book-soul.com/h.html#1970 http://www.equator-news.com/berita/index.asp?berit... http://everything2.com/index.pl?node_id=1405424 http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200 http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.... http://www.iht.com/articles/2006/01/27/news/journa... http://www.newsgd.com/specials/springfestival07