Sukan Bandar_Raya_New_York

Stadium Yankee, pangkalan pasukan New York Yankees sejak tahun 2009.

Antara sukan kegemaran ramai warga kota New York ialah besbol, bola sepak Amerika, hoki ais dan bola keranjang.

Kawasan metropolitan New York adalah salah satu daripada lima kawasan metro yang mempunyai dua pasukan besbol (New York Yankees dan New York Mets); empat yang selebinya ialah Chicago, Washington-Baltimore, Los Angeles dan Teluk San Francisco. Kedua-dua pasukan New York itu berbangga dengan pencapaian cemerlang sepanjang sejarah masing-masing, terutamanya dalam kejohanan Major League Baseball. New York juga pernah menjadi pangkalan New York Giants (kini San Francisco Giants) dan Brooklyn Dodgers (kini Los Angeles Dodgers). Kedua-dua pasukan berpindah ke California pada tahun 1958.

Dalam sukan bola sepak Amerika, New York diwakili dalam National Football League oleh dua pasukan juga, iaitu New York Jets dan New York Giants (atau nama rasminya New York Football Giants), namun kedua-duanya berkongsi pangkalan di Stadium New Meadowlands berdekatan East Rutherford, New Jersey.

New York Marathon ialah acara maraton terbesar di dunia.[137]

Dalam sukan hoki ais, pasukan New York Rangers mewakili bandar raya mereka di National Hockey League. Dalam kawasan metropolitan New York ada dua lagi francais NHL, iaitu New Jersey Devils yang bermain di Newark, New Jersey; dan New York Islanders yang bermain di Nassau County, Long Island. New York ialah satu-satunya kawasan metropolitan yang ada tiga pasukan dalam mana-mana satu daripada empat liga sukan profesional yang utama di Amerika Utara.

Bandaraya New York diwakili oleh New York Knicks dalam kejohanan anjuran NBA. Juga dalam kawasan metropolitannya ialah pasukan NBA New Jersey Nets, yang bercadang untuk berpindah ke Brooklyn seawal tahun 2012. Kejohanan bola keranjang peringkat kolej kebangsaan yang tertua di negara, iaitu National Invitation Tournament, diadakan di New York sejak tahun 1938.[138]

Perlawanan Tenis Terbuka A.S. (diadakan di Queens) ialah acara kejohanan tenis Grand Slam keempat dan terakhir setiap tahun.

Untuk bola sepak pula, New York diwakili dalam Major League Soccer oleh Red Bull New York yang berpangkalan di Red Bull Arena di Harrison, New Jersey.

Queens merupakan tuan rumah perlawanan tenis Terbuka AS, satu daripada empat kejohanan Grand Slam. New York merupakan salah sebuah tempat acara maraton terbesar di dunia, apatah lagi tiga edisi pada tahun 2004–2006 menyaksikan jumlah pelumba teramai yang menamatkan perlumbaan mereka, khususnya 37,866 orang pada tahun 2006.[137] Di Madison Square Garden diadakannya Millrose Games, acara olahraga tahunan yang menampilkan acara Wanamaker Mile; dan juga acara tinju seperti Amateur Boxing Golden Gloves yang juga diadakan secara tahunan.

Kebanyakan sukan dikaitkan dengan masyarakat pendatang di New York. Stickball, sejenis sukan jalanan seakan besbol, dipopularkan oleh golongan belia dari kelas bawahan keturunan Itali, Jerman, dand Ireland pada 1930-an. Sebatang jalan di Bronx diberi nama Stickball Blvd sebagai penghormatan kepada sukan jalanan terunggul di New York.[139]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...