Budaya Brazil

Kebudayaan teras Brazil berasal dari budaya Portugis kerana pertalian yang kukuh dengan empayar Portugis. Antara pengaruh yang dibawakan oleh Portugis termasuk bahasa Portugis, agama Katolik Rom dan gaya seni bina kolonial. Selain itu, budaya Portugis juga kuat dipengaruhi oleh budaya dan tradisi Afrika, pribumi dan Eropah. Sesetengah aspek kebudayaan Brazil yang dipengaruhi oleh sumbangan pendatang Itali, Jerman dan bangsa-bangsa Eropah lain yang tiba beramai-ramai di kawasan Selatan dan Tenggara Brazil.[243] Orang asli mempengaruhi bahasa dan masakan; begitu juga dengan orang Afrika yang turut mempengaruhi muzik, tarian dan agama.[244]

Machado de Assis, pemuisi dan novelis yang karyanya meliputi hampir semua genre sastera, disanjungi sebagai sasterawan Brazil yang teragung.[245]

Kesenian dan kesusasteraan

Persada kesenian di Brazil berkembang sejak abad ke-16, menjadi berbagai-bagai gaya, baik barok (gaya yang dominan di Brazil hingga awal abad ke-19)[246][247] mahupun Romantisisme, Modenisme, Ekspresionisme, Kubisme, Surealisme dan Abstraksionisme.

Kesusasteraan Brazil bermula pada abad ke-16, dengan catatan para penjelajah Portugis pertama diBrazil, misalnya Pêro Vaz de Caminha, yang berisi pemerian fauna, flora dan orang asli yang mengagumkan orang Eropah yang tiba di Brazil.[248]Templat:Citation broken Brazil melahirkan karya-karya terkemuka dalam genre Romantisisme — para novelis seperti Joaquim Manuel de Macedo dan José de Alencar mengarang cerita cinta dan keperitan. Sepanjang kerjayanya yang lama, Alencar turut mengangkat martabat orang asli sebagai perwira dalam novel-novel O Guarany, Iracema, Ubirajara.[249]

Media elektronik dan hiburan

Industri perfileman Brazil wujud sejak kelahiran bahantara itu pada akhir abad ke-19, dan berjaya mendapat sanjungan antarabangsa baru-baru ini.[250]

Muzik Brazil meliputi pelbagai gaya setempat yang dipengaruhi oleh muzik Afrika, Eropah dan Pribumi. Ia berkembang menjadi beraneka jenis, antaranya samba, música popular Brasileira, choro, sertanejo, brega, forró, frevo, maracatu, bossa nova, rock, and axé.

Masakan

Feijoada, hidangan yang dibuat dengan kacang hitam, daging babi, nasi, kai lan, tepung ubi kayu dan oren

Masakan Brazil banyak berbeza-beza mengikut setempat sebagai cerminan kepelbagaian budaya negara, sehingga membentuk masakan kebangsaan yang memelihara perbezaan antara rantau.[251] Antara hidangan-hidangan yang menjadi contoh terbaik ialah Feijoada, yakni hidangan kebangsaan Brazil;[252] dan makanan-makanan setempat seperti vatapá, moqueca, polenta dan acarajé. [253]

Brazil terkenal dengan pelbagai jenis manisan, seperti brigadeiro (bebola coklat), cocada (gula-gula kelapa) dan beijinhos (kuih kelapa berisi jem jambu batu goiabada). Kacang tanah digunakan untuk membuat paçoca, rapadura dan pé-de-moleque. Buah-buahan tempatan seperti açaí, cupuaçu, mangga, betik, koko, gajus, jambu batu, oren, markisa, nenas, dan kedondong dijadikan jus ataupun digunakan untuk membuat coklat, loli ais dan aiskrim.[254]


Sukan

Bola sepak sememangnya sukan paling popular di Brazil.[255]

Sukan yang paling popular di Brazil tak lain tak bukan bola sepak. Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil merupakan antara yang terunggul di dunia menurut FIFA World Rankings, serta memenangi kejohanan Piala Dunia sebanyak lima kali.[256] Selain itu, bola keranjang, bola tampar, lumba kereta, dan seni bela diri turut menarik ramai peminat. Misalnya, pasukan bola tampar lelaki kebangsaan Brazil pernah menjulang kejuaraan Liga Dunia, Piala Juara Besar Dunia, Kejohanan Dunia dan Piala Dunia FIVB. Sukan-sukan lain yang dimainkan di Brazil pula termasuk tenis, bola baling, sukan renang, dan gimnastik yang makin ramai peminatnya sejak puluhan tahun dahulu. Ada sesetengah variasi sukan yang dilahirkan di Brazil, contoh: bola sepak pantai,[257] futsal (bola sepak tertutup)[258] dan footvolley menjelma di Brazil sebagai bentuk pengubahsuaian bola sepak. Dalam seni bela diri, rakyat Brazil mencipta Capoeira,[259] Vale tudo,[260] dan Jiu-Jitsu Brazil.[261] Dalam sukan bermotor, tiga orang pemandu Brazil yang menjuarai kejohanan dunia Formula Satu sebanyak lapan kali.[262][263][264]

Brazil pernah menjadi tuan rumah kepada temasya sukan antarabangsa yang berprestij, termasuk Piala Dunia FIFA 1950[265] serta dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014.[266] Litar São Paulo, Autódromo José Carlos Pace, menganjurkan Grand Prix F1 Brazil setiap tahun.[267] São Paulo mengadakan Sukan Seluruh Amerika IV pada tahun 1963,[268] dan Rio de Janeiro menganjurkan Sukan Seluruh Amerika XV pada tahun 2007.[268] Rio de Janeiro dipilih sebagai tuan rumah temasya Olimpik pertama yang diadakan di Amerika Selatan pada tahun 2016.[269]

Rujukan

WikiPedia: Brazil http://www.ctgas.com.br/conteudo/img_upload/Projec... http://www.jusbrasil.com.br/noticias/74894/futebol... http://www.mzweb.com.br/santosbrasil/web/conteudo_... http://www.obamonteverde.com.br/ http://aulete.uol.com.br/site.php?mdl=aulete_digit... http://michaelis.uol.com.br/moderno/portugues/inde... http://valetudo.com.br/ http://www.cpatsa.embrapa.br/servicos/dadosmet/cem... http://www.bcb.gov.br/htms/relinf/ing/2004/06/ri20... http://www.brasil.gov.br/?set_language=en