Korea Selatan
Korea Selatan

Korea Selatan

Koordinat: 36°N 128°E / 36°N 128°E / 36; 128Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk  dengar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 100,363 kilometer persegi (38,750 bt2) dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal Zaman Paleolitik Awal.[8][9] Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo (918–1392) dan Dinasti Joseon (1392–1910). Pemerintahan Joseon berakhir apabila Korea diilhakkan oleh Empayar Jepun pada tahun 1910. Pada akhir Perang Dunia Kedua, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan pada 25 Jun 1950, peperangan yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata. Sempadan antara kedua-dua negara tersebut adalah yang paling kuat dikubui di dunia.[10] Selepas perang, ekonomi Korea Selatan berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah ekonomi utama dunia.[11] Pada tahun 1987, kerajaan awam telah menggantikan pemerintahan tentera. Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.Korea Selatan merupakan sebuah negara republik berpresiden yang terdiri daripada 17 bahagian pentadbiran. Ia merupakan sebuah negara maju dengan taraf hidup yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan ke-15 (nominal) atau ke-12 (pariti kuasa beli) terbesar di dunia.[12] Ekonomi ini didorong oleh bidang pengeksportan, di mana industri pengeluaran tertumpu pada bidang elektronik, kereta, perkapalan, jentera, petrokimia dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta pengasas bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Korea Selatan

Bahagian memandu kanan
• Air (%) 0.3 (301 km2 / 116 mi2)
• Total $2.241 trilion[5] (ke-14)
Gini (2019)  19.8[6]
low
• Kerajaan Utara-Selatan 698
HDI (2019) ▲ 0.916[7]
sangat tinggi · 22
Kumpulan etnik Sebahagian besarnya orang Korea. Tiada statistik rasmi [lower-alpha 1]
• Presiden Moon Jae-in
• Perdana Menteri Lee Nak-yeon
Format tarikh tttt년 bb월 hh일
tttt/bb/hh (CE)
• Pembebasan dan Kemerdekaan daripada Jepun, Cina, Thailand, United Kingdom dan Ireland 15 Ogos 1945
• Kepadatan 493/km2 (1,276.9/sq mi) (ke-12)
• Per kapita $32,766[5] (ke-28)
• Goryeo 918
• Jumlah $1.699 trilion[5] (ke-11)
• Hari Penubuhan Kebangsaan 3 Oktober 2333 SM
• Joseon 1392
Ibu kota Seoul
37°33′N 126°58′E / 37.550°N 126.967°E / 37.550; 126.967
• Tiga Kerajaan Korea 18 sm
Zon masa UTC+9 (Waktu Piawai Korea)
• Anggaran 2019 58,773,311 orang[4] (ke-31)
• Perlembagaan 17 Julai 1948
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
• Kerajaan Sementara 13 April 1919
Agama
Kod panggilan +8
Pemerintahan Republik berpresiden
Mata wang Won Republik Korea (₩) (KRW)
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Kemerdekaan diisytiharkan 1 Mac 1919
Internet TLD
Tulisan rasmi Hangul
Bahasa rasmi Korea
Bahasa isyarat Korea
Perundangan Perhimpunan Kebangsaan
• Kerajaan diisytiharkan 15 Ogos 1948
• Musim panas (DST) UTC+9 (tiada)