Limbungan kapal atau
galangan kapal ialah tempat di mana
kapal dibina dan diperbaiki termasuklah
kapal layar moden,
kapal perang,
kapal pesiaran dan kapal kargo atau kapal penumpang yang lain. Galangan kapal kadangkalanya lebih banyak dikaitkan dengan aktiviti penyelenggaraan dan kemudahan berbanding limbungan kapal, yang kadangkala lebih banyak dikaitkan dengan pembinaan awal. Istilah-istilah ini lazimnya digunakan secara berganti, sebahagiannya kerana evolusi galangan dan limbungan sering menyebabkan ia berubah atau digabungkan peranannya.Negara-negara dengan industri besar pembinaan kapal termasuklah
Australia,
Brazil,
China,
Croatia,
Denmark,
Finland,
Perancis,
Jerman,
India,
Ireland,
Itali,
Jepun,
Belanda,
Norway,
Filipina,
Poland,
Romania,
Rusia,
Singapura,
Korea Selatan,
Sweden,
Taiwan,
Ukraine,
United Kingdom, dan
Vietnam. Industri pembinaan kapal lebih cenderung bertaburan di
Eropah berbanding di
Asia, kerana negara-negara Eropah cenderung mempunyai lebih banyak syarikat kecil, manakala negara-negara Asia cenderung mempunyai lebih sedikit syarikat besar.Kebanyakan pembina kapal di
Amerika Syarikat , adalah milik swasta, yang terbesar kepunyaan
Industri Huntington Ingalls, iaitu kontraktor pertahanan berbillion-dollar, dan limbungan kapal tertua milik keluarga itu adalah Limbungan Kapal Colonna di Norfolk, VA. Limbungan kapal milik awam di AS ialah prasarana
Tentera Laut yang menyediakan kemudahan, bekalan dan baik pulih.Limbungan kapal dibina berhampiran laut atau sungai yang ada pasang surut untuk memudahkan akses kapal mereka. Di
United Kingdom, sebagai contoh, limbungan telah di dirikan di sungai-sungai
Thames (Raja
Henry VIII membina limbungan di
Woolwich dan
Deptford pada tahun 1512 dan 1513),
Mersey,
Tees,
Tyne,
Wear, dan
Clyde – yang terakhir berkembang menjadi pusat pembuatan kapal utama dunia.Sir
Alfred Yarrow mendirikan limbungannya berhampiran Thames di Pelabuhan
London pada akhir abad ke-19 sebelum memindahkan ia ke utara tebing sungai Clyde di
Scotstoun (1906–08). Limbungan kapal terkenal UK yang lain termasuklah limbungan
Harland dan Wolff di
Belfast,
Ireland Utara, dimana
kapal Titanic telah dibina, dan galangan kapal di
Chatham, England berhampiran
Medway di utara
Kent.Tapak limbungan yang besar akan mengandungi banyak
kren,
limbungan kering,
landasan kapal, gudang bebas debu, kemudahan mengecat dan kawasan khusus yang sangat besar untuk pemasangan kapal. Setelah jangka hayat kapal berakhir, ia membuat perjalanan terakhir ke limbungan
pemecahan kapal, sering berdekatan
pantai di
Asia Selatan. Mengikut sejarah, pemecahan kapal dilakukan di limbungan kering di negara-negara maju, tetapi upah tinggi dan peraturan alam sekitar telah mengakibatkan pemindahan industri ini ke wilayah-wilayah membangun.