Mumbai
Mumbai

Mumbai

Kepadatan
Metro• 22,922/km2 (59,368/sq mi)
• 21,900,967[2] (#1) (2010[update])• Aras tinggi• 14 m (46 kaki)Mumbai (Bahasa Marathi: मुंबई, Mumbaī, IPA: [mʊmbaɪ] ( dengar)), dahulunya dikenali dengan nama rasmi Bombay,[3] merupakan ibu negeri Maharashtra di India, dan juga bandaraya yang paling ramai penduduknya di India, serta bandaraya kedua teramai penduduk di dunia, dengan kira-kira 14 juta orang.[1] Di samping kawasan-kawasan bandar berdekatan, termasuk bandaraya Navi Mumbai dan Thane, Mumbai adalah salah sebuah kawasan bandar terbesar di dunia.[4] Mumbai yang terletak di pantai barat India mempunyai pelabuhan semula jadi yang dalam. Pada 2009, Mumbai meraih gelaran bandaraya dunia alfa.[5] Mumbai juga bandaraya terkaya di India,[6] dan menikmati KDNK tertinggi di kalangan semua bandaraya di Asia Selatan dan Tengah.Tujuh buah pulau yang membentuk Mumbai dahulunya adalah tempat tinggal masyarakat koloni nelayan. Selama ratusan tahun, pulau-pulau tersebut dikuasai oleh empayar tempatan yang bersilih ganti sebelum diserahkan kepada Portugis, dan selepas itu Syarikat Hindia Timur British. Pada pertengahan abad ke-18, Mumbai dibentuk semula oleh pihak British dengan projek kejuruteraan awam besar-besaran,[7] sehingga terbit sebagai sebuah bandar perdagangan yang penting. Pembangunan ekonomi dan pendidikan mencirikan kota ini pada abad ke-19. Mumbai menjadi pangkalan yang kuat untuk gerakan kemerdekaan India pada awal abad ke-20. Apabila India merdeka pada tahun 1947, bandaraya tersebut digabungkan dalam Negeri Bombay. Pada 1960, ekoran gerakan Samyukta Maharashtra, negeri baru Maharashtra dicipta dengan Bombay sebagai ibu negeri. Pada tahun 1996, Bombay mendapat nama barunya iaitu Mumbai.[8]Mumbai merupakan pusat perdagangan dan hiburan India yang menjana 5% KDNK negara ini,[9] serta menjelaskan 25% keluaran perindustrian, 70% perdagangan maritim di India (Mumbai Port Trust & JNPT),[10] dan 70% urusniaga modal ke dalam ekonomi India.[11] Mumbai adalah tempat terletaknya institusi kewangan terpenting di India seperti Bank Rizab India, Bursa Saham Bombay, Bursa Saham Kebangsaan India dan ibu pejabat bagi berbilang syarikat India dan perbadanan multinasional. Mumbai juga menempatkan institut nuklear terunggul di India, seperti BARC, NPCL, IREL, TIFR, AERB, AECI, dan Jabatan Tenaga Atom. Mumbai juga terkenal sebagai pusat perusahaan filem dan televisyen berbahasa Hindi dan Marathi, yang dikenali dengan timangan Bollywood. Peluang perniagaan di Mumbai dan juga potensi menawarkan taraf hidup yang lebih tinggi, menarik ramai penghijrah dari merata India, sehingga menjadikan bandaraya ini berbilang masyarakat dan budaya.

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...