Pengangkutan Mumbai

Pengangkutan awam

Antara sistem pengangkutan awam di Mumbai termasuk rel Mumbai Suburban Railway, bas Brihanmumbai Electric Supply and Transport (BEST), teksi bermeter hitam kuning, beca bermotor dan feri. Perkhidmatan Suburban Railway dan bas BEST mengangkut kira-kira 88% daripada jumlah penumpangan pada tahun 2008.[161] Beca bermotor hanya dibenarkan beroperasi di kawasan subbandar Mumbai, sementara teksi dibenarkan berniaga di seluruh Mumbai, tetapi pada amnya tertumpu di Mumbai Selatan.[162] Mumbai Darshan merupakan perkhidmatan bas pelancong yang meneroka pelbagai tarikan pelancong di Mumbai.[163]

Teksi dan beca di Mumbai diwajibkan menggunakan gas asli mampat sebagai bahan api,[164] dan juga merupakan kaedah pengangkutan yang sesuai, jimat dan senang dicari di Mumbai.[162] Mumbai mempunyai kira-kira 1.53 juta kenderaan pada tahun 2008,[165] 56,459 teksi hitam kuning, dan 102,224 beca bermotor, tepat pada tahun 2005.[166]

Jalan raya

Peta yang menunjukkan jalan raya utama, landasan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang (Klik untuk besarkan)

Mumbai disambungkan oleh lebuhraya nombor 3, 4 dan 8 dalam sistem Lebuhraya Negara India.[167] Lebuhraya Mumbai-Pune adalah lebuh raya ekspres pertama di India,[168] manakala Lebuhraya Mumbai-Vadodara,[169] Western Freeway dan Eastern Freeway masih dalam pembinaan. Jambatan Bandra-Worli Sea Link dan Tambak Mahim menghubungkan kota pulau dengan subbandar di barat.[170] Tiga jalan raya utama di bandaraya adalah Lebuhraya Ekspres Timur dari Sion ke Thane, Lebuhraya Ekspres Sion Panvel dari Sion ke Panvel dan Lebuhraya Ekspres Barat dari Bandra ke Borivali.[171]

Walaupun 88% pengulang-alik di kota menaiki pengangkutan awam, namun Mumbai masih bergelut dengan kesesakan lalu lintas.[172] Sistem pengangkutan Mumbais dikategorikan sebagai antara yang paling sesak di dunia.[173] Disebabkan kesesakan diburukkan lagi oleh penjaja dan kenderaan yang diparkir, MMRDA telah melaksanakan projek Mumbai Skywalks untuk menyediakan persuraian pejalan kaki yang cepat dan selamat dari kawasan yang paling sesak seperti stesen Mumbai Suburban Railway.[174]

Rel

Terminus Chhatrapati Shivaji (dahulu Terminus Victoria) merupakan ibu pejabat Central Railway dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO

Mumbai merupakan ibu pejabat untuk dua zon Indian Railways, iaitu Central Railway (CR) yang beribu pejabat di Terminus Chhatrapati Shivaji (dahulunya Terminus Victoria), dan Western Railway (WR) yang beribu pejabat di Churchgate.[175] Selaku tunjang pengangkutan bandaraya, Mumbai Suburban Railway terdiri daripada tiga rangkaian rel berasingan, iaitu: Central, Western, dan Harbour Line yang merentasi seluruh bandaraya dari utara ke selatan.[176]

Sistem rel subbandar Mumbai mengangkut sejumlah 6.3 juta penumpang sehari pada tahun 2007,[177] melebihi separuh daripada jumlah muatan penumpang harian Indian Railways. Tren amat sesak pada waktu puncak, sehingga tren sembilan gerabak yang berupaya muatan 1,700 penumpang pun boleh mengangkut sekitar 4,500 orang pada waktu puncak.[178]

Mumbai mempunyai hubungan baik dengan seluruh India menerusi Indian Railways. Tren jarak jauh berlepas dari Terminal Chhatrapati Shivaji, Stesen Dadar, Terminus Lokmanya Tilak, Stesen Mumbai Central, Terminus Bandra, Andheri dan Borivali.[179]

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji merupakan sebuah lapangan terbang utama di India.

Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji (dahulunya Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar) merupakan hab penerbangan utama di bandaraya Mumbai dan juga antara bandaraya tersibuk di India dari segi jumlah penumpangan.[180]

Juhu Aerodrome merupakan lapangan terbang pertama di India, kini dijadikan kelab penerbangan dan pangkalan helikopter.[181]

Laut

Mumbai mempunyai dua pelabuhan utama, iaitu Amanah Pelabuhan Mumbai dan Amanah Pelabuhan Jawaharlal Nehru, yang terletak di seberang caruk di Navi Mumbai.[182] Pelabuhan Mumbai merupakan salah sebuah pelabuhan semula jadi terunggul di dunia, di sampung dilengkapi kemudahan penginapan dok basah dan kering yang menyeluruh.[183] Pelabuhan Jawaharlal Nehru yang ditempah pada 26 Mei 1989, adalah pelabuhan utama yang paling sibuk dan moden di India,[184] kerana menguruskan 55–60% daripada jumlah muatan berkontena di India.[185] Perkhidmatan feri dari Ferry Wharf di Mazagaon membawa penumpang ke pulau-pulau berdekatan bandaraya.[186]

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...