Peristiwa 2018_di_Malaysia

Januari

  • 1 Januari:
  • 5 Januari - Tragedi Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia:
    • Malaysia bersetuju dengan firma penerokaan Amerika Syarikat, Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian memburu penerbangan MH370.[6]
  • 6 Januari - Mah Siew Keong yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi telah dilaporkan membuat beberapa kesilapan dalam beberapa baris yang meninggalkan penonton yang gembira semasa perhimpunan bersama dengan MCA. Ucapannya telah disunting ke dalam video tular.[7]
  • 6 Januari - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya membebaskan sebuah bot nelayan tempatan daripada ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia menggunakan aplikasi K3M di Lumut, Perak.[8]
  • 7 Januari - Seorang pendaki gunung dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nazri Omar meninggal dunia ketika turun di puncak Gunung Kinabalu, Sabah akibat kesejukan.[9][10]
  • 8 Januari - Sekolah tertua negara, Victoria Institution meraikan ulang tahun ke-125.[11]
  • 11 Januari:
  • 16 Januari:
    • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap sembilan warga Filipina atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.[15]
    • Pelakon Farid Kamil dibebaskan dengan ikat jamin,[16] namun ditahan sekali lagi atas empat pertuduhan.[17]
  • 22 Januari - Polis menahan empat orang remaja lelaki kerana menunggang basikal lajak dengan cara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Klang, Selangor.[18]
  • 23 Januari - Air longkang dan sungai dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan bertukar biru berikutan dicemari pewarna produk plastik.[19][20]
  • 24 Januari - Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih sejam sejak pukul 3 petang.[21]
  • 25 Januari - Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan rasmi selama dua hari ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India dan bertemu rakan sejawatannya Perdana Menteri India, Narendra Modi.[22]
  • 26 Januari:
    • Pelakon Hairul Azreen dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan lebih dua jam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini setelah rakaman video berdurasi 48 saat dia melepaskan tembakan ke udara tular di laman sosial YouTube.[23]
    • Penyanyi Yunalis Zarai melangsungkan perkahwinan dengan Adam Sinclair.[24]
  • 27 Januari:
    • Institusi pendidikan negara digemparkan dengan penularan rakaman video seorang guru mengamuk pada mesyuarat dalam kalangan pendidik yang berlangsung di sebuah sekolah di Petaling Jaya.[25] Rakaman video yang berdurasi hampir empat minit itu menunjukkan guru tersebut meninggikan suara kerana dipercayai tidak diberikan tempat duduk dalam mesyuarat berkenaan selepas membuat bayaran sebanyak RM70.[25]
    • 50,000 umat Islam berkumpul untuk berdoa untuk kesejahteraan Palestin dan pembebasan Palestin daripada kezaliman Zionis berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya.[26]
  • 28 Januari - Seorang kontraktor berusia 60 tahun menjadi orang yang kelima ditahan berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemberian kontrak untuk beberapa projek kereta api Sabah.[27]
  • 29 Januari - Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China selepas Alibaba memperkenalkan Sistem Kecerdasan buatan City Brain di Kuala Lumpur untuk memerangi kesesakan lalu lintas.[28]
  • 29 Januari - Lembaga Penapisan Filem Malaysia mengharamkan filem Hindi, Padmaavat kerana kepekaan unsur-unsur kepada orang Islam.[29]
  • 29 Januari - Netizen Malaysia mengkritik dan membuat lelucon ke atas logo baru Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 selepas ia dibentangkan pada pelancaran promosi di Chiang Mai, Thailand.[30] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mempertahankan logo itu dan mengatakan kritikan adalah biasa, kita tidak boleh dapatkan persetujuan rakyat seluruh Malaysia.[31][32]

Februari

  • 1 Februari:
    • 370 orang individu dianugerahkan pingat darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan.[33]
    • Lima orang individu termasuk dua orang warga Nepal, berusia 19 hingga 62 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala lemah, lesu dan tidak sedarkan diri selepas meminum sejenis kopi pracampuran berperisa durian yang dipercayai telah dicampur dengan dadah.[34]
  • 2 Februari - SM Faliq, anak kepada pengerusi Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin diijabkabulkan dengan Chryseis Tan, anak perempuan Tan Sri Vincent Tan.[35]
  • 6 Februari - Ketua Umum PKR, Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada hari ini kerana mendedahkan butiran akaun bank yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.[36]
  • 7 Februari - Pelakon Sofi Jikan direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif ganja.[37]
  • 11 Februari - Anugerah Juara Lagu ke-32:[38]
  • 13 Februari - Kebakaran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):
    • Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya musnah dijilat api dalam kejadian jam 12 tengah hari.[42]
    • Kebakaran pejabat KWSP dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.[43]
    • Cawangan dan pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran.[44]
  • 13 Februari - Seorang pelajar perempuan Nur Afini Roslan, 14 tahun, terbunuh, manakala dua orang rakannya cedera, akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Negeri Sembilan.[45]
  • 14 Februari - Seorang suri rumah yang mengaku sebagai kerabat didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada April 2015.[46]
  • 20 Februari - Jabatan Hidupan Liar Sabah menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah Pigmi Borneo yang berada di sekitar kawasan perkampungan di sini, bagi mengurangkan konflik haiwan berkenaan dengan penduduk.[47]
    • Tragedi kepala air:
      • Usaha mencari empat lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Gasi, Sungai Buloh diteruskan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Hassan 'As'hari Omar berkata, kekuatan pasukan mencari dan menyelamat turut ditambah daripada 60 kepada 70 orang dari pelbagai agensi.[48]
      • Mayat keempat mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh ditemukan berhampiran Desa Coalfields.[49]
      • Mayat terakhir mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh, ditemukan berhampiran jambatan Puncak Alam.[50]
      • Operasi mencari kesemua mangsa yang dihanyutkan kepala air ketika memancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh dihentikan pada jam 6.30 petang.[51]
  • 22 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee telah ditahan selepas memberi keterangan di Bukit Aman mengenai kes klip videonya ‘Like a Dog’.[52]
  • 23 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee, direman selama empat hari sehingga 26 Februari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[53]
  • 25 Februari - Sebuah pesawat ringan milik Syarikat Woorayi Air Services terhempas di Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Seorang juruterbang warga Australia dilaporkan terselamat.[54]
  • 25 Februari - Pelumba Cub Prix, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran maut dalam kemalangan jam 2 pagi di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, Seremban, Negeri Sembilan.[55][56]
  • 26 Februari - Pelakon dan penga­cara Neelofa dikecam atas tindakan beliau melancarkan koleksi tudung dan meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 di kelab malam Zouk.[57][58][59]
  • 27 Februari - Koleksi tudung terbaru Neelofa, "Be Lofa Turban" dengan 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 habis dijual dalam masa 24 jam selepas pelancarannya.[60][61]
  • 27 Februari - Tiga orang pekerja penyelenggara sistem jana kuasa Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail nyaris maut selepas terhidu gas karbon dioksida selama lebih 10 minit.[62]

Mac

  • 1 Mac - Seramai 286 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu, cemas apabila salah satu bilik di asrama sekolah berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi.[63]
  • 2 Mac - Lima bot milik Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar dipercayai berlaku ketika proses mengisi minyak dilakukan ke tangki salah sebuah bot dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di jeti Pangkalan Polis Marin, Lahad Datu, Sabah.[64]
  • 2 Mac - Sebanyak 6,205 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram dengan kuantiti hampir 30 tan dirampas penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur daripada sebuah syarikat pemborong menerusi Ops Goreng II di Taman Bullion Mewah, Kuala Lumpur.[65]
  • 4 Mac - Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dan merampas dadah seberat 290 gram yang disimpan di sebuah rumah di Taman Desa Cempaka, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan.[66]
  • 5 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V membuat mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.[67]
  • 6 Mac - Armin Zaharin Ahmad Zambri, suami penyanyi terkenal Ziana Zain, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari.[68]
  • 8 Mac - Ulang tahun keempat kehilangan Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia[69]
  • 8 Mac - Catuan air di Selangor kini telah berikutan krisis air di negeri ini.[70]
  • 9 Mac - Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.[71][72]
  • 9 Mac - Bekas Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid meninggal dunia[73] pada 9 Mac 2018 di kediaman beliau di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.[74]
  • 11 Mac - Lima penuntut Malaysia dari National University of Ireland, cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari sebuah pekan kecil, Letterkenny ke Galway, Ireland, jam 6 petang waktu tempatan pada Jumaat.[75]
  • 11 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Perak membanteras cubaan seorang lelaki menjual haiwan yang dilindungi kepada sindiket secara haram.[76]
  • 11 Mac - Sepasukan pemain bola sepak Miri FC menghadapi detik cemas apabila bas dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 34 Jalan Keningau - Papar, Kimanis pada jam 8.50 pagi.[77]
  • 12 Mac - Mahkamah Tinggi membatalkan saman dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman liwat dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan serta Persekutuan.[78]
  • 13 Mac - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mematahkan cubaan memindahkan 2,400 balak pelbagai jenis bernilai kira-kira RM3 juta di Hutan Simpan Chini dan Chini Tambahan, Bera, Pahang.[79]
  • 15 Mac - Anggota bomba, Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.[80]
  • 19 Mac - Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi secara pembedahan.[81][82][83][84]
  • 21 Mac - Insiden kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik di perairan Parit Jawa, Muar
    • Kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 dilaporkan terbalik sehingga memerangkap 14 mangsa ke persisiran berhampiran.[85] Usaha mengalihkan kapal giat dijalankan.[86]
    • Salah seorang mangsa, Mohd Akashah Azizan, yang dilaporkan terperangkap sempat membuat ‘Live’ di Facebook beberapa hari sebelum kejadian.[87]
  • 22 Mac - Insiden kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik di perairan Parit Jawa, Muar
    • Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat menjalankan kerja-kerja pengalihan kapal korek pasir yang dilaporkan terbalik sehingga memerangkap 14 mangsa ke persisiran berhampiran.[85]
    • Kapal korek pasir yang terbalik di Perairan Parit Jawa, ditunda ke kawasan lebih cetek bagi membolehkan usaha menyelamat 14 kru kapal yang dipercayai masih terperangkap. Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, tindakan menunda kapal tersebut adalah untuk memastikan ia berada di kedudukan dasar laut.[88]
  • 23 Mac - Insiden kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik di perairan Parit Jawa, Muar
    • Dua daripada 14 mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik di Perairan Parit Jawa di sini selamat tiba di jeti nelayan dekat Pantai Leka, Parit Jawa.[89]
  • 25 Mac - Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).[90]
  • 25 Mac - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza melancarkan aplikasi mudah alih rasmi yang boleh didapati dalam platform Android dan iOS secara percuma, menjadikan beliau artis Malaysia pertama yang berbuat demikian.[91][92][93]
  • 25 Mac - Insiden kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik di perairan Parit Jawa, Muar
    • Waris dan keluarga mangsa tragedi kapal korek pasir mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.[94]
    • Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghentikan operasi menyelam selepas membuat pemeriksaan menyeluruh berulang kali di dalam kapal korek JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar pagi Rabu tetapi tiada penemuan terbaharu berkaitan mangsa.[95]
  • 28 Mac - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, masing-masing terhadap dua individu warga Indonesia dan seorang warga tempatan kerana cuba menyertai kumpulan pengganas di Bandar Marawi, Filipina.[96]
  • 29 Mac - Khairul Azzuar Yusoff, graduan perubatan dari universiti di Mesir dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak atas kesalahan hidup atas hasil persundalan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun.[97]
  • 29 Mac - Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap suri rumah, Rozita Mohammad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.[98]
  • 30 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) semalam menahan empat lelaki warga Myanmar termasuk seorang tekong kerana melanggar zon penangkapan ikan ditetapkan kira-kira 6.2 batu nautika dari perairan Sekinchan.[99]

April

  • 1 April - Hari Kartunis Malaysia diraikan.[100]
  • 1 April - Majalah komik tertua Malaysia, Gila-Gila meraikan ulang tahun ke-40.[101]
  • 2 April - Rang Undang-undang Anti-Berita Tidak Benar diluluskan oleh Dewan Negara di Parlimen.[102]
  • 3 April - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli - Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli.[103]
  • 4 April - Ulang tahun ketiga kemalangan helikopter Semenyih 2015.
  • 4 April - Seorang bilal masjid disyaki mengedar dadah, ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah Pendang.[104]
  • 4 April - Pengasas Habib Jewels, Habib Mohamed Abdul Latiff meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleanegles, Ampang pada jam 4:26 pagi pada usia 92 tahun akibat terjatuh di bilik air kediamannya.[105]
  • 7 April - Dewan Rakyat Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang ke-14.[106]
  • 7 April - Perdana Menteri, Najib Tun Razak melancarkan Manifesto Barisan Nasional dengan bertemakan Bersama BN Hebatkan Negaraku.[107][108][109][110][111]
  • 9 April - Dewan-dewan Undangan Negeri Selangor,[113] Perak, dan Terengganu bagi penggal ke-13 telah dibubarkan.[114]
  • 10 April - DUN Pulau Pinang bagi penggal ke-13 dibubarkan.[115]
  • 10 April - Sebuah lori sarat muatan dedak ayam terbalik selepas terbabas di persimpangan Jalan Luku-Sepang, Port Dickson di lokasi sama tragedi meragut nyawa empat sekeluarga empat bulan lalu.[116]
  • 11 April - Kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari pelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).[117]
  • 11 April - Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di dalam tong sampah di Pusat Komersial, Seksyen 7 kira-kira pukul 8 pagi.[118]
  • 12 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, untuk mengetepikan keputusan Pengarah Jabatan Penjara dan dua lagi yang tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarga ketika lawatan di penjara.[119]
  • 13 April - Seorang pekerja farmasi terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Jalan Pintas Rawang dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang.[120]
  • 14 April - Tiga lelaki cedera selepas lori membawa muatan kapur yang dinaiki terbabas sebelum melanggar tebing batu selekoh di Kilometer 17.3 Jalan Genting-Kuala Lumpur, Genting, kira-kira jam 3 pagi.[121]
  • 14 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas 1.2 juta batang rokok seludup pelbagai jenama membabitkan nilai rampasan dan cukai sebanyak RM747, 936 selepas berjaya memintas sebuah lori di Taman Sri Wang.[122]
  • 16 April - Ahli politik Napsiah Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada usia 74 tahun.[123]
  • 18 April - Kumpulan pop KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka yang akan diadakan pada Mei.[124]
  • 23 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonan mendapatkan kebenaran memulakan cabaran dari segi perlembagaan bagi membatalkan satu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan rang undang-undang menjadi undang-undang selepas 30 hari, walaupun tidak mendapat perkenan yang di-Pertuan Agong.[125]
  • 28 April - Calon Pilihan raya umum Malaysia (PRU-14) diadakan.
  • 30 April - Sultanah Maliha Tengku Ariff dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah dalam istiadat berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.[126]

Mei

Jun

Julai

  • 1 Julai - Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu menggantikan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim[183]
  • 2 Julai - Menteri baru dalam Pakatan Harapan secara rasmi bersumpah sebagai anggota kabinet.[184]
  • 2 Julai - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menjadikannya menteri lelaki termuda dalam Kabinet Malaysia.[185]
  • 2 Julai - Yeo Bee Yin dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia, menjadikannya menteri wanita termuda dalam Kabinet Malaysia.[186][187]
  • 2 Julai - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan oleh polis Indonesia ketika sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.[188]
  • 3 Julai - Syarikat pertanian dan komoditi Felda Global Ventures Holdings Berhad bertukar nama kepada FGV Holdings Berhad.[189][190]
  • 3 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.[191]
  • 3 Julai - Adam Rayqal, bayi lelaki berusia tiga bulan yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali[192] dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.[193]
  • 3 Julai - Anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[194]
  • 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa atas lebih 10 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[195][196][197]
  • 4 Julai - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, memberi keterangan buat kali kedua selama enam jam kepada SPRM berhubung siasatan 1MDB.[198]
  • 5 Julai - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, memberi keterangan buat kali ketiga kepada SPRM berhubung siasatan 1MDB.[199]
  • 5 Julai - Kebakaran tangki minyak Kemaman Bitumen.
    • Tangki minyak yang menakung 40,000 liter minyak mentah milik Kemaman Bitumen di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu terbakar.[200]
  • 6 Julai - Kebakaran tangki minyak Kemaman Bitumen.
    • Usaha memadamkan tangki minyak Kemaman Bitumen giat dijalankan.[201]
    • Seorang kontraktor cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan selepas terlibat dalam kebakaran tangki minyak mentah di Kemaman Bitumen Company (KBC).[202][203]
    • Pihak Bomba berusaha memadam kebakaran tangki minyak ketiga yang masih terbakar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.[204]
  • 6 Julai - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, memberi keterangan buat kali keempat kepada SPRM berhubung siasatan 1MDB.[205]
  • 6 Julai - Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-13 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.[206]
  • 6 Julai - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman disaman berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah.[207]
  • 7 Julai - Kebakaran tangki minyak Kemaman Bitumen.
    • Tempoh tiga minggu diperlukan untuk mengetahui punca kebakaran tiga tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di Teluk Kalong.[208]
  • 8 Julai - Kebakaran tangki minyak Kemaman Bitumen.
    • Kebakaran membabitkan tiga tangki minyak mentah Kemaman Bintumen Company (KBC) sejak Khamis berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.40 petang.[209]
  • 9 Julai - Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan lori selepas meragut dua beranak dalam kejadian jam 3.30 petang di Jalan Jernai, Setapak.[210]
  • 10 Julai - Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meraikan ulang tahunnya ke-93.[211][212]
  • 10 Julai - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan baharu kerana keluar negara tanpa mengikuti laluan sah.[213]
  • 10 Julai - Kematian Muhammad Luthhakim Abdullah.
    • Muhammad Luthhakim Abdullah, kanak-kanak berusia 10 tahun terpaksa menanggung penderitaan sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat didera ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di Permatang Badak.[214]
    • Muhammad Luthhakim meninggal dunia sejurus tiba di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 1 tengah hari.[215]
    • Muhammad Luthhakim dipercayai mempunyai kesan melecur di kemaluan serta lebam di beberapa anggota badan.[215][216]
    • Mohd Asyraf Mohd Jasni, bapa saudara mangsa dera, Muhammad Luthhakim memaklumkan terkejut anak saudaranya mati didera.[217]
    • Ibu bapa direman Muhammad Luthhakim ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian anak lelaki mereka berusia 10 tahun di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan.[218]
    • Punca kematian Muhammad Luthhakim akibat didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.[219]
  • 11 Julai - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor.[220]
  • 11 Julai - Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.[221]
  • 12 Julai - Isteri Perdana Menteri, Siti Hasmah Mohamad Ali meraikan ulang tahunnya ke-92.
  • 12 Julai - Penyanyi, Ziana Zain dan suami Armin Zaharin Ahmad Zambri bercerai talak satu selepas 20 tahun berumahtangga.[222][223][224]
  • 12 Julai - Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang dikesan di peringkat awal di bahagian pankreas di Singapura.[225]
  • 13 Julai - Pejabat pentadbiran pengajian am di tingkat empat Bangunan Akademik Politeknik Port Dickson (PPD), musnah 60 peratus dalam kebakaran.[226]
  • 16 Julai - Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengetuai 221 daripada 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah bagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai anggota Dewan Rakyat bagi penggal ke-14. Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun, tidak dapat hadir untuk mengangkat sumpah kerana masih berada dalam cuti sakit selepas menjalani pembedahan di pankreas di sebuah hospital swasta di Singapura.[227]
  • 16 Julai - Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menerima kunjungan dari Perdana Menteri Filipina, Rodrigo Duterte.[228]
  • 17 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V membuat mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.[229]
  • 17 Julai - Lima senator mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.[230]
  • 18 Julai - Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Taman Canggih, Kota Kinabalu.[231]
  • 19 Julai - Penerbangan Malaysia (MAS) MH134 dari Brisbane ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 11.18 malam akibat masalah teknikal.[232]
  • 19 Julai - Negeri Sembilan menumpaskan Selangor 3-1 dalam saingan Liga Super Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.[233]
  • 23 Julai - Sebuah kapal dagang yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan berhampiran Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 20 Julai.[234]
  • 31 Julai - Hari Pahlawan Malaysia.

Ogos

September

  • 1 September - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan, bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).[251]
  • 4 September - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak membenarkannya berjumpa dan berunding dengan peguam ketika direman berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).[252]
  • 8 September - Parti Pribumi Bersatu Malaysia meraikan ulangtahun ke-2 penubuhannya di Stadium Malawati, Shah Alam yang dihadiri pemimpin utama parti dan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak dapat menyertai sambutan tersebut kerana masih bercuti sakit selepas rawatan kimoterapi.[253]
  • 11 September - Dua sahabat baik maut selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam mendapan tanah sebelum ditimbus runtuhan jalan dalam kejadian di Jalan Taman Serdang, Bandar Baharu Serdang, Selangor.[254]
  • 11 September - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) parah selepas motosikal ditungganginya terlanggar belakang sebuah kereta di Kilometer 96.2, Lebuhraya Pantai Timur, Lanchang, Temerloh, Pahang.[255]
  • 12 September - Kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak September 2018: Dua lelaki dipercayai pelanggan kedai dobi Taman Gombak Ria, Gombak, Selangor bertindak membunuh seekor kucing sarat bunting dengan memasukkannya dalam mesin pengering kedai dobi tersebut dan membiarkannya hingga mati. Bangkai kucing tersebut ditemui dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah.[256]
  • 13 September - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 17, Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.[257]
  • 14 September - Kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak September 2018: Dua suspek kes bunuh kucing dtahan reman selama empat hari dari 14 sehingga 17 September.[258]
  • 16 September - Sambutan Hari Malaysia ke-55.
  • 17 September - Kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak September 2018: Tempoh tahanan reman ke atas dua suspek kes bunuh kucing dilanjutkan sehingga 20 September.[259]
  • 17 September - Dua beranak maut selepas lori yang membawa muatan sekam padi dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 15.3 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik jam 9.15 pagi.[260]
  • 18 September - Kes arak beracun.
    • Seramai 19 individu sekitar Lembah Klang, maut selepas minum arak yang mengandungi metanol, manakala 14 orang kritikal dan sembilan lagi dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.[261][262]
  • 19 September - Bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan salah guna kuasa.[263]
  • 19 September - Kes arak beracun.
    • Dua lagi mangsa di Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat dipercayai meminum arak beracun sehingga jam 8 pagi. Jumlah itu menjadikan keseluruhan mangsa yang maut di negeri ini ialah seramai 17 orang.[264]
    • Sebanyak 23 botol arak berjenama Mandalay dan Grand Royal dirampas polis dari sebuah premis menjual minuman keras di Jalan Selingsing 4, Taman Sri Kuching.[265]
    • Tujuh suspek dipercayai pengusaha kedai runcit yang menjual arak, hari ini, ditahan Polis Selangor susulan kes keracunan arak yang mengakibatkan 17 kematian di negeri itu.[266]
    • Jumlah mangsa yang maut selepas dipercayai meminum arak beracun di Lembah Klang meningkat kepada 23 orang.[267]
    • Polis telah menyerbu kedai menjual minuman keras diserbu dalam tiga operasi berasingan di sekitar ibu negara hari ini berhubung kejadian kematian empat lelaki di Sentul pada 14 September.[268]
  • 20 September - Kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak September 2018: Dua suspek yang terlibat dalam kes bunuh kucing bunting pada 12 September, dihadapkan ke Mahkamah Selayang.[269]
  • 23 September - Kes arak beracun.
    • Seorang lagi mangsa yang kritikal dipercayai akibat keracunan alkohol, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).[270]
    • Jumlah mangsa yang mati akibat keracunan arak terus meningkat apabila tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia.[271]
  • 24 September - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut wang RM116.7 juta milik mereka yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).[272]

Oktober

  • 1 Oktober - Mahkamah Majistret Petaling Jaya, membenarkan polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara pada Jun 2018.[273]
  • 2 Oktober - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, diminta hadir untuk memberi keterangan kali ketiga di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya jam 10 pagi 4 Oktober.[274]
  • 4 Oktober - Tragedi 6 penyelam bomba lemas:
    • Seramai enam penyelam bomba lemas ketika mencari seorang remaja yang dilaporkan terjatuh ke sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.[275]
    • Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdukacita atas kejadian yang menimpa enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.[276]
  • 5 Oktober - Kebocoran bahan kimia dikesan membabitkan sebuah lori tangki yang membawa muatan 35,000 kilogram (kg) asid hidroklorik di Kilometer 361 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Slim River, Perak.[277]
  • 4 Oktober - Tragedi 6 penyelam bomba lemas:
  • Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula 5 hingga 7 Oktober di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.[278]
  • 6 Oktober - Nahas Terowong Menora:
    • Lima dipercayai sekeluarga disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak.[279]
    • Sebuah lori dan kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora terbakar.[280]
  • 7 Oktober - Nahas Terowong Menora:
    • Beberapa individu dipercayai waris kepada lima mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan treler yang membawa muatan bijih besi dengan sebuah kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, tampil membuat pengecaman mayat mangsa.[281]
    • Pemandu treler berusia 41 tahun yang ditahan selepas treler dipandunya merempuh sebuah kereta hingga mengorbankan lima nyawa dalam kemalangan di Kilometer 255.1 pagi 7 Oktober, memiliki 13 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.[282]
  • 7 Oktober - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, bertemakan "Infiniti".[283]
  • 8 Oktober - Nahas Terowong Menora:
    • Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia 41 tahun yang merempuh sebuah kereta hingga mengakibatkan lima mangsa rentung terbakar dalam kemalangan di Kilometer 255.1 pagi, didapati positif dadah jenis metamfetamin.[284]
  • 8 Oktober - Kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak September 2018:
    • Suspek ketiga kes bunuh kucing di kedai dobi Gombak ditahan reman.[285]
  • 10 Oktober - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anaknya Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.[286]
  • 11 Oktober - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 9.16 pagi bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan.[287]
  • 12 Oktober - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya buat kali kelima bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan.[288]
  • 18 Oktober - Seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias maut dalam satu kes kemalangan langgar lari di hadapan Shaftbury, Cyberjaya.[289]
  • 19 Oktober - Tanah runtuh Paya Terubong
    • Dua maut, seorang cedera manakala 10 lagi pekerjaan binaan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, Pulau Pinang.[290]
    • Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.[291]
    • Wakil pejabat Konsulat Indonesia di negeri tiba di lokasi kejadian tanah runtuh di Paya Terubong.[292]
  • 22 Oktober - Pertabalan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.[293][294][295]
  • 23 Oktober - Seorang pemandu sebuah ambulans swasta maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 194.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Kamunting, Perak.[296]
  • 23 Oktober - Seorang pemandu sebuah ambulans swasta maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 194.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Kamunting, Perak.[297]
  • 23 Oktober - Tanah runtuh Paya Terubong
    • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak tanah runtuh projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini ditamatkan sepenuhnya selepas masuk hari kelima.[298]
  • 24 Oktober - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan atas kesalahan pecah amanah.[299]
  • 24 Oktober - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah hadir untuk diambil keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.[300]
  • 24 Oktober - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disoal siasat sekali lagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.[301]
  • 26 Oktober - Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.[302][303]
  • 28 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula 28 Oktober sehingga 2 November.[304]
  • 31 Oktober - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengecualikan diri daripada menghadiri prosiding pengurusan kes bagi kesemua pertuduhan dihadapinya.[305]

November

  • 2 November - Safiq Rahim dilaporkan bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan berkemungkinan menyertai kelab luar negara.[306]
  • 3 November - Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa diserang ketika proses pemilihan Cabang Keningau di sebuah dewan di Kampung Merampong. Keningau, Sabah.[307]
  • 3 November - Sebuah kedai borong serbaneka musnah 60 peratus dalam kebakaran di Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan.[308]
  • 5 November - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seorang remaja lelaki selepas dipercayai menyeludup 143 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM13,000 berhampiran Pos Sehara, Padang Terap, Kedah.[309]
  • 8 November - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.[310]
  • 15 November - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2013 dan 2016.[311]
  • 16 November - Datuk Seri Najib Razak, enggan memasuki kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen pada prosiding kes yang dihadapinya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad.[312]
  • 26 November - Insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman
    • Perselisihan faham berlaku antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman terletak di USJ 25, Seafield, Subang Jaya.[313]
    • Insiden pergaduhan tercetus dan 18 kenderaan dibakar[313] dam 700 anggota polis digerakkan.[313]
    • Keadaan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 tenang dan kelibat kumpulan perusuh tidak kelihatan.[314]
  • 27 November - Insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman
    • Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, sebaliknya ia berkaitan pemindahan kuil.[315]
  • 28 November - Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM158,426 membabitkan 1,098 kertas siasatan bagi tempoh 16 tahun sejak 2002, di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.[316]

Disember

  • 4 Disember - Satu kejadian letupan berlaku di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching. 3 maut dan 41 cedera, letupan dipercayai berpunca daripada dapur sebuah kedai makan yang dalam proses pengubahsuaian.[317]
  • 5 Disember - Seorang remaja lelaki, Mohd Aidi Azzhar Zahrin maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.[318]
  • 5 Disember - Utusan Melayu (M) Bhd telah mencadangkan untuk menjual pejabat kedai lima tingkat di Petaling Jaya, Selangor untuk RM7 juta untuk mengumpul dana bagi keperluan modal kerja.[319]
  • 8 Disember - Seramai 55,000 peserta hadir ke perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur.[320]
  • 11 Disember - Ulang tahun ke-25 tragedi Highland Towers.[321]
  • 16 Disember - pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman maut selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi.[322]
  • 17 Disember - Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah di frase Seafield Sri Maha Mariamman, meninggal dunia pada jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.[323]
  • 17 Disember - Nurul Izzah Anwar mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).[324]
  • 17 Disember - Caryn Yean, seorang kakitangan Honda dipecat kerja serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan menghina Muhammad Adib.[325]
  • 25 Disember - Lebih 1,000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib & Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib yang dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) di Masjid Bandar Diraja.[326]

Rujukan

WikiPedia: 2018_di_Malaysia http://www.afr.com/news/world/mahathir-says-hes-po... http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/namewee-di... http://www.asiaone.com/malaysia/grab-driver-malays... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/nor-shamsi... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/konsert-g... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nama-pute... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sahk... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bayi-dic...