Peristiwa 2019_di_Malaysia

Januari

Februari

  • 1 Februari - Tamil Nesan, akhbar berbahasa Tamil tertua negara, menamatkan penerbitan selepas 94 tahun beroperasi.[21]
  • 9 Februari - Siti Mashitah Ibrahim, kanak-kanak berusia 11 tahun mati akibat dirogol dan dibunuh di Kampung Medang Hilir, Pekan, Pahang.
  • 10 Februari - Inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.[22]
  • 14 Februari - Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lima pertuduhan menerima barangan berharga iaitu kos penyelenggaraan kenderaan dan yuran guaman pada 2014 dan 2015.[23]
  • 17 Februari - Lori tangki membawa muatan 33,000 liter diesel dan petrol terbakar dalam kejadian di Kilometer 52 Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Miri, Sarawak.[24]
  • 17 Februari - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Kajang.[25]
  • 18 Februari - EXCO Pemuda UMNO, Papagomo direman tiga hari bagi membantu siasatan serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.[26]
  • 19 Februari - Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan bom berani mati di kawasan Al Darb Al Ahmar berdekatan Masjid Al-Azhar di Kaherah, Mesir.[27]
  • 26 Februari - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan lawatan rasminya ke Brunei Darussalam dengan menghadap Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.[28]
  • 27 Februari - Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman akaun Facebook miliknya.[29]

Mac

April

Mei

  • 2 Mei - Ahli Parlimen Kinabatangan dan bekas pengerusi Felcra Berhad, Bung Moktar Radin dan isteri, pelakon Zizie Ezette akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di ibu negara atas tuduhan berkaitan rasuah.[54][55]
  • 2 Mei - Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara baharu memggantikan Richard Malanjum yang bersara wajib pada 12 April. Pelantikan ini menjadikan Tengku Maimun sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.[56]
  • 3 Mei - Harga runcit petrol RON97 turun satu sen kepada RM2.81 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter.[57]
  • 9 Mei - Kerajaan dan pihak polis memohon untuk menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.[58]
  • 10 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor buat sementara waktu berikutan pertuduhan ke atas Najib dan Rosmah yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.[59]
  • 11 Mei - Calon DAP Vivian Wong Shir Yee terpilih ke Parlimen Malaysia untuk kawasan Sandakan pada pilihan raya kecil Sandakan 2019 selepas kerusi itu kosong selepas kematian bapanya akibat serangan jantung yang juga penyandangnya.[60]
  • 13 Mei - Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) hujung tahun ini, selepas pembentangan Rang Undang- Undang (RUU) berkaitan pada sesi Parlimen berikutnya.[61]
  • 13 Mei - Pelakon Sofi Jikan diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan ganja.[62]
  • 15 Mei - Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).[63]
  • 16 Mei - Jurulatih bola sepak Irfan Bakti meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih TFC berkuatkuasa serta merta, sebagai tanggungjawab atas kemerosotan prestasi Terengganu FC (TFC), terutama selepas kekalahan memalukan pasukan itu di tangan Petaling Jaya City FC.[64]
  • 16 Mei - Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan isteri Bella Astillah memfailkan perceraian talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.[65]
  • 17 Mei - Malaysia akan menjadi tuan rumah Kongres Terowong Sedunia (WTC) 2020 dan Perhimpunan Agung Persatuan Pembinaan Terowong dan Ruang Bawah Tanah Antarabangsa (ITA-AITES) ke-46 selama seminggu bermula 15 Mei 2020.[66]
  • 20 Mei - Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri merangkul pingat gangsa acara 3 meter papan anjal di hari terakhir Siri Dunia Terjun FINA yang berlangsung di London.[67]
  • 22 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 88 tahun.[68][69]
  • 24 Mei - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diarah mengisytiharkan harta yang diperolehinya dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017 selepas gagal mengetepikan notis pihak pendakwaan yang mewajibkannya berbuat demikian.[70]
  • 25 Mei - Google Malaysia memberi penghormatan khas kepada penghibur terkemuka Sudirman Haji Arshad dengan melakarkan karya seni doodle, di laman carian mereka, sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-65.[71][72][73][74]
  • 27 Mei - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah merayu Mahkamah Tinggi memutuskan kes saman fitnah dikemukakannya terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain, ditentukan melalui penghakiman terus tanpa perbicaraan.[75]

Jun

  • 1 Jun - Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi SPRM.[76]
  • 6 Jun - Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka mengumumkan persaraannya daripada kerjayanya sebagai pemain badminton selepas 19 tahun.[77]
  • 11 Jun - Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London, England.[78]
  • 20 Jun - Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku lelaki dalam video lucah dikaitkan dengan seorang menteri, ditamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.[79]
  • 20 Jun - Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff, cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing.[80]
  • 20 Jun - Seramai 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di sini, kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu, mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital petang ini, dipercayai akibat pencemaran udara.[81]
  • 22 Jun - Tiga sekolah dan dua tadika diarah tutup dua hari bermula 24 Jun bagi membolehkan siasatan kes pencemaran toksid dijalankan di kawasan sekitar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, sehingga punca dapat dikenali pasti.[82]
  • 26 Jun - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan menerima rasuah lebih $SGD4.2 juta bagi melanjutkan kontrak Syarikat Ultra Kirana sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China.[83]

Julai

  • 3 Julai - Tokoh perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi peme­gang saham terbesar di dalam Media Prima dengan me­nguasai 19.5 peratus saham dianggarkan bernilai RM126 juta.[84] Ini menjadikan beliau sebagai pemegang saham ketiga terbesar di Media Prima.[85]
  • 10 Julai - Pelakon Fizo Omar dan isterinya, usahawan Mawar Karim melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.[86][87]
  • 11 Julai - Pinewood Iskandar Malaysia Studios telah bertukar nama kepada Iskandar Malaysia Studios selepas kerjasama selama 10 tahun dengan Pinewood Group tamat melalui persetujuan bersama.[88][89][90]
  • 12 Julai - Penyanyi Yuna Zarai melancarkan album antarabangsa keempat, Rouge.[91]
  • 17 Julai - Ulang tahun kelima nahas Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.
  • 18 Julai - Northport (Malaysia) Berhad dianugerahkan piawaian ISO 45001: 2018 oleh Lloyd's Register, menjadikannya pelabuhan Malaysia yang pertama menerima pengiktirafan itu.[92]
  • 19 Julai - Selangor mengalami pencemaran bau dalam bekalan air paip yang berpunca daripada tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor.
  • 26 Julai - Kerajaan Persekutuan mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah juga cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.[93]
  • 28 Julai - Tiga anak harimau Malaya yang dilahirkan di Zoo Negara, secara rasmi dinamakan Wira, Hebat dan Melur oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ketika melancarkan Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ 2019-2020 sempena Hari Harimau Sedunia.[94]

Ogos

  • 2 Ogos - Lapan individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas lif di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi mengalami kegagalan sebelum terhempas dari tingkat 5 dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.[95]
  • 3 Ogos - Nora Anne Quoirin, remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia bersama keluarganya pada Sabtu untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.[96]

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapan oleh keluarganya pada 8 pagi Ahad.

  • 5 Ogos - Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk membatalkan saman ahli perniagaan J R Deepak Jaikishan dan adiknya, J Rajesh, berhubung dakwaan konspirasi hingga menyebabkan kerugian diketahui pada 23 Oktober.[97]
  • 6 Ogos - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan penutupan siaran analog secara berperingkat.[98]
  • 10 Ogos - Hujan lebat dan angin kencang membadai beberapa tempat di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, dan kejadian bumbung diterbangkan angin, selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaskan lalu lintas.[99]
  • 17 Ogos - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan filem web berjudul UNI terbitan Petronas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.[100]
  • 17 Ogos - Petronas meraikan ulang tahun ke-45.
  • 18 Ogos - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, mengeluarkan pengisytiharan pengurniaan gelaran dan panggilan hormat bagi kerabat Diraja Pahang berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, pengurniaan dan gelaran hormat itu diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos.[101]
  • 22 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dianugerah gelaran 'Ibu Negara' oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan.[102]
  • 23 Ogos - Azizulhasni Awang memenangi satu pingat emas dan satu perak pada Grand Prix Piala Trek Asia Tenggara, mencatatkan 1 minit 3.168 saat.[103]
  • 31 Ogos - Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-62.[104]

September

  • September - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan ulang tahun ke-70.[105]
  • 4 September - Zahir Armaya, anak pelakon A.R. Badul komando 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dalam kejadian pagi Rabu.[106]
  • 5 September - Sejumlah penyokong Indonesia menyerang kawasan tempat duduk penyokong skuad Harimau Malaya yang sedang menyaksikan perlawanan pasukan bola sepak kedua-dua negara bertarung pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Gelora Bung Karno, Jakarta.[107]
  • 11 September - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguh berikutan Datuk Seri Najib Razak mengalami sakit mata.[108][109]
  • 16 September - Malaysia meraikan 56 tahun penubuhannya.[110]
  • 16 September - Kawasan hutan seluas dua hektar di Bukit Broga, Semenyih, terbakar pada petang.[111]
  • 16 September - Sebanyak 138 sekolah di Selangor ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara pada tahap tidak sihat.[112]
  • 18 September - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara.[113]
  • 19 September - Sebanyak 2,459 sekolah rendah dan menengah diberikan cuti tanpa ganti sehari atau dua hari berikutan jerebu.[114]
  • 27 September - Prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim berakhir dengan Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.[115]
  • 29 September - Dua peserta larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon cedera dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Ampang menghala ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).[116]
  • 30 September - Pasukan PKNS FC mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang Piala Presiden buat kali pertama selepas menumpaskan Perak dengan agregat 2-1.[117]
  • 30 September - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan tambang percuma kepada kanak-kanak berusia di bawah enam tahun yang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, mulai 1 Oktober.[118]

Oktober

November

  • 2 November - Piala Malaysia 2019.
  • 9 November - Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, akan diketahui pada Isnin.[136]
  • 10 November - Seramai 19 individu menerima darjah kebesaran pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-63 di Istana Iskandariah.[137]
  • 15 November - Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) selepas dinobatkan sebagai pemenang anugerah itu buat kali kedua pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 19).[138]
  • 19 November - Malaysia tewaskan Indonesia 2-0 dalam kelayakan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • 22 November - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan kali ke-30.[139]
  • 26 November - Visual paparan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dalam satu acara pembukaan perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) menjadi tular di media sosial. Klip video berdurasi 1 minit 42 saat itu mendapat reaksi netizen.[140]
  • 27 November - Harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak satu sen setiap minggu sebaik Program Subsidi Petrol dilaksanakan bermula Januari ini.[141]
  • 29 November - Pasukan pengaman Malaysia dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) disahkan selamat dan tidak terjejas dalam pergolakan terbaharu di bahagian timur negara itu.[142]
  • 30 November - Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak berkuat kuasa 11 Disember.[143]
  • 30 November - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dirasmikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).[144]

Disember

  • 4 Disember - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan melancarkan Pandu Puteri Siswi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.[145]
  • 5 Disember - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran gelombang banjir kedua dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember dalam skala sama atau melebihi gelombang pertama.[146]
  • 7 Disember - Rakaman video yang menunjukkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan menyanyikan lagu "Negaraku" dalam bahasa Mandarin tular. Video itu dirakamkan pada 19 September 2018, melibatkan 20 murid Tahun Lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).[147]
  • 7 Disember - Sebanyak 40 Kelab UMNO Luar Negara ditutup selepas kekurangan sokongan, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).[148]
  • 11 Disember - Ulang tahun ke-26 tragedi Highland Towers.
  • 17 Disember - Pos Malaysia dengan kerjasama Primeworks Studios dan WAU Animation mengeluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad, sempena tayangan filem animasi Ejen Ali: The Movie.[149]
  • 18 Disember - Malaysia menjadi hos Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019).[150]
  • 19 Disember - Penerbit liputan Sukan SEA 2019, Mohd Hezle Mohd Helan selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Klang Lama.[151]
  • 24 Disember - Bekalan air di semua kawasan yang terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, pulih sepenuhnya dalam masa 72 jam.[152]
  • 29 Disember - Dua pelancong Malaysia maut dalam kemalangan bas dengan sebuah trak di jalan menuju Laut Merah pada 28 Disember.[153]
  • 31 Disember - Akhbar Suara Keadilan menamatkan penerbitannya.[154]

Rujukan

WikiPedia: 2019_di_Malaysia http://english.astroawani.com/malaysia-videos/gaga... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-pel... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-siti-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/forum-bi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-mal... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rosmah-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-m... http://www.astroawani.com/berita-sukan/insiden-ben... http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/03/1... http://www.kosmo.com.my/hiburan/perceraian-bukan-p...