Tentera China


Dengan 2.3 juta askar aktif, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) ialah tentera terbesar di dunia.[93] PLA terdiri daripada tentera-tentera darat, laut, udara, dan angkatan nuklear strategik. Perbelanjaan rasmi PLA yang diumumkan untuk tahun 2009 ialah AS$ 70 bilion, tetapi Amerika Syarikat mendakwa China tidak melaporkan perbelanjaan ketenteraan sebenarnya. Agensi Perisikan Pertahanan menganggarkan perbelanjaan sebenar tentera China pada tahun 2008 adalah sekitar AS$ 105–150 bilion.[94]

Dengan milikan persenjataan dan sistem serahan nuklear, China dianggap sebagai sebuah kuasa ketenteraan serantau dan salah sebuah kuasa terbesar yang memuncul.[95] Namun begitu, berbeza dengan empat ahli tetap lain di Majlis Keselamatan, keupayaan mengunjur kuasa China adalah terhad.[96] Oleh itu, China selama ini menjalin hubungan ketenteraan antarabangsa yang diibaratkan sebagai seutas "rantai mutiara."

RRC sentiasa berusaha memodenkan tenteranya, dengan membeli pesawat pejuang tercanggih dari Rusia, seperti Sukhoi Su-30, dan juga menghasilkan pesawat pejuang sendiri, khususnya J-10 dan J-11.[97] China juga memperoleh dan memperbaiki sistem misil bumi ke udara S-300 dari Rusia yang dianggap sebagai antara sistem pemintas pesawat terhebat di dunia,[98] meskipun Rusia sudah beralih ke S-400 Triumf generasi baru yang dilaporkan China membelanjakan $500 juta untuk versi eksportnya yang diturun taraf.[99] Angkatan RRC yang berperisai dan bertindak pantas sentiasa dikemas kini dengan peningkatan perkakas elektronik dan keupayaan penembakan.

Sesetengah kumpulan pemikir seperti Majlis Asia Eropah berhujah bahawa ketegangan antara AS dan China kerana tindakan Washington menjual senjata kepada Taipei[100] dikhuatiri bakal mencetuskan perlumbaan senjata baru di Asia yang diapi-apikan oleh motif ideologi dalam negeri, mengingatkan zaman McCarthy[101] ketika golongan haluan kanan di AS terang-terang menyokong lobi Chiang Kai-shek.

Rujukan

WikiPedia: China http://202.84.17.11/en/index.htm http://www.theaustralian.news.com.au/business/stor... http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.cis.org.au/issue_analysis/IA95/ia95.htm... http://www.chinanews.cn/news/2005/2005-11-18/14441... http://www.chinadaily.com.cn/2010-03/03/content_95... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/c... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2009-08/03/c... http://www.chinadaily.com.cn/china/2006-03/21/cont... http://www.chinadaily.com.cn/china/2008-01/11/cont...