China
China

China

b.   Ringkasan pencirian struktur politik sejak 1980-an tidak dapat dilakukan.[8]c.   9,598,086 km2 kecuali semua wilayah pertikaian.
9,640,821 km2 Termasuk kawasan tadbiran RRC (Aksai Chin dan Kawasan Rentas Karakoram yang dituntut oleh India), tidak termasuk Taiwan.[9]China (Cina: 中国), lebih dikenali dengan nama sebenar Republik Rakyat China (Cina: 中华人民共和国), ialah sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti,[10] dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi[11] (Hong Kong dan Makau). Ibu negara RRC ialah Beijing.[12]Pada keluasan kira-kira 9.6 juta kilometer persegi (3.7 juta batu persegi), RRC ialah negara ketiga atau keempat terluas di dunia dari segi keluasan keseluruhan,[13] dan negara kedua terbesar dari segi keluasan daratan.[14] Lanskapnya dipelbagaikan dari tanah hutan steppe dan gurun (Gobi dan Taklamakan) di bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan Siberia di Rusia, hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan yang lembap bersebelahan dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan Myanmar. Rupa bumi di bahagian baratnya tinggi dan berceranggah, dengan banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan semula jadi China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan pinggiran laut timur tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai sepanjang 14,500 kilometer (9,010 mi) di tepi Laut China Selatan di tenggara dan Laut China Timur di timur yang juga terletaknya Taiwan, Korea, dan Jepun.Tamadun Cina purba—antara tamadun-tamadun terawal di dunia—menjadi makmur di lembangan subur Sungai Kuning yang mengalir merentasi Dataran China Utara.[15] Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai dinasti). Dinasti pertamanya ialah Xia (kira-kira 2000 SM), tetapi pada zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara China yang bersatu pada 221 SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir pada tahun 1911 dengan penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis Kuomintang (KMT). Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah belah dan perang saudara yang membahagikan negara kepada dua paksi politik, iaitu Kuomintang dan komunis. Pada 1949, pertempuran besar-besaran berakhir dengan kemenangan dalam perang saudara oleh pihak komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar China. Kerajaan Republik China pimpinan Kuomintang berundur ke Taipei, dengan bidang kuasanya kini terhad kepada Taiwan dan beberapa pulau terpencil. Semenjak itu, RRC sentiasa berbalah dengan RC mengenai perihal kedaulatan dan taraf politik Taiwan.Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran diperkenalkan pada tahun 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia,[16] pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53% pada tahun 1981 kepada 8% pada tahun 2001.[17] Namun demikian, RRC kini berdepan dengan sebilangan masalah lain termasuk kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal,[18] jurang pendapatan yang makin besar antara penduduk bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam sekitar.[19][20] Lebih-lebih lagi, China turut dikecam atas pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan-kerajaan negara lain mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),[21] di samping sering kali mengganggu kebebasan akhbar.[22]China ialah sebuah kuasa utama, ekonomi kedua terbesar di dunia secara nominal (atau terbesar di dunia mengikut pariti kuasa beli) dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai pertubuhan-pertubuhan berbilang pihak termasuk WTO, APEC, G-20 dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. China ialah sebuah negara bersenjata nuklear yang teriktiraf dan juga bala tentera tetap terbesar di dunia dengan belanjawan pertahanan kedua termahal. China disifatkan berpotensi menjadi kuasa terbesar oleh sesetengah ahli akademik,[23] serta para penganalisa ketenteraan,[24] dasar awam dan ekonomi.[25]

China

Zon masa UTC+8 (Waktu Piawai China)
Pemerintahan Republik rakyat,[2]
negara komunis,[3][4]
[b]
HDI (2007) ▲ 0.772[7]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-91
Perundangan Kongres Rakyat Kebangsaan
• Kepadatan 139.6/km2 (361.6/sq mi) (ke-53)
Bahasa rasmi Mandarin Baku (de facto)[1]
Gini (2007) 47.0[6]
Ralat: Nilai Gini tidak sah
KDNK (PPP) Anggaran 2016 
Mata wang Yuan China (¥) (CNY)
Format tarikh yyyy-mm-dd
or yyyy年m月d日
(CE; CE-1949)
Demonim Cina
Kumpulan etnik 92% Han; 55 kaum minoriti teriktiraf
• RRC diisytiharkan 1 Oktober 1949
• Perdana Menteri Li Keqiang
• Anggaran 2010 1,338,612,968[5] (pertama)
Ibu kota Beijing (北京)
• Bancian 2000 1,242,612,226
Bandar terbesar Shanghai (上海)
• Per kapita $8123 (ke-71)
Bahagian memandu kanan, kecuali Hong Kong & Makau
Kod panggilan 86 [d]
• Total $21.4 trilion (ke-1)
Tulisan rasmi Tulisan Cina Ringkas[1]
KDNK (nominal) Anggaran 2016 
• Air (%) 2.8[d]
• Jumlah $11.2 trilion (ke-2)
Diiktiraf bahasa serantau Rujuk Bahasa di China
Internet TLD .cn[d]
• Presiden Xi Jinping

Rujukan

WikiPedia: China http://202.84.17.11/en/index.htm http://www.theaustralian.news.com.au/business/stor... http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.cis.org.au/issue_analysis/IA95/ia95.htm... http://www.chinanews.cn/news/2005/2005-11-18/14441... http://www.chinadaily.com.cn/2010-03/03/content_95... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/c... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2009-08/03/c... http://www.chinadaily.com.cn/china/2006-03/21/cont... http://www.chinadaily.com.cn/china/2008-01/11/cont...