Televisyen Filemografi_Siti_Nurhaliza

TahunKemunculanPerananCatatan
1995Bintang HMI[4]Dirinya sendiri - pemenangRancangan televisyen pertamanya dimana beliau telah diujibakat sebelum ini dan kemudiannya dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
1998Hiburan Minggu Ini[5]Dirinya sendiri
Sensasi bersama Siti Nurhaliza[6]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri.
1999Konsert Pancawarna Siti Nurhaliza[7]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri.
2000Bersama Siti Nurhaliza[8]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas 15 episod yang disiarkan di Perbadanan Televisyen Singapura.
Hiburan Minggu IniDirinya sendiri
2001Divas of South East Asia[9]Dirinya sendiriBeliau menyertainya bersama beberapa penyanyi Malaysia, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dengan tiga wakil Indonesia, Krisdayanti, Titi DJ dan Vina Panduwinata dan seorang wakli dari Filipina, Kuh Ledesma untuk konsert yang disiarkan di rantau Asean.
Festival Lagu Asia[10]Dirinya sendiriBeliau adalah antara beberapa artis Malaysia yang dipilih untuk mewakili industri muzik Malaysia kepada Jepun. Dihoskan oleh pengacara Malaysia dan Jepun, Maya Karin dan Marc Panther, rancangan tersebut disiarkan di kedua-dua saluran televisyen Malaysia dan Jepun, TV2 dan NHK.[10]
2002Hiburan Minggu Ini[11]Dirinya sendiri
Ole-ole Siti Nurhaliza [12]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri.
1 Jam Bersama Siti Nurhaliza [13][14]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas selama sejam yang disiarkan di saluran televisyen Indonesia, Indosiar.
2003 Dari Studio 1 Bersama Siti Nurhaliza [15]Dirinya sendiri
Japan and ASEAN Pop Stars Dream Concert [16]Dirinya sendiriBeliau adalah satu-satunya wakil Malaysia di Japan and ASEAN Pop Stars (J-ASEAN POPs) Dream Concert Yokohama, Jepun di mana beliau menyanyikan dalam versi Bahasa Melayu bagi lagu tema asal acara Jepun.
Manajemen Qolbu [17]Dirinya sendiriBeliau adalah salah seorang tetamu untuk program televisyen Islam Indonesia yang ditayangkan di Trans TV.
Konsert Menjunjung Kasih Siti Nurhaliza [18]Dirinya sendiriSebuah konsert khas sempena pertabalan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri 2003.
Hiburan Minggu Ini (HMI) Aidilfitri Bersama Siti Nurhaliza [19]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sejenak Bersama Siti Nurhaliza [20]Dirinya sendiriSebuah persembahan satu jam untuk stesen televisyen Indonesia, antv.
Siti Nurhaliza Special [21]Dirinya sendiriSebuah rancngan khas satu jam untuk stesen televisyen Indonesia, Trans TV.
Konser Azimat Cinta [22]Dirinya sendiriSebuah rancngan khas satu jam untuk stesen televisyen Indonesia, Trans TV.
Dear Siti [23]Dirinya sendiriSebuah program televisyen khas untuk sebuah stesen televisyen Indonesia, Indosiar.
Idul Fitri/Lebaran Bersama Siti Nurhaliza [24]Dirinya sendiriSebuah program televisyen khas sempena aidilfitri untuk sebuah stesen televisyen Indonesia, Indosiar.
Akademi Fantasia Musim 1 [25]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan televisyen realiti di mana beberapa peserta bersaing untuk gelaran sebagai juara keseluruhan dan peluang untuk memulakan karier di dalam industri hiburan. Beliau adalah seorang juri jemputan pada konsert Minggu 5.
2004 Muzikal Aidiladha [26]Dirinya sendiriSalah satu rancangan televisyen terawal beliau yang diterbitkan oleh syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions.
Siti Nurhaliza 3D (Dari Dalam Diri) [26]Dirinya sendiri/PengacaraSebuah rancangan realiti TV 13 episod yang menyingkap tentang kehidupan peribadi dan disebalik tabir Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza – Mutiara Negeri Jiran [27]Dirinya sendiriSebuah rancangan dua episod di Trans TV.
Sang Idola Siti Nurhaliza [28]Dirinya sendiriSebuah program televisyen khas untuk sebuah stesen televisyen Indonesia, Indosiar.
Siti Nurhaliza Special [29]Dirinya sendiriSebuah rancngan khas satu jam untuk stesen televisyen Indonesia, RCTI.
Eksklusif Melanesia Siti Nurhaliza [30]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas satu jam untuk stesen televisyen Indonesia, Trans TV.
Syawal Datang Lagi [31]Dirinya sendiriRancangan televisyen terbitannya untuk siaran di RTM sempena Aidilfitri.
Variasi Fitri... Siti Nurhaliza [31]Dirinya sendiriRancangan televisyen terbitannya untuk siaran di TV3 sempena Aidilfitri.
Aidilfitriku Bersama Siti Nurhaliza [31]Dirinya sendiriRancangan televisyen terbitannya untuk siaran di Astro sempena Aidilfitri. Rancangan ini menerima anugerah Rancangan Televisyen Muzikal Khas Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005. [32]
Malaysian Idol 1 [33]Dirinya sendiri/juri jemputanMalaysian Idol ialah versi Malaysia rancangan Idol yang bermula di United Kingdom, serupa dengan rancangan Pop Idol dan American Idol melalui francais.Rancangan ini disiarkan di Malaysia menerusi 8TV dan TV3.
2005 Konsert Akustik Siti Nurhaliza [34]Dirinya sendiriAcara ini juga dikeluarkan sebagai DVD dan ia telah dicalonkan untuk Hiburan Khas terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di mana ia menerima Kepujian Paling Tinggi.[35]
Mentor [36]Dirinya sendiriSebuah program realiti di mana dia menjadi mentor untuk Mohd. Fahmi Hj. Jaafar (Fahmi) di mana beliau dan anak didiknya bersaing dengan artis yang berbeza dan anak didik mereka.
Konsert Fenomena Siti Nurhaliza & Dayang Nurfaizah [37]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas sempena Aidilfitri bersama Dayang Nurfaizah.
Siti Nurhaliza – Indonesian Tour [38][39]Dirinya sendiriSebuah persembahan dua episod untuk Trans TV, menyiarkan persembahan beliau menjelajah lima bandar utama Indonesia.
Nazam Lebaran Bersama Siti Nurhaliza Dirinya sendiriSebuah rancangan khas sempena Aidilfitri
2006 Antara KL & Jakarta [40]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas dua episod, di mana episod pertama menampilkan dua artis wanita dari Malaysia, dan satu lagi dari Indonesia sebelum episod seterusnya di mana ia menampilkan artis lelaki. Beliau bekerjasama dengan Sheila Majid dan Shanty dari Indonesia.
Dari Studio Satu Bersama Siti Nurhaliza Dirinya sendiri
Zoom In Bersama Siti Nurhaliza [41]Dirinya sendiri
Zaleha Ayam Patah [42]Kameo sebagai penyanyi Ghazal pada awal 50an.Sebuah produksi khas dari Universiti Putra Malaysia.
Tiada Rahsia [43]Dirinya sendiriRancangan khas membincangkan hal-hal peribadi Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid sebelum mereka berkahwin dalam satu 3 episod istimewa.
The Million Makers [44]Dirinya sendiriBeliau telah dipaparkan dalam episod pertama musim kedua "The Million Makers" oleh Channel NewsAsia yang terperinci mengenai tokoh-tokoh yang berjaya yang berjaya mengumpul kekayaan dan menjadi jutawan sebelum mereka mencapai umur 35 .
Siaran Langsung Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk K [43]Dirinya sendiriSiaran langsung majlis pertunangan Siti pada 21 Ogos dan perkahwinan pada 28 Ogos dimana ia telah ditonton sebanyak 6.3 juta penonton.
Eksklusif Siti Nurhaliza [45]Dirinya sendiriSebuah konsert khas bersempena dengan pelancaran album solo ke-11 beliau, Transkripsi di Indonesia.
Konsert Fenomena Siti Nurhaliza & Saiful Apek [46]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen sempena Aidilfitri bersama Saiful Apek.
Konsert Idul Fitri Siti Nurhaliza [47]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen sempena Aidilfitri untuk saluran televisyen Indonesia, Trans TV.
Mentor [48]Dirinya sendiriMusim kedua Mentor di mana Siti mengajar anak didik beliau, Siti Khadijah Hassan (Kat) di mana mereka akhirnya memenangi tempat ketiga keseluruhan.
Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene [49]Dirinya sendiri, juri, pengacaraSatu program televisyen realiti dengan kerjasama Pantene untuk mencari duta seterusnya untuk Pantene di pasaran Malaysia di mana dia adalah juri dan pengacara.
Rendezvouz with Siti Nurhaliza & Erwin Gutawa [50]Dirinya sendiriProgram TV khas yang disiarkan oleh Indosiar, pembikinan konsert di Royal Albert Hall dengan maestro muzik Indonesia, Erwin Gutawa.
Akademi Fantasia 4 [51]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan televisyen realiti di mana beberapa peserta bersaing untuk merebut gelaran sebagai juara keseluruhan dan peluang untuk memulakan karier di dalam industri hiburan. Beliau adalah seorang juri jemputan pada konsert Minggu 7.
2007 Detik Kehidupan Siti Nurhaliza [52]Dirinya sendiri
Olay - Cintai Kulit Indahmu [53]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas yang disiarkan di Trans TV semasa tempoh beliau sebagai duta Olay untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.
Bicara - Siti Nurhaliza [54]Dirinya sendiri, artis jemputanBeliau adalah artis jemputan dalam rancangan bual bicara Singapura yang disiarkan di MediaCorp Suria.
Siti Nurhaliza Cari Bintang Pantene [55]Dirinya sendiri, juriVersi Indonesia rancangan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene.
MyStarz LG [56]Dirinya sendiri, juriSebuah program pertandingan realiti nyanyian dengan kerjasama dengan LG Electronics untuk mencari penyanyi terbaik di mana dia adalah salah seorang juri utama.
Akademi Fantasia 5 [57]Dirinya sendiri, juri jemputanSebuah rancangan televisyen realiti di mana beberapa peserta bersaing untuk merebut gelaran sebagai juara keseluruhan dan peluang untuk memulakan karier di dalam industri hiburan. Beliau adalah seorang juri jemputan pada konsert Minggu 9.
2008 Zoom In Bersama Siti Nurhaliza [58]Dirinya sendiri
Teratak Siti Nurhaliza [59]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas selama sejam dimana beliau dan dua adik-beradiknya, Siti Saerah (adik) dan Siti Norsaida (kakak) mengadakan persembahan sempena Aidilfitri.
Siti Nurhaliza Cari Bintang Pantene [60]Dirinya sendiri/JuriMusim kedua rancangan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene versi Indonesia.
Siti Nurhaliza Bersama Peminat [61]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri.
2009 Kasih Siti [62]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri.
Spa Q 2 [63]Kemunculan Istimewa
Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza [64]PengacaraSebuah rancangan masakan 13 episod sempena bulan Ramadhan dimana beliau mengacarakannya bersama artis jemputan.
Lentera Aidilfitri Dato' Siti [65]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri.
Konsert Sesuci Lebaran Datuk Siti Nurhaliza [66]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri.
Akademi Fantasia 7 [67]Dirinya sendiri, juri jemputanSebuah rancangan televisyen realiti di mana beberapa peserta bersaing untuk merebut gelaran sebagai juara keseluruhan dan peluang untuk memulakan karier di dalam industri hiburan. Beliau adalah seorang juri jemputan bersama Amy Search untuk konsert Minggu 4, yang juga satu penghormatan kepada kedua-dua mereka.
2010 Konsert Bagaikan Sakti Siti Nurhaliza & M. Nasir [68]Dirinya sendiriSiaran langsung konsert kolaborasi Siti dan M. Nasir di Singapura.
Stylistika Siti [69]Dirinya sendiriSebuah persembahan khas satu jam di mana beliau menggayakan pakaian kegemarannya dan membincangkan perkara kebanyakannya bermula dari permulaan awal beliau.
Konsert Di Hati Siti [70]Dirinya sendiriPersembahan pertama dengan TV9 dan juga persembahan pertama beliau di mana beliau menjemput idola beliau untuk mengadakan persembahan bersama-sama.
CT15 Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri.
Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza [70]Dirinya sendiri
Idola Kecil 3 [71]Dirinya sendiri/Juri jemputanPenghormatan kepadanya dan beliau juga adalah juri jemputan.
P. Ramlee Dirinya sendiri/TetamuBeliau ditemuramah dalam filem dokumentari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana Siti menyanyikan lagu "Kau Laksana Bulan".
2011 SITI [72]Dirinya sendiri/PengacaraRancangan bual bicara pertama beliau, dibahagikan kepada empat segmen berbeza - VIP Siti, Sentuhan Kasih, Perspektif Siti dan Simfoni Siti. Ia bersiaran di Astro Ria bermula 12 Februari 2011.
My Celeb MTV [73]Dirinya sendiri/PengacaraBeliau muncul dalam rancangan televisyen oleh MTV Asia yang menyiarkan lagu-lagu dari Asia dan rantau Asean.
Vokal Bukan Sekadar Rupa [74]Dirinya sendiri/Juri jemputanRancangan realiti TV3 yang mencari bakat dengan vokal semulajadi dan bukan bersandarkan kepada rupa dan penampilan.
Datuk Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3 [75]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana beliau meraikan Aidilfitri bersama peserta Idola Kecil 3.
Konsert Aura 3 Diva [76]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas sempena Aidilfitri di mana beliau berkongsi pentas dengan Ella dan Ramlah Ram.
Gegar Raya Kampung Pening Lalat [77]Dirinya sendiriSebuah rancangan permainan sempena Aidilfitri bersama Saiful Apek dan kumpulan Sepah.
Maharaja Lawak Mega [78]Dirinya sendiri/Juri jemputanBeliau merupakan salah seorang juri utama dalam pencarian pelawak terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Akademi Fantasia 9 [79]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan televisyen realiti di mana beberapa peserta bersaing untuk merebut gelaran sebagai juara keseluruhan dan peluang untuk memulakan karier di dalam industri hiburan. Beliau adalah juri jemputan pada konsert Minggu 9.
2012 Siti Nurhaliza [62]Dirinya sendiriSebuah dokumentari mengenai perjalanan beliau dan kesusahan yang dia hadapi untuk menghadapi dan usaha berterusan beliau untuk menjadi seorang artis yang disiarkan di saluran The History Channel [80] pada 11 Januari 2012 besempena dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-33.[2] Dokumentari ini telah dicalonkan untuk Anugerah Televisyen Asia 2012 dalam kategori Program Muzik Terbaik. [81]
Podium [82]Dirinya sendiriIa adalah sebuah rancangan yang menampilkan perjalanan Siti Nurhaliza bersama jelajah dan promosi rangkaian kosmetiknya, jelajah Simplysiti Di Hati yang disiarkan di TV2.
MasterChef Selebriti Malaysia 1 [83]Dirinya sendiri/Juri jemputanDi dalam versi selebriti Malaysia rancangan MasterChef, beliau adalah juri jemputan untuk episod 21- "Menang Berganda, Sekali Lagi"
2013 Siti Ooo...Som [84]Dirinya sendiri/PengacaraSebuah rancangan permainan 13 episod yang dihoskan oleh Siti bersama Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah dan disiarkan di Astro Warna. Rancangan permainan ini dibahagikan kepada 6 segmen utama – Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara.
Versus 2 [85]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan realiti dengan konsep Battle of the Bands, dimana beliau ialah salah seorang juri jemputan untuk konsert Minggu 5.
Dirinya sendiriTema untuk konsert Minggu 6 (Konsert kelima) ialah "Ratu Siti", satu penghormatan kepadanya dimana beliau telah ditampilkan dalam setiap klip sebelum lagu yang telah dipilih akan dipersembahkan oleh para peserta.[86]
Stailista Unplugged [87]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri dimana beliau berkongsi pentas bersama Shila Amzah, Najwa Latif dan Alyah.
Konsert Sanggar Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza [88]Dirinya sendiriSebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Hot TV Raya bersama Siti Nurhaliza [89]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas bersempena Aidilfitri bersama Hot FM.
Akademi Fantasia 10/2013 [90]Dirinya sendiriUntuk siri ke-10 Akademi Fantasia, beliau telah dipilih sebagai salah seorang daripada 'Pemberi Inspirasi' untuk mengajar, mendidik berkongsi pengalamannya sebagai penyanyi dengan pelajar bersama-sama dengan Melly Goeslaw dan Faizal Tahir.
Asean-Japan Music Festival - Music for Healing after the Earthquake [91]Dirinya sendiriBeliau telah dipilih oleh Kedutaan Besar Jepun di Malaysia untuk mewakili Malaysia di Asean-Japan Music Festival, yang diadakan bagi meraikan ulangtahun ke-40 perhubungan Jepun - negara-negara Asean,[92] dan sebagai rayuan muzik untuk bantuan kepada mangsa Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011[91] Semasa festival ini, beliau menyanyikan lagu medley yang dipilihnya - Biarlah Rahsia, Koibito yo (Sebuah lagu Jepun, yang dipopularkan oleh Mayumi Itsuwa) dan Nirmala[92] di depan wakil dari Jepun dan negara-negara Asean dan juga Perdana Menteri Jepun, Shinzō Abe yang merasmikan festival.[93] Selain daripada tontonan di Jepun, festival ini juga boleh ditonton di seluruh dunia menerusi NHK World.[93]
Gala TV: Istimewa Bersama Siti Nurhaliza [94]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas yang membincangkan mengenai perjalanan Siti selama 18 tahun di dalam industri muzik untuk Forumuzik. Rakaman temubual telah dibuat oleh salah seorang editor Astro Awani, Syazwan Zakariah dalam dua episod khas.
Malaysia: Through The Decades [95]Dirinya sendiriSebuah rancangan dokumentari khas untuk siaran di National Geographic Channel yang menyingkap sejarah unik Malaysia dan pencapaian yang dikecapi Malaysia sejak penubuhannya pada 16 September 1963. Turut ditemuramah ialah angkasawan Sheikh Muszaphar Shukor, penyanyi Yuna dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
2014 Akustika Ramadan [96]Dirinya sendiri/Artis jemputanSatu program televisyen khas untuk Ramadan di mana dia adalah seorang artis jemputan.
Akustika Syawal [97]Dirinya sendiri/Artis jemputanSatu program televisyen khas untuk Aidilfitri di mana dia adalah seorang artis jemputan dan berkongsi pentas dengan Bochey.
Karoot Komedia X Raya [98]Kemunculan Istimewa/AdikSebuah program televisyen khas untuk Aidilfitri di mana beliau bertindak sebagai adik perempuan kepada dua pelawak popular dan berkongsi pentas dengan Sabri Yunus, Ebby Yus, Jep Sepahtu, Yus Jambu, Zizan Razak dan Rahim R2.
Konsert Superstar [99]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas di televisyen RCTI, di mana beliau berkongsi pentas dengan penyanyi Indonesia Ayu Ting Ting dan Syahrini.
Ada Ada Aja Dirinya sendiri/Artis jemputanBeliau menjadi tetamu untuk program televisyen hiburan Indonesia yang disiarkan di Global TV.
Dahsyat – Istimewa Bersama Siti Nurhaliza [100]Dirinya sendiri/Artis jemputanBeliau menjadi tetamu untuk program televisyen hiburan Indonesia yang disiarkan di RCTI.
Sarah Sechan Dirinya sendiri/artis jemputanBeliau menjadi tetamu untuk program televisyen hiburan Indonesia yang disiarkan di NET TV.
Apa Saja FBI [101]Dirinya sendiri/Artis jemputanBeliau menjadi tetamu untuk program televisyen hiburan Malaysia yang disiarkan di TV9.
Buletin Awani [102]Dirinya sendiri/Penyampai jemputanBeliau menjadi penyampai Astro AWANI: Buletin Tengahari bersama penerbit Astro Awani, Rizal Zulkapli.
Agenda Awani: AIM 21: Pengiktirafan & Realiti Industri Muzik [102]Dirinya sendiri/Tetamu jemputanSebuah rancangan khas yang membincangkan perjalanan 21 tahun Anugerah Industri Muzik. Beliau adalah tetamu dengan Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Ramani Ramalingam. Wawancara itu telah dilakukan oleh salah seorang daripada pengacara Astro Awani, Shafizan Johari.
2015 Fragmen Hidup Siti Nurhaliza [103]Dirinya sendiri/Artis jemputanSebuah episod khas sempena ulang tahun pertama Mingguan Wanita Feminin dengan tetamu lain.
Majlis: Sitizone BackToSchool Dirinya sendiriMajlis adalah program TV yang menyiarkan acara perayaan. Dalam sambutan episod menampilkan ini ulang tahun kelab peminat Siti Nurhaliza (SitiZone) dengan tema khas 'kembali ke sekolah' dan disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya HD.
The 5 Show [104]Dirinya sendiri/Artis jemputanBeliau menjadi tetamu untuk program televisyen hiburan Singapura yang disiarkan di MediaCorp Channel 5.
Lebih Indah bersama Dato' Siti Nurhaliza [105]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas untuk Aidilfitri yang disiarkan di TV1 dengan artis tetamu beliau Akim & The Majistret dan Tegar dari Indonesia.
Romantika Raya [106]Dirinya sendiriSatu program televisyen khas untuk Aidilfitri yang disiarkan di Astro Ria di mana beliau berkongsi cerita-cerita dan butiran perkahwinan dan kehidupan beliau semasa melawat Turki dengan suaminya.
D'Academy Asia [107]Dirinya sendiri/PengulasDangdut Academy Asia (D'Academy Asia) ialah pertandingan dangdut seluruh Nusantara yang menampilkan peserta dari Indonesia, Malaysia, Singapua dan Brunei.[108] Ia telah disiarkan di Indosiar, di mana dia adalah seorang pengulas tetamu untuk 2 hari untuk 8 bahagian kumpulan A.[107]
2016 Ceria All Star [109]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan realiti bakat untuk kanak-kanak, di mana dia adalah juri jemputan pada konsert akhir. Program ini telah disiarkan di Astro Ceria.
KONSER RAYA 21 (Indosiar Untuk Indonesia) [110]Dirinya sendiri/Kemunculan istimewaSebuah konsert khas sempena ulang tahun ke-21 Indosiar, sebuah stesen televisyen Indonesia. Beliau merupakan penampilan khas pada konsert itu dan dia menyanyikan sebuah lagu duet dengan artis Indonesia Iyeth Bustami dipanggil Laksmana Raja Dilaut dan pesembahan solo untuk Nirmala, Terbaik Bagimu dan Bukan Cinta Biasa. Di mana rancangan tersebut disiarkan di Indosiar.
Akademi Silat Pendekar Muda [111]Dirinya sendiri/Juri jemputanSebuah rancangan realiti untuk seni mempertahankan diri Melayu tradisional, Silat. Di mana beliau adalah juri jemputan untuk episod 2 dan 3. Program ini telah disiarkan di TV Alhijrah.
Ceria Popstar [112]Dirinya sendiri/JuriSebuah rancangan bakat realiti untuk kanak-kanak, di mana beliau merupakan salah seorang juri utama dengan legenda rock Malaysia Awie. Program ini telah disiarkan di Astro Ceria dan Astro Maya HD.
Kisah Di Sebalik Lagu : Cindai Dirinya sendiri/Tetamu istimewaSebuah rancangan khas yang membincangkan mengenai lagu popularnya Cindai. Beliau adalah salah seorang daripada tetamu dengan komposer dan penulis lirik lagu. Program ini telah disiarkan di TV9.
Projek Ceria Dato' Siti Nurhaliza [113]Dirinya sendiri/TetamuProjek Ceria adalah program komuniti dan kebajikan berdasarkan yang akan merealisasikan impian kanak-kanak dan remaja dengan kanser untuk memenuhi selebriti kegemaran mereka. Program ini telah disiarkan di Astro Ceria.[114]
Labbaikallah [115]Dirinya sendiri/Tetamu istimewaLabbaikallah adalah satu rancangan bual bicara dan berita sempena musim haji. Beliau telah dijemput untuk membincangkan 'Ke arah Tashriq' dan memberi tumpuan dengan pengalamannya mengerjakan haji. Program ini telah dihoskan oleh oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan bersiaran secara langsung di TV AlHijrah.
Super Spontan Superstar [116]Dirinya sendiri/Tetamu istimewaBeliau telah dijemput sebagai artis undangan di acara permainan pada minggu 7. Ia telah disiarkan di Astro Warna dan Mustika HD.
h!live Eksklusif bersama Dato' Siti Nurhaliza'[117]Dirinya sendiri/TetamuBeliau muncul dalam h!live Eksklusif bersama Dato' Siti Nurhaliza, Siti berkongsi cerita mengenai di sebalik konsertnya, Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert dan lagu Memories, lagu duet bersama mendiang Whitney Houston.
D'Academy Asia 2 [118]Dirinya sendiri/PengulasDangdut Academy Asia 2 (D'Academy Asia) ialah musim kedua bagi pertandingan dangdut Nusantara menampilkan peserta dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste.[119] Ia disiarkan di Indosiar, di mana beliau merupakan pengulas jemputan untuk 2 hari bagi episod akhir.[118]
2017 KONSER RAYA 22 (Semesta Cinta Indonesia) [120]Dirinya sendiri/Kemunculan KhasKonsert khas bersempena dengan ulang tahun ke-22 stesen TV Indonesia, Indosiar. Beliau merupakan tetamu khas dan menyanyikan lagu "Betapa Kucinta Padamu" dan "Percayalah".[121]
Konser Golden Memories International - Special Siti Nurhaliza [122]Dirinya sendiriSebuah rancangan khas untuk stesen TV Indonesia, Indosiar.
Sepahtu Reunion Live (Final) [123]Kameo/ChombiSebuah program komedi pentas, Sepahtu Reunion Live disiarkan di Astro Warna. Beliau merupakan tetamu khas bersama Jamal Abdillah, Fauziah Latiff, Ilya dan lain-lain. Beliau membawakan watak Chombi dari filem Ibu Mertuaku arahan Tan Sri P. Ramlee.[124]
Gema Gegar Vaganza [125]Dirinya sendiri/Juri TamuGema Gegar Vaganza ialah program realiti nyanyian kerohanian yang disiarkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Beliau merupakan juri tamu untuk konsert akhir.
Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza [126]Dirinya sendiri/PengacaraRancangan bual bicara empat episod yang berkongsi dan berbincang tentang perjalanan hidup seorang wanita yang memberi inspirasi kepada masyarakat, yang telah disiarkan di Astro Oasis.
CTDK-ation[127]Dirinya sendiriRancangan televisyen realiti 10 episod yang dikelolakan oleh beliau sendiri bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia memfokuskan kepada percutian pasangan ini di beberapa negara termasuk Sepanyol, Portugal dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu, yang disiarkan serentak di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula 29 Disember 2017.
2018 Jozan [128]Dirinya sendiri/tetamu jemputanSebuah rancangan bual bicara santai dihoskan oleh Johan dan Zizan dan bersiaran di Astro Warna.
Big Stage [129]Dirinya sendiri/JuriSebuah rancangan bakat realiti untuk bakat baru atau 'Budak Baru Nak Up' (BBNU), di mana beliau menjadi salah seorang juri utama bersama Faizal Tahir. Ia disiarkan di Astro Ria dan Astro Ria HD.
It's Alif! [130]Dirinya sendiri/tetamu jemputanSebuah program bual bicara yang dihoskan oleh penyanyi-pelakon Alif Satar dan bersiaran di ntv7.[131]
A Bit With Ebit! [132]Dirinya sendiri/tetamu jemputanRancangan ceramah interaktif yang membincangkan isu keluarga berdasarkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Program ini disiarkan di TV Alhijrah.[133]
2019Bintang Minggu Ini: Siti Nurhaliza

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Siti_Nurhaliza http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-6941154... http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-... http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-... http://www.astroawani.com/news/show/bila-datuk-sit... http://www.astroawani.com/news/show/siti-nurhaliza... http://www.astroawani.com/news/show/suka-duka-berg... http://www.bintang.com/hut-indosiar/read/2692786/d... http://www.bintang.com/hut-indosiar/read/2694955/s... http://www.bintang.com/music/read/2394751/duet-api... http://www.budiey.com/gambar-siti-nurhaliza-di-pel...