Ciri-ciri Mutiara_Damansara

Mutiara Damansara merupakan projek pembangunan perumahan dan komersial berbentuk mewah yang mengambil tanah seluas kira-kira 145 hektar yang terletak di pusat sektor paling lumayan Lembah Klang, dan mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion. Petempatan ini yang dikelilingi Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Sri Damansara dan Sunway Damansara merupakan salah satu tempat yang paling digemari oleh pembeli hartanah di Lembah Klang.

Pembangunan Perumahan Mewah

Pembangunan Komersial

the Curve

Pembangunan komersial yang pesat menggambarkan para penghuninya - giat, beraneka dan mesra. The Curve di Mutiara Damansara mampu membayangkan semua kualiti ini. The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang terulung di Malaysia yang dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.

Keluasan tanah bersih (ruang yang boleh disewa untuk kedai makan, fesyen dan pejabat) the Curve kira-kira 63,000 meter persegi, turut didampingi hotel Royale Bintang yang bertaraf empat bintang, plaza umum, laluan mesra pejalan kaki ke IKEA, Tesco dan Cineleisure serta tempat letak kereta bawah tanah beraras dua yang boleh menampung sebanyak 2,400 buah kereta.

IKEA

IKEA merupakan jenama penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Cawangan Malaysia di Mutiara Damansara yang dibuka pada Ogos 2003 (setelah berpindah dari 1 Utama) merupakan cawangan IKEA yang terbesar di Asia, mengambil tanah seluas kira-kira 25100 meter persegi, menawarkan lebih 7,000 keperluan dan hiasan perumahan untuk semua.

Tesco

Cineleisure Damansara

Kumpulan Cathay serta pemaju penempatan ini telah membangunkan pusat beli-belah dan hiburan yang mengambil tanah seluas 19000 meter persegi sebagai penghuni utama ketiga di kawasan niaga Mutiara Damansara, iaitu Cineleisure Damansara. Cineleisure Damansara yang dibuka pada pertengahan tahun 2006 khusus sebagai tempat pawagam, akan dilengkapi pusat boling 60 lorong, disko, arked permainan video dan kedai peruncit bahan hiburan, serupa dengan Kompleks Cineleisure di Orchard Road, Singapura.

Royale Bintang

Kawasan Korporat

Ibu negeri: Shah Alam
Topik
Sosial
Bahagian
pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Perbandaran
Kampung
Pulau
Zon istimewa