Menu
Felda Bukit Waha Kemudahan asas1. Jalan raya & saliran
Hampir keseluruhan jalan di tanah rancangan ini telah berturap selepas beberapa siri Rancangan Malaysia. Keadaan jalan yang baik memberi keselesaan kepada penduduk dan pengunjung. Begitu juga dengan sistem saliran yang dibina secara sistematik melancarkan aliran air walaupun dilimpahi hujan lebat.
2. Bekalan elektrik & air
Bekalan elektrik di bekalkan oleh TNB pada keseluruhan kawasan. Kebanyakan simpang termasuk laluan masuk utama ke kawasan perumahan juga dibekalkan dengan lampu jalan atas usahasama TNB dan Jawatankuasa penduduk. Bagi bekalan air, secara keseluruhannya bekalan diperolehi dari SAJ. Hanya sebilangan kecil penduduk menggunakan air perigi. Sistem perpaipan juga telah beberapa kali dinaik taraf bagi memberi lebih kepuasan kepada penduduk.
3. Telekomunikasi
Pada awal tahun 90an, sebilangan penduduk yang berkemampuan melanggan perkhidmatan telefon dari Telekom yang mana menyediakan perkhidmatan telefon dan internet. Walau bagaimanapun kini, hampir 100% penduduk menggunakan telefon bimbit setelah sebuah menara telekomukasi didirikan.
Menu
Felda Bukit Waha Kemudahan asasBerkaitan
Felda Felda United FC Felda Sahabat FELDA Lubuk Merbau FELDA Chuping FELDA Sebertak Felda New Zealand Felda Taib Andak Felda Soeharto Felda Bukit BesarRujukan
WikiPedia: Felda Bukit Waha