Demografi Korea_Selatan

Rencana utama: Orang Korea

Korea Selatan terkenal kerana kepadatan penduduknya sebanyak 487 orang sekilometer persegi, iaitu lebih 10 kali purata sedunia. Kebanyakan warga Korea Selatan tinggal di kawasan bandar kesan penghijrahan deras dari kawasan desa ketika zaman kepesatan pembangunan ekonomi pada 1970-an hingga 1990-an.[97] Ibu negaranya, Seoul juga bandaraya terbesar dan pusat perindustrian utama di negara ini. Menurut banci 2005, Seoul diduduki 9.8 jutaorang. Kawasan Ibu Negara Seoul pula diduduki 24.5 juta penduduk, menjadikannya kawasan metropolitan paling padat dan kedua terbesar dalam OECD. Bandaraya-bandaraya utama yang lain pula termasuk Busan (3.5 juta), Incheon (2.5 juta), Daegu(2.5 juta), Daejeon (1.4 juta), Gwangju (1.4 juta) dan Ulsan (1 juta).[98]

Kependudukan Korea Selatan turut dibentuk oleh penghijrahan antarabangsa. Selepas Perang Dunia Kedua dan perpecahan Semenanjung Korea, sekitar empat juta orang dari Korea Utara melintasi sempadan ke Korea Selatan. Arah aliran kemasukan bersih disongsangkan pada 40 tahun seterusnya akibat penghijrahan keluar rakyatnya, khusus kepada Amerika Syarikat dan Kanada. Jumlah penduduk Korea Selatan pada tahun 1960 ialah 25 juta,[99] dan hari ini pula jumlahnya sekitar 50,062,000.[100]

Korea Selatan ialah salah sebuah masyarakat yang paling homogen secara etnik di dunia kerana lebih 99% penduduknya adalah beretnik Korea.[101] Peratusan bangsa asing di Korea Selatan kecil sekali tetapi makin bertumbuh.[102] Setakat 2009[update], Korea Selatan diduduki 1,106,884 orang warga asing iaitu 2% jumlah penduduk, tetapi lebih separuh daripada mereka ialah orang etnik Korea yang memegang kewarganegaraan asing. Misalnya, pendatang dari China (PRC) membentuk 56.5% bangsa asing tersebut, tetapi kira-kira 70% warganegara China di Korea adalah Joseonjok, iaitu beretnik Korea.[103]Tanpa mengira keetnikannya, terdapat 28,500 orang kakitangan tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Korea Selatan selama setahun tugas berasingan, menurut Jabatan Statistik Negara Korea.[104][105] Selain itu, kira-kira 43,000 orang guru bahasa Inggeris dari negara-negara berbahasa Inggeris menetap di Korea Selatan untuk masa yang singkat.[106]

Kadar kelahiran Korea Selatan, pada 9 anak perseribu orang[107], adalah antara yang paling rendah di dunia.[108]Jika ini berterusan, jumlah penduduknya dijangka menyusut sebanyak 13% kepada 42.3 jutapada tahun 2050.[109] Purata jangka hayat di Korea Selatan pada tahun 2008 adalah 79.10 tahun,[110] iaitu yang ke-34 di dunia.[111]

Bandaraya

Jadual berikut menyenaraikan 20 bandar raya terbesar dalam lingkungan sempadan pentadbiran bandar masing-masing.

 
Bandar terbesar di Korea Selatan
Banci Kependudukan dan Perumahan Korea 2010[112]
Ked.Wilayah Pop.Ked.Wilayah Pop.
Fail:Gangnam-gu, Seoul, South Korea - February 2009.jpg
Seoul

Busan
1SeoulSeoul9,708,48311GoyangGyeonggi897,174
Daegu
2BusanBusan3,403,10512YonginGyeonggi852,505
3IncheonIncheon2,637,65213BucheonGyeonggi847,841
4DaeguDaegu2,444,08514AnsanGyeonggi722,598
5DaejeonDaejeon1,495,45315CheongjuChungcheong Utara667,726
6GwangjuGwangju1,469,29316JeonjuJeolla Utara643,079
7UlsanUlsan1,081,98517AnyangGyeonggi603,184
8SuwonGyeonggi1,064,95118CheonanChungcheong Selatan574,022
9ChangwonGyeongsang Selatan1,062,73119NamyangjuGyeonggi523,301
10SeongnamGyeonggi951,42420PohangGyeongsang Utara510,079

Agama

Agama di Korea Selatan
agamaperatus
Tiada agama
  
46.5%
Buddha
  
22.8%
Protestan
  
18.3%
Katolik Rom
  
10.9%
Agama lain
  
0.7%
Wonbulgyo
  
0.3%
Saksi Jehovah
  
0.3%
Konfusianisme
  
0.2%
Cheondogyo
  
0.1%
Islam
  
0.1%
Sebuah dolmen di Tapak Dolmen Gochang, Hwasun, dan Ganghwa, Tapak Warisan Dunia UNESCO

Pada tahun 2005, hampir separuh penduduk Korea Selatan mengakui tidak memeluk sebarang agama.[113] Untuk yang lain, kebanyakannya beragama Buddha atau Kristian. Menurut banci 2007, 29.2% penduduk ketika itu beragama Kristian (18.3% Protestan, 10.9% Katolik), dan 22.8% beragama Buddha.[114][115] Agama-agama lain yang dipeluk oleh warga Korea Selatan termasuk Islam dan pelbagai gerakan agama baru seperti Jeung San Do, Cheondogyo dan Wonbulgyo. Agama terawal yang diamalkan oleh orang Korea ialah kepawangan.[116] Hari ini, kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan, dan tiadanya agama rasmi.[117]

Kristian ialah agama terbesar di Korea Selatan yang dipeluk oleh lebih separuh warga Korea Selatan yang beragama. Terdapat kira-kira 13.7 juta orang Kristian[118] di Korea Selatan hari ini, dengan hampir dua pertiga Kristian menganut mazhab Protestan, dan sekitar 37% menganggotai Gereja Katolik. Agama Katolik Rom merupakan mazhab yang paling berkembang pesat di Korea Selatan sejak akhir 1980-an.[119] Korea Selatan juga negara pengutus mubaligh kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.[120]

Agama Buddha diperkenalkan di Korea pada tahun 372.[121] Menurut banci negara 2005, Korea Selatan ada seramai 10.7 juta penganut Buddha.[118][122] Kini, sekitar 90% penganut Buddha di Korea tergolong dalam Mazhab Jogye. Kebanyakan Khazanah Negara Korea Selatan merupakan artifak agama Buddha. Di samping Neo-Konfusianisme, agama Buddha diamalkan pada zaman Tiga Kerajaan Korea hingga Goryeo selebum mendapat penindasan oleh Dinasti Joseon.[123]

Islam di Korea Selatan dianggarkan kurang 30,000 umat tempatan, ditambah dengan kira-kira 100,000 pekerja asing tetap dari negara Islam,[124] khususnya Bangladesh dan Pakistan.