Sejarah Parit_Sulong

Asal usul nama Parit Sulong

Ianya bermula pada tahun 1901 apabila Datuk Bentara Luar (Datuk Mohd Salleh Bin Perang) melawat ke kampung-kampung setelah membuka Bandar Penggaram. Melihat banyak tanah-tanah yang terbiar dan tidak ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil maka beliau menyarankan semua penduduk kampung membina sistem peparitan, dan parit-parit itu akan dinamakan dengan mereka yang mengusahakan parit tersebut. Untuk menyahut seruan ini, maka ramailah penduduk kampung berlumba-lumba membuka tanah dengan menggali parit-parit. Masalahnya ialah perkerja, dengan itu ramailah orang-orang dari Jawa dibawa masuk untuk membantu kerja-kerja ini. Orang-orang dari serata pelosok datang berduyun-duyun, dari Siak, dari Jambi, dari Palembang, dan juga dari Banjar datang membuka tanah dan membuat penempatan disepanjang Sungai Simpang Kiri.

Di Senangar, kampung berhampiran Sungai Senangar salah satu cabang sungai Simpang Kiri, terdapat seorang bernama Sulong Bin Gantang yang banyak hartanya. Selain ada kebun, beliau menternak lembu dan kerbau. Beliau juga memiliki kedai dan pengkalan bot untuk para pekerjanya.

Mendengar seruan Datuk Bentara Luar itu, maka Sulong Bin Gantang bersama Kadir Bin Tar, atas nasihat Pawang Dollah mula menggali parit terusan air dari berhampiran pengkalan botnya hingga kedarat kemudian dinamakan parit itu sebagai Parit Sulong.

Dengan terbinanya parit ini rantau Senangar tidak lagi disebut orang, sebaliknya dikenali sebagai Parit Sulong sahaja. Selepas itu, pada tahun 1917, Sulong Bin Gantang telah dilantik oleh Penghulu Saat, Penghulu Simpang Kiri ketika itu sebagai Ketua Kampung (Naib Penghulu) Parit Sulong. Pelbagai pembangunan dapat dinikmati oleh penduduk tempatan sepanjang Sulong Bin Gantang menjadi Ketua Kampung.

Detik hitam di Parit Sulong semasa perang

Tugu Peringatan Sejarah Parit Sulong

Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Pembunuhan beramai-ramai 161 tentera Australia oleh tentera Jepun berlaku di Parit Sulong pada 22 Januari 1942. Tentera Jepun telah menendang dan memukul tahanan dengan senapang pangkal. Mereka memaksa tahanan masuk ke dalam kandang penuh sesak dan tidak melayan mereka yang meminta makanan, air dan rawatan perubatan. Pada waktu matahari terbenam pula, mereka semua diikat dan diarah berjalan beramai-ramai. Tentera Jepun juga mengumpul petrol dari kenderaan Bersekutu yang telah terkandas, menembak tahanan, melemparkan petrol dan dibakar. Leftenan Ben Hackney adalah antara tahanan perang yang terselamat dari tragedi berdarah itu.

Pegawai yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai, Leftenan Jeneral Takuma Nishimura, telah dibicarakan dan disabitkan atas jenayah perang dan dilaksanakan hukuman mati pada 11 Jun 1951.

Destinasi ke Bandar/Pekan Berhampiran
MuarPagohSeri Medan
SemerahParit Yaani
   Parit Sulong    
Simpang LimaBatu PahatTongkang Pechah


Daerah
Bandar raya
Johor Bahru (ibu negeri) • Iskandar Puteri
Bandar Diraja
Bandar/
Pekan
Ayer BembanAyer HitamAir PapanBakriBandar Baru UDABandar Dato' OnnBandar MaharaniBandar PenawarBandar PermasBandar TenggaraBatu EnamBatu PahatBekokBenutBukit BatuBukit GambirBukit KangkarBukit KepongBukit NaningBukit PasirBukit Serampang * Buloh KasapChaahDesaruEndauGelang PatahGemas BaharuGenuangIskandar PuteriJemaluangJementahJohor LamaKahangKampung TengahKangkar PulaiKelapa SawitKempasKluangKong KongKota TinggiKulaiKukupKundang * LabisLayang-LayangLima KedaiLok HengLombongMachapMasaiMengkibolMersingPagohPalohParit BakarParit BungaParit JawaParit RajaParit SulongParit YaaniPanchorPasir GudangPasir PelangiPendasPekan Air PanasPekan NanasPengerangPermas JayaPlentongPontian Besar * Pontian KechilRenggamRengitSagilSalengSedenakSediliSeelongSegamatSemerahSembrongSenaiSenggarangSimpang RenggamSkudaiSri GadingSri MedanStulangSungai BalangSungai MatiSungai RengitTampoiTangkakTanjung AgasTanjung BalauTanjung KupangTanjung LemanTanjung LangsatTanjung PelepasTanjung PengelihTebrauTeluk MahkotaTeluk RamuniaTeluk Sengat · TenggarohTongkang PechahUlu ChohUlu TiramYong Peng
Mukim
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.