United_Kingdom
United_Kingdom

United_Kingdom

– di Eropah  (hijau pucat & kelabu tua)
– di the Kesatuan Eropah  (hijau pucat)United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland Utara), atau lebih dikenali sebagai United Kingdom, UK, dan Britain, ialah sebuah negara berdaulat[5][6] yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. UK merupakan sebuah bangsa kepulauan[7] yang terbentuk daripada sebuah kepulauan yang terdiri daripada Great Britain, bahagian timur laut pulau Ireland, dan sebilangan besar pulau-pulau kecil termasuklah Isle of Man dan Channel Islands serta British Overseas Territories. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah UK yang bersempadan darat[note 1] dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland.[8][9] Selain sempadan darat ini, UK dikelilingi oleh Lautan Atlantik, Laut Utara, Selat Inggeris, dan Laut Ireland.United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara[10][11] yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.[12] UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya[13][14], dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh. UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota [15] dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam.[16] Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.UK ialah sebuah negara maju yang mencatat ekonomi keenam terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan pariti kuasa beli. Ia merupakan negara berindustri yang pertama di dunia[17] dan juga kuasa terbesar di dunia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20,[18] tetapi pengorbanan ekonomi dan sosial akibat dua perang dunia serta kejatuhan empayarnya pada separuh akhir abad ke-20 mengurangkan peranannya sebagai peneraju dalam hal-ehwal dunia. Walaupun begitu, UK kekal masih sebuah kuasa besar yang unggul dalam pengaruh ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, sains dan politik. UK diiktiraf sebagai sebuah negara bersenjata nuklear, sementara perbelanjaan ketenteraannya adalah yang ketiga atau keempat terbanyak di dunia, bergantung pada kaedah pengiraannya.[19] UK merupakan sebuah Negara Anggota Kesatuan Eropah, anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai Negara-Negara Komanwel, G8, G20, NATO, OECD, Majlis Eropah dan WTO.

United_Kingdom

• Ratu Ratu Elizabeth II
Zon masa UTC+0 (GMT)
Pemerintahan Unitari parlimen, dan raja berperlembagaan
• Bancian 2011 63,181,775[2]
• Dewan Rakyat House of Commons
(Dewan Rakyat)
Bahasa rasmidan bahasa kebangsaan Bahasa Inggeris[b]
Ireland: Ríocht Aontaithe na Breataine Móire agus Thuaisceart Éireann
Perundangan Parlimen
Kumpulan etnik (2011) 87.1% Putih
7.0% Asia
3.0% Hitam
2.0% Campuran
0.9% Lain-lain
• Kepadatan 270.7/km2 (701.1/sq mi) (ke-50)
Gini (2014)  31.6
rendah · ke-33
Cornish: Rywvaneth Unys Breten Veur ha Kledhbarth Iwerdhon
Kod ISO 3166 GB
KDNK (PPP) Anggaran 2017 
Mata wang Paun sterlingd (GBP)
Format tarikh dd/mm/yyyy
Demonim British
HDI (2015) ▲ 0.909[4]
sangat tinggi · ke-16
• Perdana Menteri Boris Johnson
Bahasa-bahasa daerah yang diiktiraf[c] Bahasa Scots
Bahasa Scots Ulster
Bahasa Wales
Bahasa Cornish
Bahasa Gaelik Scotland
Bahasa Ireland
• Musim panas (DST) UTC+1 (BST)
Ibu kota London
51°30′N 0°7′W / 51.500°N 0.117°W / 51.500; -0.117
• Akta Kesatuan 1800 1 Januari 1801
• Dewan Pertuanan House of Lords
(Dewan Pertuanan)
Negara di United Kingdom
Bandar terbesar capital
• Akta Kesatuan 1707 1 Mei 1707
Agama 59.5% Kristian
25% Tidak beragama
4.4% Muslim
1.3% Hindu
0.4% Yahudi
1.5% Agama lain
7.2% Tidak tahu
• Per kapita $39,734[3] (ke-19)
Bahagian memandu Kirie
• Anggaran 2016 ▲ 65,648,100[1] (ke-22)
• Perjanjian England-Ireland 12 April 1922
Kod panggilan +44f
• Total $2.914 trillion[3] (ke-9)
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland كراجان برساتو بريتاين راي دان أيرلندا اوتارا Scots:Unitit Kinrick o Great Breetain an Northren IrelandScots Ulser:Claught Kängrick o Docht Brätain an Norlin AirlannWales:Teyrnas Unedig Prydain Fawr a Gogledd IwerddonCornish:Rywvaneth Unys Breten Veur ha Kledhbarth IwerdhonGaelik Scotland:Rìoghachd Aonaichte Bhreatainn is Èireann a TuathIreland:Ríocht Aontaithe na Breataine Móire agus Thuaisceart Éireann Scots:Scots Ulser:Wales:Cornish:Gaelik Scotland:Ireland: Unitit Kinrick o Great Breetain an Northren Ireland
Scots: Unitit Kinrick o Great Breetain an Northren Ireland
Wales: Teyrnas Unedig Prydain Fawr a Gogledd Iwerddon
Scots Ulser: Claught Kängrick o Docht Brätain an Norlin Airlann
Gaelik Scotland: Rìoghachd Aonaichte Bhreatainn is Èireann a Tuath
KDNK (nominal) Anggaran ke-2017 
• Air (%) 1.34
• Jumlah $2.624 trillion[3]
Internet TLD .uk