Amerika_Syarikat
Amerika_Syarikat

Amerika_Syarikat

 b. Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kerajaan Amerika dan satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh 80% warga AS yang berusia lima tahun ke atas. Bahasa Sepanyol ialah bahasa kedua terbesar.
Amerika Syarikat (tulisan Jawi: اميريکا شريکت ) (Bahasa Inggeris: United States of America) ialah sebuah negara republik berperlembagaan persekutuan yang terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan. Sebahagian besar negara ini berada di Amerika Utara, di mana 48 negeri berdampingan dan daerah ibu negara persekutuan, Washington, D.C., terletak di antara Lautan Pasifik dan Atlantik, bersempadan dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan. Negeri Alaska pula di barat laut benua Amerika Utara, dengan Kanada di timur dan Rusia di seberang Selat Bering di barat. Negeri Hawaii ialah segugusan pulau di tengah-tengah Lautan Pasifik. Negara ini juga memiliki beberapa wilayah di Caribbean dan Pasifik.Dengan keluasan 3.79 juta batu persegi (9.83 juta km2) dan lebih 310 juta orang penduduk, Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan, dan ketiga terbesar dari segi keluasan darat dan jumlah penduduk. Ia merupakan antara bangsa-bangsa yang paling pelbagai etnik dan budaya di dunia, hasil penghijrahan secara besar-besaran dari pelbagai negara.[7] Ekonomi Amerika Syarikat adalah ekonomi negara terbesar di dunia, dengan KDNK pada tahun 2009 dianggarkan bernilai $14.3 trilion (satu perempat KDNK nominal sedunia dan satu perlima KDNK sedunia mengikut pariti kuasa beli).[8][9]Orang asli yang berasal dari Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum pribumi ini telah banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Amerika Syarikat ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di sepanjang hadap laut Atlantik. Pada 4 Julai 1776, mereka mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkan Empayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[10] Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memperoleh tanah dari Perancis, Sepanyol, United Kingdom, Mexico, dan Rusia, serta mengilhakkan Republik Texas dan Republik Hawaii. Perselisihan antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industri mengenai hak-hak negeri serta peluasan institusi perhambaan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia.[11] Perang Sepanyol–Amerika Syarikat dan Perang Dunia Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang memiliki senjata nuklear dan sebuah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya Perang Dingin dan pembubaran Kesatuan Soviet, tinggal Amerika Syarikat sahaja sebagai kuasa terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.[12]

Amerika_Syarikat

• Total AS$19.390 trillion[3] (ke-2)
KDNK (PPP) Anggaran 2017 
Internet TLD .us
• Dewan Rakyat Dewan Perwakilan
• Diiktiraf 3 September 1783
• Air (%) 6.76
HDI (2015) ▲ 0.920[5]
sangat tinggi · ke-10
Bahasa rasmi Tiada (di peringkat persekutuan)[a]
• Presiden Donald Trump (R)
Zon masa UTC−4 sampai −12, +10,
+11
• Anggaran 2017 325,719,178[1] (ke-3)
Bandar terbesar Bandar Raya New York
40°43′N 74°00′W / 40.717°N 74.000°W / 40.717; -74.000
Perancis: États-Unis d'Amérique
• Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi (D)
Ibu kota Washington, D.C.
38°53′N 77°01′W / 38.883°N 77.017°W / 38.883; -77.017
Kod ISO 3166 US
Kod panggilan +1
Agama Lihat Agama di
Amerika Syarikat
• Perlembagaan kini 21 Jun 1788
Bahasa kebangsaan Bahasa Inggeris
(de facto)[b]
Bahagian memandu Kanan
Inggeris: United States
of America
Hawaii: Amelika Huipū‘ia
Mata wang Dolar Amerika Syarikat ($) (USD)
• Bancian 2010 308,745,538[2] (ke-3)
• Ketua Hakim Mahkamah Agung John Roberts
• Kepadatan 85/sq mi (32.8/km2) (ke-179)
Perundangan Kongres
Diiktiraf bahasa serantau Bahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Hawaii
Bahasa Sepanyol
Gini (2015)  39.0[4]
rendah
• Musim panas (DST) UTC−4 sampai −10
KDNK (nominal) Anggaran 2017 
• Diisytiharkan 4 Julai 1776
Pemerintahan Republik berperlembagaan persekutuan
• Per kapita AS$59,501[3] (ke-7)
Sepanyol: Estados Unidos
de América
• Jumlah AS$19.390 trillion[3] (ke-1)
Kumpulan etnik (2016) 77.1% Putih
13.3% Kulit hitam
Amerika Syarikatاميريکا شريکت Inggeris:United Statesof AmericaPerancis:États-Unis d'AmériqueHawaii:Amelika Huipū‘iaSepanyol:Estados Unidos de América Inggeris:Perancis:Hawaii:Sepanyol: United States
of America
Format tarikh mm/dd/yyyy (AD)
• Naib Presiden Mike Pence (R)
• Dewan Pertuanan Senat

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830