Trivia Anugerah_Juara_Lagu

Kemenangan dan penyertaan berganda

  • Jika mengikut format pertandingan terbuka, hanya Francissca Peter dan Manan Ngah sahaja yang pernah memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara dan Naib Juara di AJL yang pertama. Manakala jika mengikut format pertandingan kategori, M. Nasir pernah dua kali menang dua daripada tiga kategori genre masing-masing pada 1994 (Pop Rock & Irama Malaysia) dan 1997 (Irama Malaysia & sebagai penulis lirik untuk kategori Pop Rock) serta penyanyi Siti Nurhaliza juga sebanyak dua kali pada 1999 dan 2000 (Irama Malaysia & Balada).
  • M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak empat kali dengan tiga lagu dinyanyikan sendiri iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1994), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan nyanyian penyanyi lain iaitu "Awan Nano" (2011) yang dinyanyikan oleh Hafiz.
  • Enam artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" pada tahun 1994, Yasin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010, Yuna dengan lagu "Terukir di Bintang" pada tahun 2012 dan Hael Husaini bagi lagu "Jampi" pada tahun 2017 dan lagu Haram pada tahun 2018 serta Naim Daniel bagi lagu "Sumpah" pada tahun 2019. Namun, Yuna hanya menyanyikan sendiri lagu tersebut pada separuh akhir Juara Lagu manakala semasa final AJL 27, Aizat Amdan telah menggantikan beliau kerana Yuna terikat dengan komitmen rakaman album di Amerika Syarikat. Hael Husaini menyertai kelompok ini menerusi lagu nyanyian sendiri hasil ciptaan bersama-sama Ezra Kong manakala Naim Daniel menerusi kerjasamanya dengan Omar K.
  • Ana Raffali merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama pada 2010 (Tolong Ingatkan Aku), manakala Habsah Hassan merupakan penulis lirik wanita pertama memenangi anugerah tersebut pada tahun 1987 (Menaruh Harapan).
  • Misha Omar merupakan penyanyi pertama yang memenangi anugerah utama menerusi lagu sulung yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta yang dirakamkan pada tahun 2002 merupakan lagu rakaman pertama Misha dan memenangi AJL pada tahun 2003. Manakala lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza bukanlah lagu pertama yang dirakamkan beliau biarpun dipetik daripada album sulung penyanyi tersebut.
  • Hael Husaini merupakan penyanyi pertama memenangi anugerah utama bagi dua edisi berturut-turut menerusi Jampi (AJL32) dan Haram (bersama Dayang Nurfaizah) (AJL33). Kemenangan ini juga menjadikan beliau dan Ezra Kong sebagai komposer dan penulis lirik yang pertama mengungguli anugerah utama AJL untk dua tahun berturut-turut.
  • Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya, penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif.
  • Sekiranya mengambil kira penyertaan bagi kategori terbuka, hanya Dayang Nurfaizah sahaja penyanyi yang menyertai kesemua kategori iaitu 3 kategori mengikut genre dalam format kategori dan menyertai AJL ketika format terbuka.
  • Noh Salleh merupakan satu-satunya penyanyi yang menyertai AJL dalam 4 daripada 5 format persembahan iaitu secara solo ("Angin Kencang"), secara padusuara/duo ("In Love With You" -Aizat Amdan) , bersama kugiran ("Aku Skandal" & "Mencari Konklusi" - Kumpulan Hujan), secara padusuara berkumpulan ("Pelita" - Monoloque & Azlan Rosle (A.P.I)). Noh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring).
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti Nurhaliza mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
  • 23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
  • 18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
  • 17 trofi telah beliau menangi
    • 5 Trofi Persembahan Terbaik
    • 9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
    • 3 Trofi Juara Lagu
  • 8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
    • 7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
    • 5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. (1998-2002)
    • 4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
    • 5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
  • Satu satunya kategori yang belum pernah Siti Nurhaliza menangi adalah Vokal Terbaik sejak dipertandingkan pada tahun 2002.
  • Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz dan Dayang Nurfaizah merupakan peserta yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada sekali. Misha Omar menerusi penyertaannya pada tahun 2003, 2004 dan 2018, Jaclyn Victor pada tahun 2007 (duet dengan Lah Ahmad) dan 2013. Hafiz pula memenanginya pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2019 sekaligus menjadikannya penyanyi paling banyak memenangi kategori tersebut. Dayang Nurfaizah pula memenanginya pada 2014, 2015 dan 2016.
  • Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu adalah:
  • 1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
  • 1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
  • 1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
  • 1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Bonda"
  • 1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
  • 1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
  • 2000 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori) : "Balqis" & Juara Kategori Balada "Kau Kekasihku"
  • 2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
  • 2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
  • 2009 - Aizat Amdan (Juara Lagu bagi lagu "Pergi") & (Persembahan Terbaik : "Kau Aku")
  • 2011 - Hafiz Suip (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Awan Nano"
  • 2013 - Hafiz Suip (Juara Lagu, Persembahan Terbaik & Juara Mobile) : "Bahagiamu Deritaku"
  • 2015 - Akim & The Majistret (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Potret"
  • 2016 - Dayang Nurfaizah (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Lelaki Teragung"
  • Artis yang TIDAK memenangi Juara Lagu TETAPI memenangi 2 anugerah atau lebih pada satu Anugerah Juara Lagu:
  • 1997 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik ) : "Aku Cinta Padamu"
  • 1999 - Noraniza Idris - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
  • 1999 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Balada "Purnama Merindu" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
  • 2001 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Pop Rock) : "Engkau Bagaikan Permata" & Persembahan Terbaik : "Ya Maulai"
  • 2002 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Etnik Kreatif & Persembahan Terbaik) : "Nirmala"
  • 2004 - Misha Omar - Vokal Terbaik & Juara Kategori Balada "Pulangkan"
  • 2005 - Hazami - Vokal Terbaik & Juara Kategori Pop Rock "Kata"
  • 2005 - Mawi - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Aduh Saliha"
  • 2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
  • 2010 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Noktah Cinta" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Noktah Cinta"
  • 2012 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Ku Akui" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Ku Akui"
  • 2014 - Dayang Nurfaizah - Tempat Ketiga & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Di Pintu Syurga"
  • 2018 - Misha Omar - Tempat Ketiga & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Sampai Bila"
  • 2019 - Hafiz Suip - Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik "Kisah Cinta Kita"
  • Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:
  • Kumpulan Exist dan Bunkface merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan:
Kumpulan Exist:
  1. Anugerah Juara Lagu 1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
  2. Anugerah Juara Lagu 1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
  3. Anugerah Juara Lagu 2002 - "Julia" dengan vokalis Ezad.
  4. Anugerah Juara Lagu 2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezad.

Kumpulan Bunkface:

  1. Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
  2. Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
  3. Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
  4. Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
  • Kumpulan Kool juga merupakan kumpulan muzik yang mara ke pusingan akhir Juara Lagu 4 kali berturut-turut dengan penyertaan mereka kali pertama iaitu pada Anugerah Juara Lagu 1995 menerusi lagu Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura) sekaligus menjadi juara dalam kategori Pop Rock. Pada Anugerah Juara Lagu 1996, Kumpulan Kool sekali lagi ke peringkat akhir Juara Lagu dengan lagu Bebas dan lagu ini juga berjaya menjadi juara dalam kategori Pop Rock menjadikan Kumpulan Kool antara kumpulan muzik pertama yang menjadi juara kategori 2 kali berturut-turut.
  • Antara lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Kool dalam Juara Lagu ialah :
  1. Anugerah Juara Lagu 1995 - Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura)
  2. Anugerah Juara Lagu 1996 - Bebas
  3. Anugerah Juara Lagu 1997 - Cemburu
  4. Anugerah Juara Lagu 1998 - Satu Arah

Kesemua lagu-lagu ini dicalonkan dalam kategori Pop Rock, di mana lagu Kau Dan Aku dan Bebas ialah juara kategori.

  • Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).

Penyertaan lebih tiga kali tetapi gagal

  • Dengan jumlah 7 kali penyertaan, Stacy ialah penyanyi yang paling kerap ke pentas akhir tanpa sebarang kemenangan.
  • Nora Ariffin telah menyertai Juara Lagu sebanyak lima kali tanpa seberang kemenangan, sebelum memenanginya buat kali pertama pada Anugerah Juara Lagu 2007, menerusi lagu Samudera. Bagaimanapun, Nora telah bertanding dengan enam lagu berbeza, termasuk dua lagu pada tahun 2001.
  • Artis-artis yang pernah menyertai Juara Lagu sebanyak tiga kali tanpa memenangi sebarang anugerah:
    • Stacy - 7 kali (2008, 2009, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015)
    • Hazama Azmi - 6 kali (3 kali bersama The Penglipurlara: 2013, 2016, 2017, sekali bersama Amy Search pada tahun 2012), 2014 dan 2015 sebagai penyanyi solo
    • Noh Salleh (Hujan) - 5 kali (2 kali bersama Hujan: 2009, 2010, sekali bersama API dan Aizat Amdan masing-masing pada tahun 2010 dan 2013) dan 2015 sebagai penyanyi solo
    • Kumpulan Exist - 4 kali (1992, 1994, 2002, 2003)
    • Bunkface - 4 kali (2009, 2010, 2014, 2015)
    • Erra Fazira - 3 kali (1999, 2000, 2004)
    • Anuar Zain - 3 kali (1998, 2003, 2004)
    • Syura - 3 kali (2002, 2004, 2006)
    • Zamani Ibrahim - 3 kali (sekali bersama Kumpulan Slam (1996), 2002 dan 2004 sebagai penyanyi solo)
    • Man Bai - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan Gersang: 1988, 1989 dan 1996 sebagai penyanyi solo)
    • Mus (MAY) - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan MAY: 1989, 2003 dan 1997 sebagai penyanyi Kumpulan Wings)
    • Hattan - 3 kali (1991, 1992, 2014)

Penyertaan bukan Melayu dan luar negara

  • Penyanyi berketurunan bumiptera selain suku Melayu yang pernah menyertai pertandingan ini adalah Rich (2007, 2008), Stacy (2008 - 2010, 2012 - 2013 dan 2014), Jimmy Palikat (2012) (Kadazan-Dusun) dan Lina Kamsan (1993) (Jawa). Hanya Francissca Peter (1986 - 1988) sahaja yang berketurunan Serani yang pernah bergelar juara AJL pada 1986.
  • Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Bumiputera pertama yang memenangi anugerah utama AJL pada 2005 menerusi lagu "Gemilang", beliau berketurunan Cina Peranakan Indonesia. Manakala Pete Teo menerusi lagu "Pergi" pada 2009 menjadi komposer berketurunan Cina pertama memenangi AJL.
  • Endang Es Taurina dan Rio Febrian, adalah dua penyanyi Indonesia yang pernah bertanding di peringkat akhir Juara Lagu. Endang melalui lagu "Sangkar Emas" ciptaan A. Ali dan Lukhman S. pada tahun 1990 manakala Rio tidak membuat persembahan (diwakili oleh Lah Ahmad) ketika terpilih menerusi lagu "Ceritera Cinta" pada tahun 2007. Manakala Glenn Fredly pula pernah mara ke peringkat separuh akhir Balada pada tahun 2000 menerusi lagu "Dengarkanlah" (berduet bersama Amy Mastura) ciptaan Helen Yap, namun tewas.
  • Adi Priyo, vokalis dan komposer untuk kumpulan 6ixth Sense pula pernah bertanding di peringkat separuh akhir menerusi 4 buah lagu, tetapi gagal mara untuk kesemuanya. Lagu-lagu tersebut adalah "Tanpa" (AJL 23), "Khatimah Cinta" (AJL 25), "Menyesal" dan "Cinta Matiku" (AJL 26). Walau bagaimanapun, menerusi penyertaan sebagai komposer, lagu ciptaan Adi yang berjudul "Kisah Hati" nyanyian Alyah pernah mara ke AJL yang ke-26 (juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik).
  • M. Nasir mula bertanding dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu "Mustika". Sebelum itu, banyak lagu M. Nasir yang dinyanyikan secara berkumpulan ataupun solo tidak dapat bertanding kerana status kerakyatan Singapura beliau. Beberapa karya beliau bersama artis Malaysia seperti Rahim Maarof, Kumpulan Search dan Nasir Jani tidak dapat dipertandingkan biarpun cukup popular pada waktu itu.
  • Lagu "Puteri Ledang" nyanyian Lina Kamsan pada tahun 1993 dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Jawa. Manakala lagu "Andalusia" oleh M. Nasir pada 1999, "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman pada 2001, "Wassini" nyanyian Waheeda pada 2003, serta lagu "Taat" nyanyian Rohana Jalil pada 2005 merupakan lagu campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. "Andalusia" dan "Mimpi Laila" memenangi Juara Keseluruhan AJL manakala "Wassini" memenangi Juara Kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Lagu "Lelaki" oleh Yuna Zarai menyelitkan monolog dalam Bahasa Perancis.

Persembahan oleh penyanyi gantian

  • Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu "Terukir Di Bintang" menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL.
  • Beberapa lagu yang layak ke peringkat akhir AJL tetapi tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal yang antaranya adalah:
  • Lagu duet mungkin dinyanyikan oleh penyanyi yang sama untuk salah seorang dari pasangan duet, namun ketika Juara Lagu, salah satu pasangan yang menyanyikannya adalah penyanyi gantian:
  • 2006 - "Hantaran Hati" - Penyanyi asal Bob & Rosiah Chik - namun kerana kematian Rosiah Chik, pasangan duetnya digantikan oleh Aspalela Abdullah.
  • 2007 - "Ceritera Cinta" - Penyanyi asal Jaclyn Victor & Rio Febrian - Lagu ini asalnya dinyanyikan Jaclyn Victor bersama penyanyi Indonesia Rio Febrian. Bagaimanapun, Rio tidak hadir membuat persembahan dan digantikan oleh Lah Ahmad. Gandingan Jac dan Lah berjaya memenangi Vokal Terbaik sekaligus menjadikan Lah sebagai penyanyi gantian pertama yang memenangi Vokal Terbaik.
  • 2008 - "Doa Dalam Lagu" - Penyanyi asal Mawi & Heliza - Mawi tidak dapat menyertai AJL atas sebab-sebab tertentu.
  • 2012 - "Teman Pengganti" - Penyanyi asal Black Hanifah & Malique - Lagu ini menyaksikan penyanyinya Black Hanafiah tidak membuat persembahan bersama rapper asal Malique Ibrahim yang juga komposernya, sebaliknya diganti oleh rapper baharu, RJ. Gandingan Black Hanafiah dan RJ memenangi Persembahan Terbaik sekaligus menjadikan RJ sebagai penyanyi gantian pertama memenangi kategori tersebut.
  • 2014 - "RomanCinta" - Lagu ini, nyanyian kumpulan Mojo asalnya dinyanyikan oleh vokalisnya Aweera. Walau bagaimanapun, Aweera telah keluar daripada kumpulan Mojo dan bernaung di bawah syarikat rakaman lain menyebabkan Edry Abdul Halim terpaksa mencari vokalis baru untuk menggantikannya. Namun setelah timbul pertikaian bersama penyanyi asal, Mojo memilih untuk membuat persembahan sebaliknya diwakili oleh sekumpulan pemuzik jalanan berstatus kelainan upaya (OKU), Caliph Buskers yang ditemuinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman beberapa minggu sebelum pertandingan.[8] Caliph Buskers memenangi Persembahan Terbaik untuk lagu ini.
  • 2016 - "Setia" - Penyanyi asal Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Elizabeth Tan tetap bertanding dalam Juara Lagu, namun pasangan duetnya digantikan oleh Awi Rafael.
  • Lagu "Rayuanku" nyanyian Rohana Jalil sebenarnya dicipta khas untuk Zaiton Sameon. Bahkan, semua lagu dalam album Rayuanku sememangnya dicipta oleh A. Ali untuk Zaiton Sameon. Terdahulu, dalam edisi pertama Juara Lagu, Rohana membuat persembahan menerusi lagu "Cinta Yang Terbiar" mewakili penyanyi Jamal Abdillah dan memenangi tempat saguhati ketiga Persembahan Terbaik sekaligus menjadi penyanyi gantian pertama memenangi sebarang hadiah sampingan di AJL.
  • Lagu "Terukir Di Bintang" adalah satu-satunya lagu yang dinyanyi oleh penyanyi gantian yang memenangi Juara Lagu. Lagu tersebut yang sepatutnya dinyanyikan oleh Yuna tetapi akibat percanggahan jadual rakaman Yuna di Amerika Syarikat, Yuna telah mencadangkan lagu tersebut diserahkan kepada Uji Rashid. Walau bagaimanapun, pada saat-saat akhir pihak TV3 membuat keputusan memberi tanggungjawab itu kepada Aizat.[9]
  • Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berbeza dari penyanyi asal dalam sebuah kumpulan juga pernah bertanding dalam Juara Lagu, contohnya Ekamatra yang menyertai pada tahun 1990, menerusi lagu Sentuhan Kecundang dan Pusara Di Lebuhraya.

Persembahan

  • Aznil Nawawi bersama kumpulan yang digelar "The Gambit" pernah mengembalikan imbauan AJL dalam persembahan selingan AJL ke-10 dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar!
  • Terdapat empat persembahan selingan yang mara ke Juara Lagu tahun berikutnya:
  • "Siti Payung" - Liza Aziz (1992): selingan 1991 (bertemakan Irama Malaysia)
  • "Dir" - Rahim Maarof (1993): selingan 1992 (sempena memperingati pemergian Allahyarham Sudirman)
  • "Gaia" - Zainal Abidin (2005): selingan 2004 (sempena tema Simfoni Sejuta Alam)
  • "Drama King" - Meet Uncle Hussein & Black (2010): selingan 2009 (sempena mewakili revolusi muzik bebas)
  • Persembahan Aishah sentiasa menampakkan kelainan pada setiap kali penyertaan. Kali pertama ialah lagu "Janji Manismu" dengan prop sebuah beg memaparkan Aishah ingin pergi jauh. Kedua pula, bagi lagu "Cinta Beralih Arah", Aishah menari dengan "phantom" setelah cintanya dicurangi manakala "Kasihnya Balqis", Aishah membawa dua orang anak lelaki beliau sambil bercerita tentang Balqis sebelum waktu tidur.
  • Sebelum 1990, semua artis wanita solo yang menyanyikan lagu balada menyanyikan lagu tersebut berseorangan tanpa "prop". Aishah telah menerajui persembahan bersama prop menerusi lagu "Janji Manismu" yang beliau telah menggunakan meja, lampu, gambar dan beg besar. Shima pula menjadi artis pertama yang dijulang ketika membuat persembahan menerusi lagu "Setelah Aku Kau Miliki" pada tahun 1991. Selepas itu, banyak penyanyi telah mempelbagaikan persembahan mereka sehingga kini.
TahunPembukaanSelingan
ArtisLaguArtisLagu
1986Matahari Dancers kelolaan Jaafar Onn
Muzik oleh Ooi Eow Jin
Tarian montage "Muzik Muzik"Bangkit Dance Company / Fauzi Marzuki
Federal Ballet Academy / Kumpulan Kenny, Remy & Martin
Kumpulan Antara / Abbas Bakar
Tarian instrumental pop ♪ "Jejaka Idaman"
Tarian instrumental balada ♪ "Demi Seorang Kawan"
Tarian instrumental etnik ♪ "Telah Kau Lukai"
1987Normadiah
Ahmad Daud
Aziz Sattar
S. Samsudin
Nasir P.Ramlee
Persembahan Khas Kumpulan Panca Sitara;-
♪ "Bila Larut Malam"
♪ "Siapa Itu?"
♪ "Menceceh Bujang Lapok"
♪ "Mawarku"
♪ "Anekaragam"
1988Kumpulan Penari Inderawangi (pimpinan Mahani Mydin)Tarian "Muzik Muzik Tekno"Selingan Istimewa;
Shidee
Salih Yaacob
Abdullah Chik & Noraniza Idris
• Jamilul Hayat

Medley Pop Melayu:
♪ "Senjakala" (Pop Melayu)
♪ "Puteri Remaja" (Dangdut)
♪ "Kaparinyo" (Melayu Deli)
♪ "Mawar Putih Tanda Perpisahan" (Asli)
1989Semua artis yang bertandingMedley Keratan Lagu-lagu bertandingMedley Variasi Artis
Azian Mazwan Safuan


Zulkifli Mohamed

Musa Abu
Salimah Mahmood
Suliza Salam
Rohayu Majid
Medley Lagu-lagu bekas pemenang
♪ "Kerna Terpaksa" / ♪"Aku Kehilanganmu" / ♪"Sekadar Di Pinggiran"
♪"Sampaikan Salam" / ♪"Sayang Semuanya Telah Terlambat"
♪"Tika Dan Saat Ini"
♪"Menaruh Harapan"
♪"Diriku Terbelenggu"
♪"Kau Kunci Cintaku"
1990
1991Aishah♪"Seloka Rindu"SM Salim
Ruhil Amani
Abdullah Chik
Liza Aziz
Ramli Sarip
♪ "Apa Dah Jadi?"
♪ "Anak Raja Turun Beradu"
♪ "Godam Godam Pol"
♪ "Siti Payung"
♪ "Temasya Desa Gemalai"
1992Rahim Maarof"Dir"
1993Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian "Muzik Muzik"AishahMedley ;-
♪ "Sensation"
♪ "Never Gave Up On You"
♪ "Janji Manismu"
♪ "Seloka Rindu"
♪ "Doa"
♪ "Tari Silat Melayu"
1994Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian Moden IndiaSofia Jane
Kit Kat Club kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian ♪ "Tari Tualang Tiga" (Sanisah Huri)
Rampaitari Evolusi Muzik Malaysia;-
♪ "Siapa Itu?" (Zainab Majid)
♪ "Baju Kebaya" (Blues Gang)
♪ "Isabella" (Search
♪ "Awas!" (KRU)
1995Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Pasukan Penari Petronas
Tarian Tradisional Melayu
Tarian "Lambang Sari"
Aznil Nawawi & The GambitParodi ♪ "Setelah Aku Kau Miliki", "Pusara Di Lebuhraya", "Merisik Khabar", "Sampaikan Salam Cintaku", "Janji Manismu" & "Tiara"
Nyanyian lagu ♪ "Kaulah Bintang"
1996Vogue Dancers
kelolaan Ahmad Kassan
Tarian "Planet" (Techno-funk)Zalee dan Kumpulan Redang♪ "Aku Datang Dari Jauh"
♪ "Redang (Gendang dan Rebana)"
1997Kombo pimpinan Aznul HaidiOrkestra Muzik Masa DepanRuhil Amani♪ "Tari Pujangga"
1998Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Parodi lagu ♪ "Hits Buatmu" ("13 Tahun Juara Lagu Buatmu")Puteri- Puteri Sinaran;
• Harmira Yusof
• Fadilah Sarif
• Dayang Noraini
Medley 3 Nuansa;
♪ "Tanda Harga Cinta"
♪ "Mutiara Rindu"
♪ "Cinta Kita"
1999
2000Mohar dan Koir Kebangsaan Malaysia
Instrumental seruling "Getaran Jiwa"
Hani Mohsin ( sebagai Sazali) dan Jalaluddin Hassan (Hassan)
Jamal Abdillah
Jalaluddin Hassan (Ramli), Umie Aida (Salmah), Ucop Cecupak (Sudin) dan Lah Cecupak (Aziz)
Jamal Abdillah dan Fauziah Latiff
Rosyam Nor (Sharif Dol) dan Sharifah Haslinda (Salmah)
Fauziah Latiff
Kumpulan Kristal
Hani Mohsin dan Umie Aida
Anuar Zain
Fauziah Latiff, Jamal Abdillah, Anuar Zain, Razlan (Kristal) dan Koir Kebangsaan
SM Salim
Tribute P. Ramlee
Fragmen "Anakku Sazali"
♪ "Anakku Sazali"
Fragmen "Seniman Bujang Lapok"
♪ "Gelora"
Tribute Saloma
Fragmen "Seniman Bujang Lapok"
♪ "Senandung Kasih"
Tribute M. Shariff
♪ Keindahan Pantai (Zai Zai Zai)
Tribute Sudirman
Interlud "Basikal Tua"
♪ "Salam Terakhir"
♪ "Di Mana Kan Ku Cari Ganti"


Penghargaan "Living Legend" SM Salim
2001Kumpulan Gendang terdiri daripada;
Kompang
Rebana Ubi
Kalimpungan/Gamelan Sarawak
Tabla India
Gendang Cina
Paluan "Gendang Gending Malaysia"Kumpulan Tari Swatari
Kumpulan Swara
Rampaitari dan koir lagu-lagu Irama Melayu (dari AJL yang lalu);-
♪ "Kalau Mencari Teman"
♪ "Bonda"
♪ "Cindai"
♪ "Diari YB"
♪ "Seni Berzaman"
♪ "Hati Kama"
♪ "Ghazal Untuk Rabiah"
♪ "Samrah Mentari"
♪ "Balqis"
2002Padusuara;-
Kumpulan V.E
Kumpulan Ruffedge
Kumpulan Swara
♪A capella "Mimpi Laila"
•Medley a capella 12 lagu finalis secara bergilir (pengenalan peserta);-
•• Ruffedge (Pop Rock)
•• V.E (Balada)
•• Swara (Etnik Kreatif)
• A capella "Ayu" (pengenalan hos)
Orkestra gubahan dan pimpinan Ramli M.S.
Koreografi oleh Onn Jaafar
Persembahan Orkestra "Inspirasi"
2003Adibah Noor
Dayang Nurfaizah
Medley 12 Lagu Finalis AJL18Adibah Noor& Dayang Nurfaizah
Hazami & Sarah Raisuddin
Bandi Amuk & Neves Pretty Ugly
Ella
♪"Zapin Pak Ngah Balik"
♪"Joget Kenangan Manis"
♪"Tiada Lagi Cinta"
♪"Rindu/Selamat Jalan Romeo"
2004Kumpulan Mohram
Kumpulan Swatari
Orkes Swakarya
Instrumental dan Tarian "Simfoni Sejuta Alam"Ning Baizura
Amy Mastura
Ezad Lazim
Rem Kassim
Kumpulan FO'3 ft. Karam Singh Walia
Zainal Abidin
♪ "Kedamaian"
♪ "Suria Khatulistiwa"
♪ "Indahnya Alam"
♪ "Nusantara"
♪ "Simfoni Sejuta Alam Beat"
♪"Gaia"
2005Jamal Abdillah & Misha Omar♪ "Kehebatan Cinta"
2006Francissca Peter bersama Kumpulan Quest dan Man Kidal♪ "Sekadar Di Pinggiran"Faizal Tahir
Joe Flizzow ft. Ima
Dayang Nurfaizah
Noraniza Idris & Kumpulan Ruffedge
Ella
Joe Flizzow, Yasin Sulaiman, Filsuf Daly & Akbar
♪ "Raikan Cinta"
♪ "How Me Seksi"
♪ "Penawar Rindu"
♪ "Onjak Sekaki"
♪ "Ulek Mayang"
♪ "Alhamdulillah"
2007Dayang NurfaizahMedley ♪"Senang Tari" / ♪"Asmaradana"Hazami
Hattan & Dayang Nurfaizah
Nikki Pallikat
Ziana Zain
The Lima
♪ "Kata"
♪ "Fantasia Bulan Madu"
♪ "Caramu"
♪ "Keabadian Cinta"
♪ "Seindah Biasa"
2008Kumpulan One Nation EmceesMedley lagu-lagu finalis AJL23 dengan rentak hip hopWada & Jaclyn Victor
Haqiem & Jamal Abdillah
Hafiz & M. Nasir
Semua Idola Kecil & Juara Lagu
♪ "Gemilang"
♪ "Gadis Melayu"
♪ "Andalusia"
♪ "Isabella"
2009Siti Nurhaliza & Azlan & The TypewriterMedley ♪ "Lagu Untukmu" dalam gubahan Balada, Dangdut & RockJefrydin & The Siglap Five
Jay Jay & Kumpulan Carefree

Amy & Kumpulan Search
Hazama Azmi, Black Hanifah & Kumpulan Meet Uncle Hussain
♪"Termenung" / ♪ "Tahukah Sayang"
♪ "Dendangan Laguku" / ♪ "Rindu Bayangan"
♪ "Pawana" / ♪ "Fantasia Bulan Madu"
♪ "Drama King" / ♪ "Pari-pari Di Bawah Angin"
2010Francissca Peter
Nash Elias
M. Nasir
♪"Sekadar Di Pinggiran"
♪"Pada Syurga Di Wajahmu"
♪"Tanya Sama Itu Hud-hud" / ♪"Ghazal Untuk Rabiah"
Sharifah Aini
Ziana Zain
Siti Nurhaliza
Medley ♪"Kau Tinggi Di Awan Biru"/ ♪ "Oh Di Mana"
Medley ♪ "Anggapanmu" / ♪ "Madah Berhelah"
Medley ♪ "Nirmala" / ♪ "Balqis" / ♪ "Cindai"
2011Jamal Abdillah
Awie
Sheila Majid
♪"Senandung Semalam"
♪"Bujang Senang"
♪"Warna"
Black Hanifah
Hazama Azmi
Azlan & The Typewriter
Medley Sudirman Arshad - ♪"Hidup Sederhana (Basikal Tua)" / ♪"Balik Kampung" / ♪"Chow Kit Road" / ♪"Salam Terakhir"
2012Misha Omar
Ziana Zain
Faizal Tahir
♪"Bunga-bunga Cinta"
♪"Fatalistik"
♪"Anti-Graviti"
Rody Kristal, AG Coco, Edrie Hashim & Man Kidal
Rahmad Tohak
Aris Ariwatan
Joey BPR
Ramli Sarip
"Quartet Guitarist"

♪"Bayangan Gurauan"
♪"Lamunan Terhenti"
♪"Seribu Tahun Takkan Mungkin"
♪"Kamelia"
2013Shila Amzah
Mus
Showdown
♪"Mahakarya Cinta"
Football Dance
W.A.R.I.S dan Zaidee O.N.E
Ziana Zain feat. Daly Filsuf
M. Daud Kilau feat. W.A.R.I.S
Amy
♪ "Intro Pawana"
♪"Putus Terpaksa" / ♪"Sangkar Cinta"
♪"Cik Mek Molek" / ♪"Gila Judi"
♪"Pawana"
2014Shahrudin bin Saniman (Ujang)
Kumpulan Kembara
M.Nasir
"Solo Drum"
♪"Hati Emas"
♪"Mentera Semerah Padi"
Kumpulan HeadwindMedley;-
♪"Memori Luka"
♪"Suraya"
♪"Segalanya Mungkin"
2015Yasin Sulaiman
Jamal Abdillah
Siti Nurhaliza
Medley;-
♪"Cindai"
♪"Mimpi Laila"
♪"Ghazal Untuk Rabiah"
Selingan 1 (Intermission);-
Hafiz Suip
Jaclyn Victor

Selingan 2;-
Kumpulan Nico
Izara Aishah dan Ensembel Showdown The Movie

Selingan 3;-
Rahmad Tohak (Mega)
Azlan Rosle (The Typewriter)
Medley;-
♪"Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu"
♪"Awan Nano"
♪"Gemilang"

Mash-up dance;-
♪"Inilah Nasibku (Remix)"

Medley;-
♪"Relaku Pujuk"
♪"Takdir dan Waktu"
♪"Lagu Untukmu"
2016Jaclyn Victor dengan kumpulan El Gamma Panumbra♪"Gemilang"
Man Bai
Ameng Spring
Ella
♪"Masih Aku Terasa"
♪"Sampai Hati"
♪"Permata Pemotong Permata"
♪"Layar Impian"
2017Edrie Hashim
Stacy
AG Coco
Waris
♪"Aku Stacy"
♪"Bosan"
♪"Pakai Buang"
Datuk A Rahman Hassan
Datuk Awie
Siti Sarah
Datuk Jeffrydin
♪"Tak Mengapa"
♪"Suzana"
♪"Hidup Bersama"
♪"Syurga Bersama"
♪"Siapa Gerangan"
♪"Kenanganku"
2018Kumpulan Search ft. DJ Fuzz
Alif Satar & Sherry Alhadad
♪"Pelesit Kota"
♪"We Will Rock You"
Throwback Interlude
Ismail Izzani, Sarah Suhairi, Nabila Razali & Kumpulan Koir Kebangsaan


Interlude
BBoys & BGirls / Nico G / Juzzthin / Balan / Lil' J / Zizi Kirana / Aman Ra / Joe Flizzow / SonaOne / Alif

Throwback Interlude
♪"Seribu Impian"

Interlude
Kegemilangan Hip-hop & Rap
♪"Fanatik" / ♪"Inilah Nasibku" / ♪"Anak Ayam" / ♪"Nak Ke Tak Nak" / ♪"Bangun" / ♪"Apa Khabar" / ♪"Sampai Jadi" / ♪"Sang Saka Biru"
2019Pemenang-pemenang Vokal Terbaik AJL:

Adibah Noor
Hazami
Lah Ahmad
Liza Hanim
Jaclyn Victor
Black
Misha Omar
dibantu oleh:
Marsha Milan
Sarah Suhairi

♪"Teruna dan Dara"
♪"Vroom Vroom"
♪"Kau Pun Sama"
♪"Di Pintu Syurga"
♪"Biarkanlah"
♪"Adakah Engkau Menungguku"
♪"Potret"
♪"Shadow"
♪"Jatuh Bangun"
♪"Eh"
♪"Tik Tok"
♪"Dirgahayu
Ameng Spring
David Arumugam
Hattan
Fredo
M. Nasir
♪"Sampai Hati"
♪"Kerana"
♪"Memburu Rindu"
♪"Kenangan Lalu"
♪"Srikandi Cintaku"
♪"Suatu Masa"

Lain-lain

  • Lagu yang dipertandingkan di AJL sebelum tahun 1992 adalah tidak berkategori malah sebelum 1992, lagu yang dibawa ke AJL adalah lagu juara bulanan. Lagu yang dipertandingkan di AJL selepas 2009 kembali tidak berkategori dalam cara yang berbeza, iaitu termasuk separuh akhir.
  • Misha Omar merupakan salah seorang daripada penyanyi baru yang diberi peluang untuk membuat persembahan di permaidani merah ketika berlangsungnya AJL edisi ke-17. Menariknya, ketika edisi ke-18, Misha pula menyertai AJL seterusnya (AJL 18 - 2003) menjuarai pada tahun tersebut.
  • Tidak semua artis yang membuat dua persembahan mendapat perhatian juri untuk dinobatkan selaku Juara Lagu atau juara kategori. Antara artis-artis yang mempertaruhkan dua atau lebih persembahan, tetapi gagal mendapat sebarang anugerah Juara Lagu atau juara kategori pada tahun itu:
    • Juara Lagu 1987 - Kumpulan Alleycats - "Sekeping Hati Yang Luka" & "Hadirmu"
    • Juara Lagu 1988 - Kumpulan Gersang - "Suratan Takdir" & "Masih Aku Terasa"
    • Juara Lagu 1989 - Kumpulan Wings - "Taman Rashidah Utama" & "Misteri Mimpi Syakilla"
    • Juara Lagu 1990 - Kumpulan Ekamatra - "Pusara Di Lebuhraya" & "Sentuhan Kecundang"
    • Juara Lagu 1994 - Rohana Jalil - "Naluri Cinta" & "Jangan Main Mata"
    • Juara Lagu 1997 - Ziana Zain - "Kalau Mencari Teman" & "Senja Nan Merah"
    • Juara Lagu 2000 - Noraniza Idris - "Tinting" & "Ngajat Tampi"
    • Juara Lagu 2001 - Nora - "Menyemai Cinta Bersamamu" & "Desa Tercinta"
    • Juara Lagu 2007 - Faizal Tahir - "Kasih Tercipta" & "Mahakarya Cinta" (tidak bertanding kerana penggantungan)
    • Juara Lagu 2010 - Faizal Tahir - "Hanyut" & "Selamat Malam"
    • Juara Lagu 2011 - Yuna - "Gadis Semasa" & "Penakut"
    • Juara Lagu 2017 - Syamel - "Lebih Sempurna" & "Aku Cinta" (duet Ernie Zakri)
      • Lagu nyanyian Wings, Noraniza Idris dan Faizal Tahir, masih menerima anugerah melalui kategori Persembahan Terbaik. Wings memenangi Persembahan Terbaik melalui dua lagu yang bertanding, manakala Noraniza Idris memenanginya melalui lagu Ngajat Tampi dan Faizal Tahir pula memenanginya melalui lagu Hanyut.

Umur penyertaan

  • Najwa Latif merupakan penyanyi solo termuda yang menyertai AJL iaitu pada usia 16 tahun pada edisi 2011.
  • Syura - 2002 merupakan penyanyi duet termuda yang pernah memasuki pertandingan ini ketika masing-masing berumur 16 tahun. Syura menyertai pertandingan ini sebagai rakan duet M. Daud Kilau.
  • Kumpulan Exists menerusi penyertaan mereka pada 1992 dianggotai 3 ahli yang berusia bawah 16 tahun iaitu Mamat (13 tahun), G-Nola (14 tahun) dan Ajai (15 tahun) sekaligus menjadi artis berkumpulan termuda menyertai AJL.
  • G-Nola & Najwa Latif merupakan komposer termuda yang menyertai AJL iaitu pada usia 16 tahun masing-masing pada edisi 1992 dan 2011.
  • Ika Latif yang juga merupakan kakak kepada Najwa Latif menjadi penulis lirik termuda pada usia 19 tahun, menerusi lagu bersama Najwa Latif yang berjudul "Cinta Muka Buku" pada 2011.
  • Azian Mazwan - 1993, Haida - 1995, Siti Nurhaliza - 1996, Syazliana - 2002 menyertai AJL ketika usia masing-masing berusia 17 tahun. Tahun di mana mereka menduduki SPM. Siti Nurhaliza menerusi lagu Jerat Percintaan merupakan pemenang termuda Anugerah Juara Lagu secara keseluruhan. Beliau tidak hanya memenangi Juara Lagu secara keseluruhan, tetapi dia juga adalah pemenang termuda untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik.
  • Allahyarhamah Rosiah Chik merupakan artis wanita veteran pertama yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu apabila lagu dendangan beliau iaitu Zapin Senandung Dua berjaya ke peringkat akhir pada tahun 1995. Lagu nyanyian beliau bersama Bob juga telah berjaya mara ke peringkat akhir pada tahun 2006 yang membolehkan beliau bertanding ke AJL bagi kali kedua. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada awal tahun 2006 yang menyebabkan Aspalela Abdullah menggantikan tempat beliau dan menjadikan Aspalela Abdullah penyanyi wanita veteran kedua yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu selepas Rosiah Chik.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Juara_Lagu http://www.anugerahjuaralagu.com http://www.budiey.com/rating-ajl-26-cecah-rekod-6-... http://www.rotikaya.com/anugerah-juara-lagu-ke-27-... http://www.bharian.com.my/node/240070 http://www.bharian.com.my/node/30816 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hael-husaini...